Pages

Wednesday, December 12, 2012

12-12-12


01-01-01

02-02-02

03-03-03



04-04-04

05-05-05

06-06-06

07-07-07

08-08-08

09-09-09

10-10-10

11-11-11

Fuh. Semua orang mengejar tarikh yang cantik untuk melangsungkan perkahwinan, pertunangan dan macam-macam lagi. Yang pasti semua orang berlumba untuk mendapatkan tarikh yang cantik untuk dijadikan memori terindah.

Tapi sayang, kita sudah sampai ke penghujung tarikh yang cantik itu. 12-12-12. Huhu. So, sesiapa yang menjadikan tarikh nikah tapi tak jadi-jadi lagi, jom pakat nikah hari ni juga. =='

*****

Berpusu-pusu orang pakat kahwin tarikh tu kot. Serius memang cantik pun tarikh dia. Habislah para doktor, mesti kena buat OT, iyalah. Ibu-ibu pakat book tarikh ni untuk bersalin ==' Adui, parah.

Bertuahlah baby yang lahir pada tarikh ni. Huhu.

Eh, tapi tahun depan pun boleh ada tarikh cantik.

01-03-13 --- > Oklah tarikh tu, dari tak da langsung. Mengubat kekecewaan jiwa yang lara :P

Apa-apa tarikh pun tidak kisahlah. Hidup perlu diteruskan. Yang kelakar, ada pakar-pakar saintis lah, pemikir lah yang kata, DUNIA AKAN BERAKHIR pada 12-12-12.

Amboi...macam dia tu Tuhan. Tahu tarikh kiamat bila. Ish..ish..sedar-sedarlah diri kita ni manusia. Pemikiran terbatas. Tak payah dok buat kalut haih. Kononnya nak bagi glamour nama dia, sebab tu dia buat teori gempak-gempak sikit T.T

" Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." 

~surah al 'araf : 187~

Kiamat itu rahsia Allah. Ia akan datang bila sudah tiba waktunya. Dan kiamat itu pasti terjadi.Apa-apa pun, wahai manusia sekalian. Usah takut dengan kiamat. Usah sibuk memikirkan tarikh kiamat. Tapi fikirlah tentang diri itu. Sejauh mana amalan. Sejauh mana persediaan untuk menghadapi kiamat itu.

Tahukah kalian sebenarnya kiamat itu dekat sekali dengan kita?

Allah... sungguh...kita berada di tahap kelalaian. Sungguh kita lalai. Dengan dunia hari ini. Penuh huru hara. Bermusuh-musuhan. Lagho dengan arus teknologi hari ini.

Dan kita lupakan kiamat yang kian hampir.
Sudahlah tahun depan 2013. Pastu 2014..2015 dan seterusnya.

Qaniah rasa pelik. Rasa janggal dengan tarikh-tarikh yang kian menjauh ini. Rasa gayat. Macam tak sampai nak gapai tarikh ini. Huhu.

Mungkin kerana sesungguhnya kita menghampiri dunia akhir zaman.

Allahurabbi!

Selamat berMUHASABAH semua :')
Assalamualaikum

Qani'ah Mawaddah

No comments: