Pages

Saturday, February 18, 2012

MENGORAK LANGKAH

16 Februari 2012   

Dalam kesejukan malam, masih setia mengorak langkah. Baju sejuk sudah basah pagi tadi, malam ini kebalkan diri, without baju sejuk! Sangat sejuk. Menuju ke Dewan Abu Ain. Ada Majlis Taaruf Akademi Al Fateh.

            Sangat teruja. Syukur pada Allah, aku terpilih sebagai peserta Akademi Al Fateh Musim ke-2. Ramai di luar sana yang memohon, syukur Allah memilih aku untuk turut serta.

            Setelah dirasmikan oleh Presiden Permai, Saudara Hidayat Hasni, saudara Ahmad Firdaus Kadir tampil membuka tirai… merungkai, apa itu Akademi Al Fateh. Subhanallah, mulai saat ini, malam ini bermulalah kembara kami dalam Akademi Al Fateh hingga akhir musim panas. 5 bulan lamanya.

            Tidak sabar menanti, transformasi yang berlaku dalam diri. Aku..dan jiwa Al-Fateh?



*****
            Selesai Al-Fateh, aku terus keluar. Malam ini ada meeting dekat rumah kak Nik. Berjalan seorang diri sambil menggalas beg dan menyandang beg laptop. Serius berat dan kesejukan. Dari jauh rasa macam ada orang sedang memerhati. Bila sampai dekat..

            “Nak muraqib kee?”

            “Eh…tak pa…tak pa..dekat jaaa..”

            “Tak pa jaa.. kat mana?”

            “Umah kak Nafisah..tak pa jaa..ana jalan sorang..”

            “Ok jaa..ana pun memang nak ke sana.. jalan la depan dulu..”

            Akur. Tengok jam, baru 8.20 malam. Time qharar pukul 9 malam, mungkin sejak akhir-akhir ini terlampau banyak kes melibatkan akhawat yang diganggu oleh Arab, membuatkan syabab lebih peka dan berhati-hati dalam menjaga akhawat. Syukur. Alhamdulillah.

            Sepanjang jalan, memang ramai pemuda Arab. Still mengacau meskipun ada muraqib. Alhamdulillah, ada muraqib malam ini.

*****

            Sampai di rumah kak Nik. Wow, banyak makanan. Ada kastard.. roti.. air koko.. huhu. Ini saja yang aku nampak, orang tengah meeting aku tak nampak :P

            Sedapnya kastard ni…. Ambik phone nak tangkap gambar. Kenangan-kenangan.

            Angkat-angkat phone.. snap picture. Aik.. kenapa picture meja saja yang ada. Puding kastard pi mana? Blink..blink..

Pandang depan. Laaaa… Kak Ainaaaaaaaaaa…

            “Kenapa suhaaa…?”

            “Tau dakkk..suha tengah tangkap picture kastard tuuu…tangkap-tangkap, tengok-tengok meja je adaaaaaaaaa…”

            “Huhuuu..mana akak nak tauuu..meh tangkap picture akak..”

            Comel benar.


            Akhirnya dapat juga tangkap picture ni. Nyummy…sedap. Aku kerja mengunyah saja. Sampai kak Nafisah cakappp..

            “Suhaaa..fokusss!”

            Huhu..opss..sorii..sedap sangat :P

Ini roti Arab. Ma’janat. Setiap nama roti tu aku lupa. Pandai makan ja, bila pergi kedaii tunjuk jeee… sebut tidak pun :P

17 Februari 2012

            Pagi ni liat sikit. Sebab demam, semalam main hujan. Bukan main hujan pun.. tak pakai baju sejuk dan semalam hujan sangat lebat. Jadi hari ini badan sangat panas. Hari ni semua akhawat ada SLIM, sukan akhawat dekat Madinah Hassan.

Hujan macam ni..macam mana la nak bersukan.

            Duduk rumah sorang-sorang… menyiapkan segala tugasan.

Tadaaaa..masak nasi lemak. Whuaa..rindu kat mak =.=

Haha..tengok la apa aku buat pada TV sakan aku. Semua kataa…

            “Suhaaaaaaaaaaa…nak tengok TV…”

            Noo…nooo..baca buku. Nampak tak dekat TV tuu.. siaran EXAM. Huhu.. mam’nu untuk buat benda lagho. Exam-exam. Takrir lagi. Fuhhh.. semua kena jadi rajin. No more TV :P

*****

            Tengah-tengah malam, sejuk sangat. Hujan terasa sangat bingit di luar. Aku masuk bilik aku yang tersangat sejuk, buka tingkap. Waaaaa.. ais la. Terus aku panggil Hidayati. Sama-sama hulur tangan di luar.. ais! Bila nak snow niiiii…

           
            Tengok la ais-ais comel ni. Comel kan? =.= 

*****

18 Februari 2012

            Sangat sejuk. Hujan turun masih belum ada tanda untuk berhenti. Tambah pula, semalam hanya tidur beralaskan sofa di ruang tamu, tilam dan hirom beri pada kawan yang datang dari Mu’tah.

Terketar-ketar. Sangat sejuk. Bangun sewaktu azan pertama, sebab sangat sejuk tahap beku. Lepas kawan bangun Subuh, terus aku menyelinap masuk. Subhanallah.. nikmat. Terasa hangat.

Pukul 10 pagi, nak pergi Maktabah. Hujan sangat lebat kat luar. Redah juga. Masuk maktabah dalam keadaan basah lencun :P

Terus cari komputer, search pasal kitab. Mula-mula lupa dah cara dia, tengok la.. in Arabic… =.=

Nasib baik, masuk seorang kakak. Dia bantu. Syukur. Naik ke tingkat 2 dan 3. Berpinar mata cari nombor kitab. Hampa. Tak jumpa. Bila jumpa kitab, apa yang dicari tiada pula. Ujian-ujian.

Hampir 2 jam di Maktabah. Aku ambik keputusan untuk pulang. Sebelum tu sempat juga pinjam buku Ekonomi. Lain yang dicari, last-last..lain yang aku pinjam. Hmmmm…

Keluar dari Maktabah, masyaAllah..hujan sangat lebat. Terus berlindung di belakang dinding, simpan buku dalam beg. Redah jua hujan lebat.

Tapi..rasa lain sangat. Rasa tebal sangat hujan. Wow.. penuh ais atas baju aku!

Lama aku berdiri di bulatan U. Banyaknya ais. Saljikah? Jalan penuh dengan ais, kereta-kereta yang sedang lalu lalang juga penuh dengan ais.

Aku masih anggap, hujan ais sajaaaa…

Tiba-tiba teringat semalam, berbual dengan Yana, sahabat dari Mu’tah. Mu’tah masuk hari ini, dah 3 kali turun. Lagi sejuk dari Irbid. Dia cerita, diorang tiada peti sejuk kat sini. Betuuul..memang tak da pun.

Kalau nak simpan ayam, tau simpan kat mana? Buka tingkap, letak kat luar.. itulah peti sejuk. Haaaaaaa? Aku masih terpinga-pinga.

“Kalau kitorang buat kek batik..susun panjang-panjang… buka tingkap..letak kat situ, itulah peti sejukkk kek batik kitorang… :P”

“Glurrrppp..biar betul Yana!”

“Ye laaa..kalau masing-masing cakappp..buka peti sejuuukk, kami pun bukalah tingkapp..sebab tu lah peti sejuk kami..huhu..”

Ternganga mulut aku. Hebatnya!

******

Langkah terus diayun ke bangunan kuliyah syariah. Aku terlampau sejuk. Jari sudah merah-merah, kebas. Ya Allah..siap menangis tengah hujan. Sejuk sangat. Atas kepala, atas badan penuh dengan ais comel-comel.

Wahai ais yang comel, kenapa engkau sejuk sangat. Aku dah menangis ni :’(

           Terus berlari masuk ke kuliah syariah. Sebenarnya nak tengok tarikh exam. Bila dah dapat, terus balik ke sakan. Sangat-sangat sejuuuuuuuk!

           Seriusss..sejuk sangat. Bila baca status dan tengok picture orang di FB.. wow! Memang betuuul..tadi salji..Cuma aku sempat sikit sajaa..kat kawasan Hijazi banyaaakkk ^___^

Snowing outside!

Mood : Aku sedang membeku..grrr.

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
3.30 pm
18 Februari 2012

1 comment:

Ad-Dien said...

Assalamualaiku, student yarmouk ke?
semoga senantiasa thiqah, barakallahufik


Penjelasan Syubhah Dalam MLM