Pages

Thursday, February 2, 2012

I'M THE NIQOB GIRL

            Sejuk sangat. Aku sedang menulis di medan Mu’tah, medan yang tersangat sejuk. Kebalkan diri. Nak tulis blog juga malam ini. Pada tarikh yang sangat bersejarah buat diriku.

2.2.2012

            Ini tarikh yang pasti tersemat di kalbu. Hari ini, genap 4 tahun aku mengenakan purdah. Subhanallah, sejak kali pertama pada tarikh 2.2.2008 hinggalah sekarang, banyak cabaran dan dugaan yang perlu aku tempuh. Perjalanan sebagai seorang niqobgirl bukannya mudah.  Memerlukan keteguhan jiwa yang teguh. Allah..

            Tersenyum gembira. Sebak sangat. Teruja sebab dah 4 tahun rupanya aku berpurdah. Sangat indah. Sangat tenang. Aku merasakan diri aku selamat. Subhanallah, suatu yang tidak dapat digambarkan.

            Dari dalam ‘coaster’, sewaktu perjalanan ke sini, bermacam yang ingin aku coretkan. Akhirnya terhenti begitu sahaja. Terlalu banyak yang bermain di minda dan fikiran. Teringat jauh pada wajah yang tersayang.



            “Salam.. hari ini genap 4 tahun kakak berpurdah, doakan yang terbaik, dimurahkan rezeki, dan jodoh yang terbaik..”

            Kiriman yang ringkas buat abah dan mak.

            “Hari ini dapat surat dari Izati yang sangat menyentuh perasaan..”

            Terkedu sebentar tika membaca mesej dari abah. Sepanjang berpurdah, banyak perubahan yang berlaku. Bukan sahaja pada diriku, malah merubah seluruh keluarga. Alhamdulillah, syukur tak terhingga.

*****

            Jika dulu, sangat sukar aku meniti jalan kehidupan ini. Halangan dari keluarga dan cabaran masyarakat umum membuatkan aku merintih penuh hiba. Sungguh, aku masih kecil saat itu. 2.2.2008, aku hanya seorang gadis yang berusia 15 tahun.

            Bayangkan tika usia itu aku membawa diri membuat kerja Islam. Tidak berani pulang ke rumah dengan halangan yang begitu kuat. Tanpa wang aku merantau, mengharap belas ihsan kakak-kakak dan keyakinan pada Allah.

            Air mata usah di kata. Allah.. Dialah menjadi saksi. Betapa deritanya dan seksanya diriku. Derita dan seksa itu hakikatnya sebuah nikmat. Nikmat kecintaan pada Allah. Hati aku makin tenang. Aku makin mudah merintih dan mengadu pada-Nya. Subhanallah.. sangat indah perasaan itu.

            Saat wajah emak tidak memandang diriku. Kedinginan dirinya tika aku bersalaman dengannya membuatkan aku sebak. Aku hanya seorang gadis berusia 15 tahun. Aku menempuhnya seorang diri. Aku yakin, Allah ada.

Berkat kesabaran.

Berkat doa arwah wan.

            Aku gagahkan diri. Ucapkan sesuatu pada mak. Untuk berhadapan aku tidak mampu, medan pesanan ringkas ‘sms’ menjadi saksi. Bukti kecintaan aku yang tidak berbelah bagi.

            “Salam.. mak, walaupun kakak macam ni, kakak tetap anak mak. Kakak tak malu untuk berjalan seiring dengan mak meskipun mak tidak bertudung labuh, meskipun mak berseluar,kerana itulah mak kakak. Mak yang melahirkan kakak. Selamanya kakak akan sayang mak.. senantiasa…Doakan kakak, kaka mencintai jalan perjuangan ini. Redhailah kakak..”

*****

            Syukur. Itu kenangan 3 tahun lepas. Sebuah kenangan dalam meniti kehidupan sebagai wanita berpurdah. Hari ini langkahku kian yakin diayun. Banyak perubahan yang berlaku dalam keluarga aku. Izati sudah ke sekolah tahfiz. Dia banyak berubah.

            Aku sebak. Dan aku berdoa, suatu hari nanti dia akan mengikut jejak langkahku untuk berpurdah. Terlalu indah.

            Apakah kalian mengerti perasaanku tika ini? Aku gembira, kadang aku rasa sebak. Syukur, Allah beri aku nikmat ini. Aku tenang berpurdah. Sangat tenang.

            Setelah 4 tahun berlalu, aku harus tingkatkan diri dalam beribadah pada Allah. Aku harus makin mengubah identiti diri. Tidak boleh seperti 4 tahun lepas. Aku harus injakkan diriku ke tahap yang lebih baik. Menjadi seorang wanita berpurdah yang serba boleh. Amin.

Merenung jauh ke depan. Allah.

Buat gadisku,

            Ingin aku kongsikan rasa hati ini. Berpurdah sangat indah ukhtiku sayang. Aku rasa bahagia. Aku rasa tenang. Seakan diriku dilindungi. Aku tidak malu berjalan di khalayak ramai, malah rasa bangga kerana aku menutupi diriku dari fitnah dunia. Aku mahu menggapai redha Allah dari hasil usahaku berpurdah.

            Memang orang kata, berpurdah sangat susah. Orang pandang-pandang. Orang kutuk dan bermacam lagi. It’s normal. Itu adalah perkara biasa gadisku. Aku juga pernah lalui perkara yang sama. Mungkin pada awalnya kita akan rasa kekok. Orang pandang-pandang. Kadang rasa macam nak menjerit dan cakap, jangan pandang akuuuu!. Itulah reaksi diriku. Itu hanya sekadar monolog dalaman, bukan monolog luaran.

            Lama kelamaan kita akan menjadi biasa. Masyarakat pun turut menganggap kita adalah sebahagian daripada mereka. Kerana pakaian bukanlah segala-segalanya, tetapi adab kesopanan dan identiti Islam itu yang mencerminkan segalanya.

            Meskipun hanya nampak mata sahaja, jika kita berakhlak dengan akhlak yang mulia, orang yang free hair pun mampu rapat dan akrab dengan kita. Dia rasakan kita tidak sombong dan mudah bergaul dengan semua lapisan. Itu barulah niqobgirl yang terbaik. Thumbs up untuk anda.

            Yang menjadi masalahnya adalah, berpurdah tetapi tidak berakhlak dengan akhlak yang sepatutnya. Membuatkan jatuh fitnah pada golongan berpurdah yang lain. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Mahukah kita jadi salah seorang dari golongan yang mengotorkan gelaran itu?

Tidak. Bukan?

Buat gadisku,

            Ahlan wasahlan ku ucapkan buat generasi gadis yang kini sedang belajar untuk berpurdah ataupun sedang berusaha ke arah memakai purdah. Ada juga yang menyimpan keinginan itu di dalam hati. Jemputlah kalian ke dunia berpurdah. Sangat indah. Jujur!

            Apa yang penting, koreksi hati. Perbaiki niat untuk apa berpurdah. Mintak pendapat orang lebih alim. Yang paling penting, redha kedua ibu bapa. Allah redha jika kedua ibu bapa kita redha, insyaAllah…

            Aku bersedia untuk bersama kalian. Mendengar luahan hati mahupun memberikan secebis pendapat pada kalian. Insyaallah. Biiznillah gadisku.

*****

            Akhir kalam, doakan diriku sahabat sekalian. Doakan aku istiqamah. Doakan aku berakhlak dengan akhlak Islam yang sebenar. Aku ingin menjadi wanita solehah. Tidak memandang dan tidak dipandang oleh yang tidak selayaknya.

Allah, redhailah diriku.

Mood : Sejuk hingga ke tulang!


Qani’ah Mawaddah
Medan Mu’tah
8.46 pm
2 Februari 2012

7 comments:

mujahidah1413h said...

subhanallah.. moga tsabat ya ukhti :)may ALLAH bless. nice sharing

Afza Najwa said...

MasyaAllah..terima kasih ats sharing yg sgt brmakna ini sahabat :)
Ku titipkan doa buat dirimu agar sentiasa istiqamah dlm apa2 jua perkara yg diredhai oleh Allah walaupun diri ini tidak berpurdah..

AzwanRamli said...

Subhanallah...aku tak setegar dirimu.Semoga terus istiqomah ya ukhti.

Munawwarah said...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Moga nti terus di thabatkan..

alhamdulillah, perkongsian yg sgt menarik buat niqobgiql yang masih 'mentah'..

:)

Syuhadah Al-Firdaus said...

subhanallah.. walhamdulillah.. segala puji hanya utk-Nya! (T_T) berderai air mata ana membaca post ukhti.. ukhti, doakan ana juga yea.. skrg ana tgh berusaha utk memakai niqob.. hati kekadang rasa kuat..kekadang tidak.. mohon doakan ea.. insya-ALLAH.. <3

Fathin Harisya said...

Allahurabbi.. pengisian yang sangat menyentuh hati ana, mengalir airmata saat membacanya. ana pun ada menyimpan niat utk berpurdah, dah lama.. tapi tiada sokongan dan bimbingan dr org yang berpurdah nie.. mohon bimbingan ya ukhti ku sayangg ;)

Anonymous said...

ukhti.. kau seumur anak ku, kau membuatkan aku menangis dan insaf utk lebih mendekatkan diri kpd Allah, aku akan mengikut blog mu sampai bila bila.... insyallah