Hari ini ada sambutan hari guru di tadika. Tadika Tasneem Bestari. Dapat banyak hadiah daripada anak-anak kecil. Seronoknya ^__^ first time dapat hadiah dari insan kecil. Ini gambar Hani Khalilah. Anak murid kesayanganku. Baru berusia 4 tahun, namun sudah petah berbicara. Allah… indah sungguh ciptaan-Mu…
Sambutan hari guru begitu meriah. Kami potong kek beramai-ramai. Seronok sangat. Terasa diri dihargai. Kanak-kanak saling mengucapkan “SELAMAT HARI GURU..” Usai makan, aku dipanggil masuk ke dalam pejabat. Pengurus mahu berjumpa dengan aku. Dup dap..jantung menahan rasa. Kenapa ya?
“Er…Nasuha…kami tak tahu nak cakap macam mana dengan Nasuha..”
“Kenapa..Nasuha ok je..bagitahu saja..”
“Betul ni? Apa yang kami nak cakap ni, harap Nasuha terima dengan hati yang terbuka ya..?
Aku dah rasa lain. Pelik.. kenapa ni? Aneh bangat!
“Err…ok ja..”
“Macam ni..hari tu, Nasuha ada bagitahu..Nasuha nak berhenti kerja..kan?”
“Ya..kenapa?”
“Ok..pastu tiba-tiba Nasuha ada minta untuk teruskan bekerja sebab Nasuha nak sambung ke Jordan..tak jadi pergi Insaniah. Tapi.. kami dah cari pengganti. Ini bukan keputusan kami.. tapi ini keputusan semua, orang atas. Errr..kalau Nasuha sendiri la kan.. nak terus kerja kea tau macam mana..?”
“Kalau boleh tu..memang la terus bekerja..tapi kalau tak boleh..nak buat macam mana kan.. Nasuha ok ja..”
“Eh…jangan la macam ni…kami cuba bincang dulu..”
“Hmmm…ok…”
*****
Sedihnya hati ini bukan kepalang. Aku sudah berjanji kepada mak dan abah untuk mengumpul sebanyak 2 ribu untuk perbelanjaan ke Jordan dan juga duit tiket ke bumi Jordan. Kalau aku berhenti kerja.. mana nak dapat duit lagi ..? Ya ALLAH…sekali lagi Kau menguji insan kerdil ini.
Aku masuk ke dalam bilik. Bilik yang memang disediakan khas buatku di tadika ini. Terus menghempas badan ke atas tilam. Menangis. Ya Allah..hebat-Nya ujian-Mu ini.. aku sudah lemah tidak berdaya. Kusut fikiranku memikirkan jalan. Adakah bumi Jordan kian kabur untukku???
Teringat panggilan telefon dari abah tempoh hari…
“Abah pergi jumpa tok njang..dia tanya.. ang pakai purdah ni..nanti balik nak kerja apa? Kerajaaan mana terima pakai tutup macam tu…”
“Abah…nanti time kerja..Nasuha buka.. bila habis waktu kerja.. Nasuha pakai balik.. abah jangan la risau sangat…”
“Awat abah tanya kawan-kawan abah, perbelanjaan kat Jordan tinggi? Seribu kena hantar tiap bulan..abah tak mampu nak sara ang…”
“Ya ALLAH..kan Nasuha dah kata.. tak payahlah hantar banyak-banyak..sikit pun dah cukup… kawan Nasuha ayah dia hantar 5 ratus ja kat kakak dia..”
“Betul ka.. tak pa.. mai bukti.. mai no telefon ayah dia.. abah nak telefon…”
Aku terus meletakkan telefon. Ya Allah… beginikah akibatnya tatkala aku memilih Jordan sebagai haluan hidupku kelak? Kenapa begitu banyak cubaan dan dugaan yang harus ku lalui.. Ya Allah..kuatkan hati hamba-Mu ini…
Mencapai telefon bimbit.. mendail no sahabat. Lantas ku kirim no telefon ayahnya kepada abah. Aku duduk bersandar di dinding. Mengharapkan bantuan dari-Mu Ya Allah…
Tittt.. titt.. mesej masuk ke dalam inboxku..
“Abah bangga dengan kakak sebab sanggup berusaha…”
Air mataku menitis. Aku tersenyum bangga. Terima kasih Ya Allah!
Bersambung…
Qani’ah Mawaddah,
10.42 pm
7 Oktober 2011
Irbid, Jordan
No comments:
Post a Comment