Pages

Friday, January 11, 2013

SNOW IN IRBID


Salam sedingin salju bumi Syam buat kawan-kawan. Mintak maaf, sudah 2 hari entry ini jadi draft dalam blog. Nak menulis tapi sejuk sangat. Keras tangan-tangan sebab waktu qaniah nak menulis, suhu -1'celcius di tempat tinggal qaniah Irbid. Dan salji sedang turun dengan lebatnya. Huhu.

Hanya gambar mampu berbicara :)



6 tahun lepas, salji turun di Irbid. Sejak itu tak turun-turun. Irbid kawasan dia rendah, jadi suhu tak sesejuk kawasan Ajlun, Mu'tah dan Amman hingga salji turun mencurah-curah setiap tahun.

Rezeki Allah..entah kenapa suhu tahun ini kian sejuk. Pada hari Sabtu, salji turun. Riuh warga Irbid. Dan usai azan Maghrib berkumandang, salji turun mencurah-curah. Subhanallah..Masyaallah..

Apa lagi..siap semua.... sarung tangan.. seluar jeans..baju sejuk..

Let's go... main salji :D


Wow. Subhanallah..indahnya bumi Syam ini :')

Tada...cantik kan? Qaniah ambik dari web Irbid..


Siapa sangka.. bumi yang tandus ini... dingin dengan salju... Terima kasih Ya Allah.. Sungguh.. Kekuasaan-Mu sukar ditanding..

Engkaulah Maha Pemberi Rezeki.. 
Dan Engkaulah Maha Berkehendak..
Terhadap segala ciptaan-Mu... :')

Tada. Sori qaniah tak thiqoh sikit. Main salji seronok sangat, confirm tak pakai jubah dengan purdah. Nasib gambar ini gelap, tak nampaklah sangat.

Tapi jangan risau, aurat masih dijaga :D
Tada, qaniah bergambar bersama ahli rumah atas. Ahli rumah qaniah sorang tengah tangkap picture ni, kesian dia tak masuk bergambar sekali. 2 orang lagi duduk dalam rumah . Tak keluar. 

Sori picture gelap sebab malam dan salji tengah turun.

Tahun ni tak main salji sangat sebab tak pergi Ajlun. Tak pa, tunggu habis exam 14/1 ni, nak pergi main salji.Huhu

Kenapa 14/1 baru exam? Yela, patutnya 10/1, tapi exam tunda sebab cuaca buruk dan jalan ke Irbid di tutup, sebab Amman dah banjir dan salji sangat tebal.

Boleh bayang tak banjir dengan air ais? Oh... sejuknya!

Ok, semoga berjumpa lagi.

Jom pergi main salji :D

Oppsss , hari ini hari lahir abah. Happy Besday abah..yang ke 46 tahun :')

Qani'ah Mawaddah
Bayt Dar Azzahra
11 Januari 2012
3.38 PM

2 comments:

Alhaqeerah ilallah(Shauqatul Iman) said...

alolo...tomeinya snow man depa...^^ untungla~

Alhaqeerah ilallah(Shauqatul Iman) said...

alolo...tomeinya snowman depa..^^
untungla~