Pages

Friday, December 28, 2012

ENTRY MAUT


Ok, hari ini qaniah nak tulis ENTRY MAUT.

Tak pernah terfikir nak memalukan diri dan humble macam ini. Sila baca sendiri. Mintak diri dulu :')


NUR NASUHA BINTI ABDUL RAHMAN
TAHUN 2, EKONOMI DAN PERBANKAN ISLAM
UNIVERSITI YARMOUK, JORDAN

Tuan,

BIASISWA @ BANTUAN PELAJARAN

Merujuk kepada perkara di atas, saya NUR NASUHA BINTI ABDUL RAHMAN, mahasiswa TAHUN 2, JURUSAN EKONOMI DAN PERBANKAN ISLAM, UNIVERSITI YARMOUK, JORDAN ingin memohon sebarang biasiswa, pinjaman atau apa jua bantuan pelajaran dari pihak tuan, puan, encik , cik kepada saya. Bersama email ini saya lampirkan surat pengakuan universiti bahawa saya merupakan pelajar di universiti tersebut pada sesi 2012/2013.

Untuk pengetahuan pihak tuan, puan, encik, cik saya merupakan pelajar private yang kemudiaanya meminta bantuan zakat KEDAH sebanyak RM5000 setahun. Jumlah itu tidak cukup untuk menampung kos sara hidup saya di sini. Hal ini kerana kos sara hidup di sini sangat tinggi,dan saya tidak mampu. Sewaktu saya datang ke Jordan, saya menggunakan saki baki duit gaji yang saya dapat sewaktu saya bekerja sebagai guru tadika dan pekerja am pejabat. Dengan hasil duit itu saya gunakan untuk beli tiket ke sini, manakal keluarga menampung sedikit sebanyak. Setelah saya ke sini, kos sara hidup saya ditanggung oleh mak ayah. Tapi, saya bukannya dari keluarga yang berada. Atas sebab itulah, saya hanya menerima berapa saja duit yang diberi oleh mak ayah tanpa sebarang komen. Kerana saya tahu hanya itu kemampuan mereka dan tidak sanggup untuk saya meminta lebih.

Saya pula merupakan anak sulung, harapan keluarga untuk berjaya dan sekarang ini sedang berusaha bersungguh supaya saya dapat memohon biasiswa ketika biasiswa dibuka pada bulan 3-6 nanti. Insyaallah. Buat masa sekarang, saya sangat-sangat memerlukan duit.

Hal ini telah menyebabkan, saya berhutang dengan kawan-kawan yang mendapat tajaan di sini. Sehingga hari ini saja, saya telah berhutang sebanyk 270jd = RM 1350. Lebih kurang sebanyak itu jika diconvertkan ke dalam ringgit malaysia. Saya terdesak. Tambah-tambah tiba hujung bulan untuk membayar yuran rumah, dan sewaktu awal semester untuk membayar duit yuran menyebabkan saya terpaksa meminjam kepada kawan-kawan dan berjanji kepada mereka akan membayar kembali setelah duit zakat masuk pada hujung bulan 7 atau 8. Insyaallah.

Saya ingin meminta maaf jika saya seakan-akan merayu bantuan kewangan. Tetapi saya benar-benar memerlukan. Pernah saya mendapat duit bantuan dari rakan-rakan tajaan yang bersimpati dengan nasib saya. Saya terima dengan penuh rasa syukur. Untuk pengetahuan pihak tuan, puan, encik, cik, 31 Januari 2013 adalah tarikh akhir untuk saya langsaikan yuran semester kedua. Jika lambat saya akan didenda.

Keseluruhan jumlah yuran yang perlu saya bayar adalah seperti berikut :

1 subjek = 48JD
6 subjek = 48JD X 6 = 288JD
Yuran sem = 48JD

Keseluruhan = 288JD + 48 = 336 JD

336JD X RM 5=  RM1680

5- Justeru itu, saya memerlukan duit sebanyak RM 1680 untuk membayar yuran semester hadapan. Bantuan atau sebarang pinjaman pelajaran dari pihak tuan, puan, encik, cik amat saya harapkan.Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. :')

Sebarang bantuan boleh disalurkan ke dalam akaun saya :

CIMB : 02030007924206

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

NUR NASUHA BINTI ABDUL RAHMAN
TAHUN 2, EKONOMI DAN PERBANKAN ISLAM
UNIVERSITI YARMOUK, JORDAN

-----------------------------
Ok, THE END.

1 comment:

Mujahid Muda said...

Salam ziarah..
Allah Allah Allah..begitu banyak ujian dirimu dalam menuntut ilmu..sedang ramai manusia yang lalai dan jauh dari ilmu..ana diantara pembaca setia blog enti..banyak ilmu dan input berguna yang ana dapat..jadi memandangkan enti memerlukan wang untuk tujuan menuntut ilmu dan sara hidup disana, insyaAllah ana akan sumbangkan semampu ana..ana tak punya banyak wang, tapi sedikit simpanan tu adalah untuk disumbangkan buat enti yang lebih memerlukan..selainnya hanya doa yang ana dapat kirimkan semoga enti dapat tamatkan belajar..yang penting jangan putus asa mohon bantuan dan doa dari Allah..juga mohon doa dari para alim ulama'..kuatkan semangat untuk terus belajar dan menuntut ilmu..jangan putus asa..

fi hifzillah wa fi amanillah

ana al-faqir ilallah,
mujahid muda.