Pages

Wednesday, December 19, 2012

TANBIH AL GHAFILIN : 1

Alhamdulillah, semalam Allah masih mengurniakan kesempatan buat qaniah untuk ke rumah syeikhah. Setiap hari Selasa, selepas Asar akan diadakan bacaan kitab Tanbil Al Ghafilin di rumah syeikhah.

Apa itu Kitab Tanbih Al Ghafilin?



Ianya adalah sebuah kitab, PERINGATAN UNTUK ORANG YANG LALAI.

Alhamdulillah, tika hati gersang, tatkala mendengar dan membaca tiap bait kalimat yang ada di dalam kitab ini membuatkan hati kecil qaniah pasti tersentuh.

Ya, benarlah. Ianya adalah peringatan untuk orang yang lalai.


*****

Sekarang kita sudah masuk BAB : TAWAKAL KEPADA ALLAH. Insyaallah, selepas ini qaniah akan menulis lagi siri demi siri, apa yang dihuraikan syeikhah dalam kitab ini untuk perkongsian kita bersama ya :')

Ok, oleh sebab qaniah datang lambat sikit semalam waktu kelas. Qaniah akan terus tulis dan berkongsi apa yang qaniah dapat saat qaniah masuk dan duduk dalam rumah syeikhah ye ;)

Dekat dalam buku ini, ada satu hadis. Daripada Abdul Rahman bin Abi Laili berkata : telah datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad S.A.W, maka lelaki itu berkata : Ya Nabi Allah, aku membiarkan untaku dan aku bertawakal kepada Allah, atau aku mengikat untaku kemudian aku bertawakal kepada Allah? Berkata Nabi Muhammad S.A.W : Ikatlah dan bertawakallah kepada Allah"

Hadis ini adalah hadis Hasan, riwayat Termizi. Hadis Hasan bawah daripada Hadis Sahih.

Jadi, daripada hadis di atas, apa yang boleh kita ambil ibrah?

Hendaklah kita berusaha dulu untuk melakukan sesuatu sebelum bertawakal kepada Allah. Mana boleh kita bertawakal tanpa kita berusaha. Syeikhah kata kalau macam tu, dia bukan tawakal tapi tawakul.

Ok kita sambung.

Dan telah berkata sebahagian bijak pandai, sifat auliyak Allah itu ada 3 : Meletakkan kepercayaan kepada Allah pada setiap sesuatu benda,  Merasa diri faqir kepada Allah dalam setiap sesuatu , dan Kembali kepada Allah dalam setiap sesuatu benda.

1- Kita kena letak kepercayaan kepada Allah. Sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besar benda kerana apa yang berlaku semuanya daripada Allah.

2- Kita kena rasa diri kita ini kosong, tidak ada apa-apa. Jangan rasa bangga dan bongkak. Jangan rasa diri itu cukup. Sebenarnya kita ini tidak ada apa-apa pun sebenarnya.

3- Kita harus kembali kepada Allah dalam apa jua waktu. Senang dan susah. Kaya atau miskin. Kepada Allah jua harus kita memohon dan kembali.

Allahurabbi..

*****

Dan berkata Fudhail bin 'Iyadh Rahimahullahu Taala, Manusia itu menyukai manusia yang tidak akan menyusahkan dirinya, Manusia itu akan menjauhi manusia yang menyusahkan dirinya. Manusia yang Allah sukai adalah manusia yang sentiasa meminta dan berhajat kepada-Nya. Manusia yang Allah tidak sukai adalah manusia yang menjauhi dan tidak meminta kepada dirinya.

Lebih kurang macam ayat di atas terjemahannya. Masyaallah. Sahabat-sahabat nampak tak apa yang terkandung di dalam kata-kata di atas?

Ya, manusia tidak suka diganggu. Malah, akan menjauhi kawan-kawan yang suka membebankan dirinnya. Ini realiti. Maybe sesetengah saja yang betul-betul yang akan suka membantu kawan-kawannya. Manusia hati lain-lain. Payah nak ditembak perasaan hati itu bagaimana.

Tapi Allah?

Allah setia bersama kita. Allah menyukai hamba-Nya yang sentiasa meminta kepada-Nya. Merintih kepada-Nya. Dia setia menanti kita. Cuma kita yang tidak kembali kepada-Nya :'(

Kita jangan sombong. Pohonlah kepada Allah. Kita perlukan Dia.

Kita nak berjalan jauh kawan-kawan. Kita tidak akan selama-lamanya hidup di dunia. Tetapi kita akan tinggal di akhirat sana. Selama-lamanya.

Contoh macam kita mahu ke rumah baru. Kita akan buat persiapan sebaik-baiknya. Macam mana mahu cat rumah. Langsir warna apa. Sofanya bagaimana?

Setiap inci kita siapkan.

Macam itu juga perjalanan menuju akhirat. Kita nak bawa apa ke akhirat. Nak hias rumah kita di akhirat dengan apa? Kalau bekal kita sedikit cuma? :'(

Menangis. Menangis. Menangis.

Takut!

*****

Jom kita serahkan segala-galanya kepada Allah. Kumpullah harta dunia sebanyak mana umur kematian kita sahaja. Contoh, lazimnya umur 60 itu tarikh kematian seseorang. Katakanlah umur kita sekarang 20. 60 tahun - 20 tahun = 40 tahun.

Kumpullah harta dunia cukup untuk 40 tahun. Usah fikirkan menjauh hingga akhirat dilupakan.

Kita di akhir zaman. Kita sudah sampai ke penghujung dunia yang akan musnah tidak lama lagi. Usah persiakan waktu yang ada untuk dunia :'(

Allah...

Salam penuh keinsafan dari qaniah..

Qani'ah Mawaddah
Bayt Dar Azzahra
19 Disember 2012
10.18 am

1 comment:

Mujahid Muda said...

Allahu Robbi..lalainya hati ini.. =( syukran atas perkongsian