Pages

Thursday, January 24, 2013

SEM 1 DAH HABIS

14- Januari-2013

Alhamdulillah, syukur qaniah telah berjaya menamatkan exam yang terakhir dengan jayanya. Sepatutnya exam dah habis 9-Januari-2013 hari itu lagi. Apakan daya, cuaca buruk, hujan dan salji turun dengan lebatnya menyebabkan exam ditunda.

Mula-mula, tak percaya juga, bila baca pengumuman yang dibuat universiti. Kena tunggu respond persatuan dulu. Selang beberapa minit, persatuan pun mengeluarkan arahan exam ditangguh. So, apa lagi, tutup buku panjat katil. huhu.



Qaniah ok lagi tangguh exam, ramai kawan-kawan dan senior-senior yang lagi dahsyat situasinya. Ada yang dah rancang percutian, travel , balik Malaysia semua sedang runsing. Syukur, Allah kurniakan qaniah tidak mampu pergi jalan-jalan, so duduk saja rumah, tangguh exam pun still boleh pergi lagi jawab berbanding dengan kawan-kawan yang lain.

Oleh sebab kena tangguh exam, mereka sanggup mengambil keputusan untuk ambik exam pada semester hadapan. Ada pula yang tangguhkan tarikh flight dan perlu membayar wang penalti.

Macam-macam ragam. Serius, salji ni membuatkan kacau bilau. Huhu. Nampak memang best, tapi terseksa jiwa raga.

Haip mana boleh kata salji membuatkan kacau bilau. Kan Allah yang turunkan salji.

Ya, kita kena bersyukur, selama ni berhajat sangatkan salji turun? So, dah turun korang nak salahkan salji pula sebab semua kerja tergendala. No...no... memang tak bersyukurlah kita ni.

Ish..ish..

Astagfirullah.. maafkan kami Ya Allah....



Lepas habis exam, qaniah pergi bayar duit rusum/yuran untuk semester hadapan. Terima kasih kepada insan-insan yang memberi duit kepada qaniah, inilah bukti hasil qaniah membayar duit yuran universiti menggunakan duit kalian.

Semoga Allah membalas jasa kalian.

Dan qaniah berjanji akan menjadi insan yang terbaik dan aliran saham duit kalian ke dalam diri qaniah, akan qaniah alirkan melalui kemahiran qaniah untuk berbakti kepada ummah. Insyaallah, Allah nilai setiap aliran itu. Amin :')



Sampai saja rumah, qaniah terus capai buku-buku dan nota-nota letak dalam plastik dan fail. Countdown sempena sudah habis semester 1. Alhamdulillah, buku-buku dan nota-nota ini akan disusun bersama fail semester lepas. Semoga Allah redha dengan penyimpanan ilmu-ilmu ini untuk diberi kepada junior 2 tahun akan datang sebelum grad. Huhu. Harapan jangka masa panjang tu =='


Tadaaa... ini subjek semester 1 dan beserta markah setiap kali exam. Huhu. Ok, benda ni dah setel. Dan tinggal kenangan. So, jom kita tampal benda baru di atas dia...


Okeh, siap. Ini subjek untuk semester hadapan. Qaniah tampalkan atas kertas di atas. Jadi ianya ditindan. Malas nak koyak buang dah. =='

And one more... mintak maaflah, tulisan qaniah memang cakar ayam. Teeeettttt........ :P

Semoga semester hadapan lebih baik dari semester ini. Amin :)

Doakan qaniah.

Selamat tinggal semester 1 yang banyak mengajarku erti tidak putus asa dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

Gambatte!

Qani'ah Mawaddah
Bayt Dar Azzahra
24 Januari 2013
1.35 PM

No comments: