Pages

Thursday, February 16, 2012

KEHIDUPANKU

"...Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran...."

[Al –‘Asr : 1-3]

Subhanallah. Betapa besarnya nikmat masa yang Engkau berikan. Kehidupanku sebagai seorang pelajar universiti, sangat terhad membuatkan saat ini aku rasakan, indahnya nikmat masa lapang itu jika dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Aku dan kehidupan universiti? Jujur aku katakan, semester 2 ini sangat mencabar. 6 subjek yang juga agak mencabar.

Padat. Tapi, Alhamdulillah…masa rehat yang ada akan aku manfaatkan sebaiknya.

[Ahad-Selasa-Khamis]

8-9 pagi
11-12 tengahari
3-4 petang


[Isnin-Rabu]

8-9.30 pagi
11-12.30 tengahari
2-3.30 petang

            Nampak relax bukan? Namun, tak semudah yang disangka. Kekuatan mental dan fizikal harus kuat, semuanya in Arabic except Macroenonomy.

*****
14 Februari 2012

            Bermula dengan kelas Tasyri, 8-9 pagi. Tiada masa untuk main-main. Masuk kelas, memilih duduk di sebelah Arab.

Kenapa?

            Faham-faham sajalah, kita orang Melayu. Sukar untuk dapat ‘tangkap’ apa doktor cakap di hadapan. Tambah-tambah bagi ‘sanah ula’ macam aku ni. Jadi, duduk tepi Arab, tiru nota! Satu trick untuk anda dapat salin apa yang doktor tulis.

Note : 'Sanah ula' benda apa? [Tahun 1 daaaa]

            After kelas, tergerak hati nak pergi ‘Jordan Post’. Teringat barang yang mak kirim. Mak kata 29 Januari sudah pos. Aku kira-kira dengan jari dah 17 hari. Sampai dah rasanya sebab hari tu pergi tak sampai lagi.

10 kg mak kata. Fuh, tak boleh bayang besar mana.

Dan inilah hasilnya. Besar juga. Besar la! Aku pergi sorang. Macam mana nak bawa balik ‘sakan’. Boleh saja nak angkat, tapi boleh bayang..grrrr.. dengan situasi perut yang masih tidak stabil. Adakah luka lama akan berdarah kembali?

Allah ada =.= cool Nasuha.

Then, kelas pukul 11-12 tengahari.

Ini subjek tahun 4. Hmmm.. tahu tak doktor cakap apa?

Subjek ini tiada buku khas. Aku terpinga-pinga. Biar betul. Exam macam mana? Alhamdulillah, bila balik ‘sakan’ terus post dalam group Perbankan. Alhamdulillah ramai yang cakna isu aku :P. Alhamdulillah, ada yang simpan buku ni sebab dulu ini subjek wajib cuma sekarang jadi subjek pilihan menyebabkan tiada budak Melayu yang ambik setakat ini.

Syukur. Sempat capture picture dalam kelas :P , betapa nakalnya Qani’ah Mawaddah. Doktor sedang ajar bab Tawaruq Masarif. Benda apa pun aku tak tahu. Salin saja nota di hadapan.

Balik search internet dan bertanya pada senior. Oo..baru tahu.

Apa itu tawaruq?

            Secara asasnya, tawaruq melibatkan 3 pihak. A, B dan C. Si A beli barang secara kredit dari si B, kemudian dia jual barang itu kepada si C. Apa yang dapat kita lihat adalah si A bukan mahu barang, tetapi dia mahu duit sahaja.

Tawaruq ini masih menjadi perbahasan terutamanya di Malaysia juga.

            Untuk tahu lebih lanjut, kena tulis entry lain la pasal tawaruq. Bidangnya jauh lebih luas!

*****
            After kelas sembang dengan doktor.

“Dr, can you speak English..?”

“Yaaahh..suree..”

“Ermm..do you have the sub topic of this subject?”

“Yes… I will give you next week ok.., you can’t speak Arabic?”

“Ermm..a little..”

“IKIP…?”

“Noo.. I’m the first year..”

“What..this is subject for fourth year.. I advise you to change…”

Dush~~~~ aku dah rasa blink.. blink.

Nak teruskan?

Malam ni ada Maulid Nabi di Dewan Kindi. Sangat teruju untuk hadir. Subhanallah. Syeikh ‘Awn Qaddowmi datang. Ingat tak yang ijazahkan kitab Syamail Muhammadiah tu? Haa.. dia laaa…

Aku datang tak lewat sangat, tak awal sangat. Tengah-tengah. Datang-datang dah buat riuh. Macam dewan tu rumah aku pula. Ribena terlebih. Macam inilah jadi. Masuk dewan, kerusi depan dah penuh. Datang lagi tengah-tengah, lain kali datang awal. Hmmm..

Tapi jangan risau, aku muka agak tebal sikit dan tidak malu. Tuntut ilmu nak malu buat apa. Pusing sana-sini. Terus ke depan.

“Sini kosong keee?”

“A’aa..kosong...”

Waaa…datang lambat pun aku boleh duduk depan tu. Cumanya tepi sebelah dinding. Oklah, janji depan. Bukan belakang.
Terlalu banyak dan panjang untuk aku kisahkan apa agenda yang berlaku. Cuma satu perkataan yang keluar dari bibirku. Subhanallah, hebat!

Dari mula hingga akhir, jiwa ini bergetar. Terasa benar, keindahan maulid Nabi Muhammad S.AW.

            Alunan ayat quran, Pembacaan hadis, Sajak, Tazkirah oleh Syeikh, Nasyid, Selawat… subhanallah..jujur, air mata yang menitis kerana diri ini terlalu dirimu Ya Rasulullah.

Paling terasa tika nasyid Arab didendangkan oleh seorang penyanyi nasyid Jordan, kami sama-sama berselawat. Allah…Allah..benar, terasa zuq, maulid Nabi dalam diri dan jiwa.

            Tika selawat dialunkan, beberapa orang syabab keluar dari hadapan, membawa minyak atar dan mencalit di tiap tangan seluruh syabab yang ada di dalam dewan membuatkan aku terpana.

Alunan selawatnya, harumannya.. Ya Allah.. benar, air mata tidak dapat dibendung lagi. Dewan harum dengan minyak atar itu, alunan selawat menusuk ke kalbu.

            Ya Rasulullah..kami umatmu…

Madad Madad Ya Rasulallah...

            Suasana tika tamat majlis. Semua nak balik. Semua letih. Dan moga semua pulang dengan hati yang tenang. Tidur dengan nyenyak dan mimpikan Rasulullah. Allahuakbar! Nikmat yang sangat indah… Subhanallah..
Waaaaaa… cupcake tu. Warna-warni lagi. Kawan-kawan aku juga yang jual. Sangat comel dan cute. Aku siap bawa lari kotak ni. Pastu kena pukul. Qaniah..qaniah.. sudah-sudah la jadi budak-budak :P

            Tapi nak jugaaa.. sayangnya tak bawa duit.

1 cupcake : 40 kursh
3 cupcake : 1jd

            Oklah tu, berbaloi.

            Akhirnya, sahabat-sahabat yang comel dan baik hati belanja. Nyummy..nyummy..

*****
            That’s all for today..serba sedikit kehidupanku di alam universiti. Kekadang perlu serius tika menghadap buku, kekadang perlu ceria bersama sahabat tercinta. Bijaklah dalam menguruskan kehidupan.

Sebab.. Qani’ah Mawaddah nak jadi budak baik! Amin.. doakan ya ^_^

            Sekarang sudah pukul 4 pagi. Sebenarnya lepas solat isyak tadi, 7 malam terus tidur. Bangun pula pukul 12 tadi. Alhamdulillah, syukur dengan nikmat tidur itu walaupun hanya 5 jam.

Tapi…yang kelakarnya..

            Terbangun sebab mimpi. Tahu mimpi apa? Mimpi perkataan-perkataan Arab yang aku sedang hafal. Terus terjaga dan dengar bunyi jam. Terus tutup jam dan bangun. Agak-agak apalah ayat tu. Rupanya ayat-ayat dalam buku tasyri.

Wow! Mimpi tuu.. moga-moga mimpi soalan exam ^__^
Kena berusaha untuk jadi yang terbaik. Seorang pejuang harus terbaik dalam setiap perkara. Bukan jadi pejuang yang malas! Pejuang kena rajin, kena ada ilmu. Baru boleh bawa ummah ke jalan yang diredhai Allah. Amin.

Jom jadi pejuang Allah yang berkarisma! Doakan saya, saya nak jadi baik! 

Mood : Angin kuat di luar, Allahuakbar..


Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
4.05 pagi
16 Februari 2012

4 comments:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum :)

senyum jak baca episod hidup Qaniah ni ^^, tumpang bahagia jika org lain bahagia :)

semoga Allah permudahkan urusan disana :)

salam dr M'sia hihi v(^^,)

Qani'ah Mawaddah said...

waalaikummussalam :)

huhu..syukran ukhtiku sayang.. saya kan ribena :P

amin, moga ukhti juga dimudahkan urusan oleh Allah...

salam sayang dari bumi Irbid, Jordan ^__^

AzwanRamli said...

Assalamualaikum...moga Allah p'mudahkan segala urusan.Mesti best blaja kat oversea kan?

Qani'ah Mawaddah said...

AzwanRamli: Wassalam..insyaallah, moga Allah mudahkan urusan juga..

Alhamdulillah best berpijak di dataran Syam, bumi anbiya.. Allahuakbar