Pages

Wednesday, December 26, 2012

FINAL EXAM


Alhamdulillah, masyaallah. Syukur, Allah masih hidupkan qaniah. Dengan kepala yang berat sambil telinga mengulang dengar surah Al Qiyamah yang dialunkan oleh Syeikh Mishary Al Rasyed qaniah menulis entry kali ini.

Sebenarnya banyak yang qaniah menulis. Terutama tentang kelas Tanbih Al Ghafilin untuk siri yang kedua. Tambah pula, qaniah tak sabar nak menulis entry pasal pengalaman ke daurah ilmi di Soreh bersama Syeikh Hammam.


Apakan daya, kepala berat, hati tak mampu nak menulis perkara ilmu sesuci ilmu talaqi dalam keadaan kepala tengah berat dengan serabut. Al maklumlah esok qaniah exam.
FINAL exam kawan-kawan. Jangan main-main. huhu.

Jadi, insyaallah lepas qaniah habis exam, qaniah akan coretkan segala ilmu yang qaniah dapat sepanjang daurah dan kelas tanbih bersama syeikhah qaniah ya. Buat masa sekarang qaniah mahu memberi ruang kepada diri qaniah untuk study sungguh-sungguh untuk naikkan muaddal [average= lebih kurang pointerlah ==']

Semester lepas qaniah main-main. Jadi muaddal qaniah jatuh sangat-sangat. Qaniah tengah berusaha bersungguh-sungguh untuk naik.

Ya la, kita kena jadi orang yang berjaya. Nak jadi daie, pejuang pun muaddal kena mumtaz. Barulah boleh dipanggil daie yang terbaik dari segi akademik, ruhiyyah dan sahsiahnya. Subhanallah, barulah kita boleh menggapai status DAIE yang BERKALIBER.

Qaniah nak gapai status itu. Jadi kena usaha sungguh-sungguh.
Chaiyok-chaiyok.


Pagi tadi, qaniah ternampak satu kata-kata. Kata-kata kat atas nilah yang qaniah nampak. Subhanallah. Kelu llidah. Betul sangat-sangat kata-kata di atas. Ya, kadang-kadang rasa penat belajar. Hakikatnya jeles bila tengok orang lain berjaya.

Sebenarnya kita pun boleh. Cuma kita ini malas. Ayuh, jangan rasa penat belajar. Kalau kita penat, kita rasa down dan mahu berhenti study. Kalau mahu berhenti study, kita akan jadi BODOH. Kalau jadi BODOH, orang pandang SEBELAH MATA. PENDAPAT kita orang TOLAK tepi. Kita akan rasa PERIT dan SAKIT.

Jadi kita kena jadi PANDAI. Sebab dunia HARI INI pandang nilai PANDAI. Kita pun kena jadi TERBAIK.

Kawan-kawan doakan qaniah ya.

Ini jadual exam qaniah.

27 Disember 2012 = HIFZ QURAN 1
31 Disember 2012 = ENGLISH
3 Januari 2013 = MADKHAL ILAL SUNNAH
8 Januari 2013 = MACRO ISLAMI
9 Januari 2013 = MICROECONOMY

Hari ini qaniah sudah rasa berat kepala.Huhu. Maklumlah esok exam hafazan quran. Bila makin hafal quran makin sakit kepala. Betullah, bila kita hafal quran Allah akan beri ujian macam-macam. Pening kepala. Malas. Sakit.

Sebab Allah nak sucikan diri kita dari segala dosa. Sebab kita nak menghafaz benda suci bersih. Ayat quran. Jadi, benda baik sedang berlawan dengan benda jahat dalam diri kita. Jadi kita akan sakit.

Doakan qaniah istiqamah dalam menghafaz al quran dan kuat melawan benda jahat ini.

Buang yang JAHAT, ambil yang BAIK :')

Jom jadi mukminah bertakwa ^_^

Tata.

Mintak maaf semua.
Assalamualaikum.

Qani'ah Mawaddah
Bayt Dar Azzahra
26 Disember 2012
1.44 pm

1 comment:

repa said...

Syafakillah, semoga berjaya..^^