Pages

Tuesday, December 4, 2012

JAHIT HATI

"Aduh..sakit!"

"Kenapa sakit ni dik? :)

"Saya sakit tengok jarum yang tu..tolong cabut akak..."

"Adik...nak jahit hati yang koyak kena tahan sakit sikit..." :')


Subhanallah..terkaku qaniah. Qaniah tengah jalan-jalan di Fb. Terpandang picture ini, beserta komen persis kata-kata di atas. Secara kebetulan hati qaniah turut sakit. Masyaallah, benar-benar sakit. Adakah kerana hati qaniah juga terkoyak?

Kalau hati terkoyak kita perlu buat bagaimana ya?

Tampal? Bagaimana nak tampal balik?

JAHIT

Ya, kita kena jahit dan tampal hati yang koyak itu. Perumpamaanya adalah sebuah MUJAHADAH. Bila hati sudah koyak, terluka dengan dosa dan kesilapan yang kita lakukan setiap hari, kita perlu tampal dan jahit kembali dengan sebuah MUJAHADAH yang dipenuhi dengan sebuah kesungguhan dan kesabaran.

Ingat senang kah untuk kita jahit dan tampal hati? Sakit sangat. Perit sangat. Kadang-kadang tension, kadang-kadang menangis dan sedih. Sampai bila hati ini akan sembuh kembali? Sampai bila?

Manusia itu tidak sempurna. Selalu saja kesilapan demi kesilapan kita lakukan. Terkoyak sedikit hati, jahitlah cepat-cepat dengan meminta ampun kepada Ilahi. Kita tidak sempurna sahabat-sahabat. Hatta qaniah sendiri seorang manusia yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Kita sedar.
Kita tahu.

Bahawa kita silap. Cuma kadang-kadang hati rasa perit dan keras. Masyaallah, apakah petanda hati ini keras Ya Rabb? Apabila berbuat kejahatan langsung tiada rasa perasaan bersalah timbul di hati. Allah.. teruknya hati ini Ya Allah...

Sakit sangat hati. Cuma dia rasa beku. Dia rasa kosong. Adakah kerana hati ini terluka dan dipenuhi dengan tompok-tompok hitam hingga menghalang bias cahaya suci itu masuk ke dalamnya. Ya Allah... teruknya hati aku Ya Allah.. Aku nak berus. Aku nak cuci kembali hati Ya Allah.. Tapi bagaimana Ya Allah...

Aku tidak kuat. 


*****

Sahabat. Sebelum terlambat berpatah baliklah ke pangkal jalan. Malu untuk qaniah menulis bait kata ini kerana diri qaniah juga seorang hamba yang senantiasa melakukan dosa. Senantiasa. Tapi Allah masih menghidupkan qaniah, itu tandanya Dia sayang kepada kita dan memberi peluang kepada kita untuk menebus kesilapan kita dengan bertaubat kepada-Nya. Tapi kenapa kita masih alpa dan leka? Kenapa? Mengapa?

Semalam, qaniah buka Fb. Dan qaniah nampak gambar mayat. Takut. Jenazah adik junior qaniah yang meninggal pada pukul 5 pagi akibat jangkitan kuman di Mesir. Akram Zaki namanya. Qaniah tidak mengenali dirinya, tetapi qaniah pernah mendengar namanya dan kalau tidak silap dia pernah menjadi Ajk Badan Pendidikan Islam yang mana pada waktu ini qaniah merupakan timbalan pengerusi. Tetapi qaniah tidak pasti.

Dia pernah menjadi ketua nuqaba pada zaman maahad dahulu. Kemudian setelah dia berpindah ke SBPI Kubang Pasu dia menjadi Ketua BADAR di sana. Ya, qaniah ingat lagi pemergian dia ke sana membuatkan ramai orang rasa frust sebab kami kehilangan seorang adik yang sangat hebat dalam berpersatuan dan sahsiahnya yang terpuji.

Agak terkejut semalam. Dia masih muda. Allah telah menjemput dirinya pergi. Tidak disangka-sangka. Dia merupakan pelajar di Mesir, dalam jurusan Ulum Islamiyyah. Paling sedihnya, kedua ibu bapanya berangkat ke Mesir sejak dia dimasukkan ke hospital. Dan ketika saat terakhir, dia bersama keluarga. Paling syahdu, ayahnya sendiri mengimamkan solat jenazahnya. Allah....

Allah telah mengambil kembali satu jasad. Umur yang masih muda. Di bumi barakah para anbiya.

Kita? Bilakah waktunya.....?

Allurabbi...Ampunkan dosaku..... :'(

Qani'ah Mawaddah
1.07 am
4 December 2012
Bayt Dar Azzahra,
Irbid, Jordan.

No comments: