Pages

Tuesday, September 27, 2011

EPISOD 5 : BERJALAN TANPA HENTI

          Abah dan mak dah izinkan aku untuk ke Kuala Lumpur bersama Syafiqah. Kali ini untuk menguruskan segala borang permohonan aku untuk ke Jordan. Aku pakai serba purple. Suka warna purple. Pakai purdah. Tiba-tiba dalam kereta mak tanya.. 

          “ awat pakai purdah nak pi sana?”

          “Kenapa..?”

          “Jangan dok merepek… dah nak gi tempat kerajaan… satgi payah pula pengurusan kat sana tengok ang pakai macam ni..”

          “Alaa…hari tu Nasuha pakai macam ni tak pa pun…”

          “Ang masuk tempat kerajaan pakai macam ni?”

          “Ya la…”

*****

          Diam. Nasib baik suasana kembali diam. Cuma aku dah hantar sms kepada Syafiqah.. bagitau jangan pakai purdah. Mak tak bagi pakai. Sampai kat stesen bas, aku masih pakai purdah. Abah pula tengok.

          “Eh..nak pakai macam ni ka pergi sana?”

          “Ya la..”

          “Tak payah pakai la.. dah nak pi jumpa Pak Long.. buat malu dia nanti..”

          Dengan berat hati , aku pun buka purdah bagi dekat mak. Macam nak nangis. Kenapa orang selalu salah ertikan ‘purdah’ ini. Hina sangat ka? Aku pasti buktikan pada dunia, wanita berpurdah ini punya karisma yang tersendiri! Aku pasti buktikan!

          Naik bas dengan pelbagai rasa. Melambai tangan kepada ibu tercinta. Mengenggam tangan sahabat tercinta. Sahabat yang sering bersamaku... sejak dari zaman maahad hingga kini. Syafiqah dan aku akan bersama menelusuri persahabatan ini hingga ke bumi Urdun. Insyaallah…

          “Ya Allah..terima kasih kerna Engkau mengurniakan aku sebuah keindahan dan kelazatan dalam berukhwah.. sahabat tiada ganti ya Allah… sejak dulu hingga kini, dia selamanya di hatiku… tawaku.. nangisku… sentiasa bersamanya… gaduh kami mengundang sayang ya Allah…dekatkan hati kami sekalipun kami jauh beribu batu.. sesungguhnya aku menyayangimu sahabatku….”

Bersambung...

Qani’ah Mawaddah
27 September 2011
6.50 pm
Irbid, Jordan

3 comments:

ahmadahlami said...

Salam..., ana suka muslimah berpurdah... pertahankan & peliharalah maruah mu utk Menuju HikmahNya...

Qani'ah Mawaddah said...

wassalam...

ya..syukran

ahmadahlami said...

ana dh baca habis dh... tp masih ada x kurang fahamlah ttg cerita ni... masih ada smbungnnya lg kan...