Setelah selesai urusan pengambilan sijil kelahiran dan result SPM yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab, kami terus menuju ke stesen LRT dengan menaiki teksi. Kami perlu ke Kementrian Luar Negeri untuk cop terjemahan ni.
Dari Wangsa Maju kami terus ke KL Sentral. Sampai sahaja di KL Sentral, berjalan ke sana sini mencari perkhidmatan yang disediakan untuk menuju ke Putrajaya Sentral. Sekeliling KL Sentral kami redah. Rupanya, untuk ke sana kami kena naik LCCT, transit di Putrajaya Sentral sebelum ke KLIA. Mana lah kami nak tahu, ingatkan nak pi KLIA… ^___^
Suka naik LCCT. Perjalanan kami menggunakan bas dan LRT seterusnya LCCT dirasakan lebih murah berbanding jika kami naik teksi atau bawa kenderaan sendiri. Kami tiba di Putrajaya Sentral, cepat-cepat turun ke bawah mencari bas untuk ke Wisma Putra, Kementrian Luar Negeri.
Sampai sana, kami lepak dulu. Makan roti yang kami beli. Bila siap makan, baru pergi kat pondok pak guard untuk masuk ke dalam. Tengok-tengok kami dah terlambat. Sekarang baru bermula masa rehat. Duduklah kami kat luar pagar sampai pukul 2 petang. Allah… panas . Kami pula pakai niqab hitam. Fuh… berpeluh ^__^
*****
Segala urusan dah selesai. Kami patah balik ke Putrajaya Sentral. Menuju ke surau untuk solat dan berehat. Kami masih buntu. Sama ada nak berpatah balik ke Puduraya atau stay di sini dan bertanyakan tiket mana yang ada. Yang menjadi masalahnya, tiket hari ini sudah habis. Macam mana nak balik? Takkan nak tidur sini?
Telefonku berdering menandakan ada panggilan masuk. Pak njang?
“Assalamualaikum..ang ada kat mana?
“Waalaikummussalam.. nasuha ada kat Putrajaya Sentral..”
“Nak mai rumah ka dak?”
“Erm…tak pa ka?”
“Tak pa ja… satgi pak njang pi ambik…. Sekrang pak njang ada kat Banting, jadi pengadil Badminton..”
“Ok…”
*****
Kami balik malam ni juga. Pak njang telefon tanya syarikat Transnasional di Kajang. Rumah pak njang di Semenyih. Kami bertolak ke Kajang dan makan sebentar sementara menunggu bus.
“Nasuha…ang cuba la dulu minta Jordan tu..”
“Erm… mak bagi ka.. nasuha dah nak masuk Insaniah..”
“Cuba ja la..”
Naik bas dan terus duduk. Bagai nak pecah hati memikir semua ni. Jordan? Macam mana ni?
*****
Sampai di Kedah, pukul 5.30 pagi. Ikut Syafiqah balik rumah dan berehat sementara tunggu mak datang ambik. Usai solat Subuh.. hatiku dah nekad…
“Syafiqah… mak cik.. Nasuha nak pi Jordan!...”
Bersambung…….
Qani’ah Mawaddah,
7.53 pagi
Sakan Yarmouk, Irbid
No comments:
Post a Comment