Pages

Wednesday, March 27, 2013

HILANGNYA PERMATA ULAMAK


Bismillah...
Alhamdulillah, setelah sekian lama tangan ini tidak menari di keyboard, menutur bait-bait kata untuk blog serikandiumar a.k.a qaniahmawaddah. Masyaallah, bersawang. Apa khabar kawan-kawan, teman seperjuangan sekalian.

Pasti banyak perubahan pada kalian. Makin bertambah imankah? :)



Banyak yang berlaku sepanjang qaniah diamkan diri. Isu semasa juga bertambah. Sebelum qaniah menulis dengan lebih jauh, sama-sama kita hadiahkan Al Fatihah kepada Allahyarham Syeikh Said Ramadhan Al Bouti, Tuan Guru Haji Ali Kedah,  Tuan Guru Abdullah, Dr Uthman..

Allah..Allah..tataplah wajah mereka ini..


25 Mac 2013 : Hari ini hujan lebat membasahi bumi mengiringi pemergian kekasihNya. 

1) Tuan Guru Haji Ali Kedah : Mengajar Tasawuf (kitab Hikam ) di Masjid-masjid di Alor Setar. Akhlaknya indah. Murabbi selalu cerita mengenainya. 

2) Tua
n guru Hj Muhammad Abdullah : Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah.

3) Dr Uthman El Muhammady yg telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.


Al-Fatihah. ALLAH.. Hasbi rabbi..

Para Ulama yang menghadiri pengkebumian rakan seperjuangan mereka. Ya ALLAH , panjangkan umur guru kami.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang : Saya bagi pihak PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Muhammad Abdullah yang telah kembali kerahmatullah pada petang semalam. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah serta ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh. Kali terakhir saya mengziarahi beliau ialah pada 22.02.2013 di rumah beliau ketika beliau dalam keuzuran. Al-Fatihah.

Sebak, ketika gambar-gambar beliau diupdate, qaniah seakan macam kenal. Lantas, tatkala sahabat baik qaniah share satu pic di fb qaniah, terus tidak dapat tahan rasa sebak. Allah..


Qani'ah MawaddahAn-nur Kesabaran, k.Ibtisam Mohamad.. Ingat kan lagi kenangan ketika kita bermusafir ke Kelantan bersama2 keluarga AMC dan sekali dgn Tok Long ( Allahyarham Sheikh Muhammad Abdullah) ? Tiba2 dengar khabar Tok Long dah kembali kepada Allah.. Allahu, terkejut sebenarnya :'(

Seorang demi seorang ulama pergi meninggalkan kita. Dimulai dengan Tok Ayah Musa, juga dengan peristiwa kebakaran yg melibatkan Tok Guru Izzuddin yg juga menyertai rombongan ke Kelantan.. dan sekarang tiba masa Allahyarham Tok Long..

Alhamdulillah, Allah memberi kita kesempatan utk bersua muka dengan ulama2 ini walaupun cuma sebentar. Semoga roh Allahyarham Sheikh Muhammad Abdullah dicucuri rahmat oleh Allah dan berada di kalangan orang2 yg beriman.

'' Walaupun telah ramai ulama pergi meninggalkan kita, insyaAllah bakal lahir lebih ramai lagi ulama seperti mereka.."

Al-Fatihah..

*****
Tangisan demi tangisan..

Paling sebak... perginya Syeikh Said Ramadhan Al Bouti.. Allah..

 Berita kematiannya.. qaniah tahu sewaktu berada di dalam coaster.. kami dalam perjalanan ke Aqabah. Ada program di sana.. qaniah online melalui phone.. Allah...terus terjerit kuat tanya.. " Syeikh Said Ramdhan Al Bouti.. meninggal ka?"

Ya..itu jawapan budak lelaki.. syeikh kena bom..

Allah..terus qaniah pegang dada... sebakk...

Allah...terimbau kata-kata beliau di dalam buku Fiqh Sirah :(

SYAHID BERSAMA AL-QURAN DAN SUJUD KE TANAH...AL-FATIHAH..

Sayyidi Syaikh Dr Sa'id Ramadhan Al-Buti syahid ketika sedang mentafsirkan ayat ke 10 dari Surah Ali Imran,ketika letupan,beliau meletakkan mushaf di dadanya,ketika cuba dialihkan,terus jasadnya jatuh sujud ke tanah,(pihak yang cuba mengalihkan As-Syahid) tidak mampu mengalihkannya (dari keadaan sedang bersujud itu) melainkan setelah beberapa ketika.



"Aku jatuh cinta pada sebuah negeri, semua isinya yang baik-baik semuanya aku sayang. 

Negeri nenek moyang kami , negeri yang senantiasa dibawah lembayung rahmat-Nya,


Negeri banyak ulama'. Entah berapa banyak kekasih ALLAH lahir di sana . Kedah


 Darulaman yang sejahtera ". 

Moga pemergian kekasih-kekasih sebelum ini menghembuskan kekuatan bukan kelemahan. 


Bila membenih subur kerana keyakinan, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun 


yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin.

Dan hati aku aman dengan janjiNya .

p/s : Antara ulama' Kedah yang masih ada bersama kita. Doakan mereka.


Sahabat-sahabat tercinta.. doakan Allah kuatkan iman kita di akhir zaman ini... Allah :'(

Qani'ah Mawaddah
Bayt Dar Azzahra
12.08 PM
27 Mac 2013

No comments: