Pages

Saturday, March 30, 2013

Demi Masa.


Demi Masa.

Setiap manusia dikurniakan 24jam sehari semalam.
Terpulang bagi setiap insan untuk memanfaatkan
masa yang dikurniakan dengan bijak sepenuhnya
atau sebaliknya. Kadang-kala berasa pelik melihat
orang lain dapat melakukan banyak pekerjaan,
aktiviti dengan baik dalam masa yang ada. Adakah
dia dikurniakan masa yang lebih daripada kita?


Tidak.
Masing-masing dikurniakan masa yang sama,
waktu yang sama, tempoh yang sama.

Namun apa
yang membezakan antara kita dan dia? Itulah yang
diperkatakan oleh Al-Allamah Syeikhuna Nuruddin
Marbu Al-Banjari Al-Makki hafizahullah, iaitu soal
keberkatan yang ada pada masa tersebut.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Asr,
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan
beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke
arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."

No comments: