Pages

Thursday, January 3, 2013

DON'T GIVE UP

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, qaniah baru selesai menjawab exam Madkhal Ilal Sunnah. Maka, hanya tinggal 2 paper lagi berbaki. Untuk qaniah tunjukkan yang terbaik, insyaallah.

Exam hari ini memang terbaiklah. Dalam banyak-banyak subjek/madah yang qaniah ambik padal fasal/sem ini, subjek inilah yang paling rendah qaniah dapat kaut. Memang paling risaulah subjek ini. Asyik call tanya kawan, apa yang tak faham.



Qaniah terlalu banyak fikir sangat. Baca point sudahlah.  Iya ka?

Hmmm. 

Dan hari ini, takdir Allah. Soalan doktor bukan semudah macam dulu ya. 30 markah syarah, 20 markah objektif.

Ok, soalan dia daqiq/ mendalam sangat-sangat. Siap tanya sebab dan dalil.

Ok, jadi, kesimpulannya lepas ini baca mendalam ya! Alhamdulillah, qaniah baca :')
Terima kasih Ya Allah..kerana mudahkan urusanku pada hari ini...

*****

Di kesempatan yang ada ini, qaniah nak ucapkan syukur yang tidak terhingga. Dan ribuan terima kasih kepada insan-insan yang membantu qaniah, dari segi kewangan, support dan segala-galanya.

Baru-baru ini, qaniah memang down sangat. Serabut. Kusut.

Berlegar-legar dalam minda..

"Mahu terus study di Jordan... atau balik Malaysia..?"

Qaniah mula menghantar email kepada universiti-universiti di Malaysia yang menawarkan kos Ekonomi dan Perbankan Islam. 

Setakat ini, hanya dua universiti telah memberi respond yang baik. Dalam pada masa yang sama, entry ini ditulis : ENTRY MAUT

Bertambah berat fikiran. 

Kenapa mahu pulang ke Malaysia? Atas faktor kesihatan dan kewangan yang membuatkan qaniah menjadi kusut.

Mahu patah balik ke Malaysia?

Allah...Allah..Allah..tidak kuat rasanya. Qaniah berjuang habis-habisan untuk tiba ke bumi Jordan ini. Qaniah berjuang kerana gerak hati yang kuat dan segala petunjuk dari Allah membuatkan keyakinan qaniah bertambah utuh.

Tak mungkin qaniah harus berpatah balik setelah hampir 2 tahun di sini. Tak mungkin atas faktor kewangan? Ya... kenapa diri ini mahu mematahkan keyakinan bahawa Allah itu Maha Kaya..

Ya..rezeki-Nya sangat luas.. Dan Allah pasti membantu hamba-hamba-Nya...

Syukur... rezeki itu datang... menguatkan diri ini bahawa...

"Teruskanlah belajar di Jordan.. Allah bersamamu.."

Allah...

Semoga Allah membalas jasa kalian... Moga Allah meredhai setiap derap langkah kalian. Ya Allah.. murahkanlah rezeki insan-insan yang telah membantuku.. Berkatilah hidup mereka dengan limpah kasih sayang-Mu... Amin...

*****

Doakan qaniah kuat :')
Mintak maaf semua.

Assalamualaikum.

Qani'ah Mawaddah
Bayt Dar Azzahra
3 Januari 2013
10.27 am

1 comment:

Mujahid Muda said...

yup dont give up..kuatkan semangat enti hingga ke akhir study..