“Betul ni….”
“Ya… tapi tak mau bagitau mak lagi….”
“Ok…kalau macam tu, pi siap… sekarang ni, mak cik pi bayar duit terjemahan kat bank, RM 100…”
“Ok..satgi Nasuha bawa keluar duit gaji…”
*****
Naik bas di Shahab Perdana dengan ditemani Syafiqah untuk ke Perlis. Hari ni, hari Jumaat.. Perlis sahaja yang buka untuk buat passport. Duit gaji dah aku keluarkan untuk buat segala pengurusan. Duduk di tepi, memandang ke luar tingkap. Ada titisan air mata yang mengalir. Benarkah keputusanku ini Ya Allah..?
Sampai di Perlis terus ambik teksi ke Pejabat Imigresen untuk buat passport. Sementara menunggu passport siap, Syafiqah dan aku berlari mencari teksi untuk ke Hospital.. buat medical check up.
Satu demi satu medical check up aku buat, walaupun hakikatnya, hari sudah petang. Doktor sudah tiada untuk buat pemeriksaan. Tapi rezekiku masih ada. Alhamdulillah. Dari bilik x-ray aku buat pemeriksaan, sudah ada kelainan. Hinggalah sewaktu urine test, kelainan makin terserlah.
“Nur Nasuha…”
“Ya…saya?”
“Kenapa urine test kamu terdapat kandungan darah yang banyak?”
“Err…saya ok ja pun…”
“Kamu ada sakit apa-apa dak..?”
“Erm..memang saya ada sakit…”
“Tak pa lah.. kami just boleh bagi keputusan.. kamu jawab sendiri dengan doktor ya satgi…”
“Ok..terima kasih…”
Aku turun ke bawah dengan langkah longlai. Ya Allah.. adakah kesakitan ini bakal menjadi penghalang impianku? ~mood sedih
*****
Jam sudah menunjukkan hampir pukul 5 petang. Passport aku! Segera berjumpa nurse dan meminta kebenaran untuk ambil passport dulu sementara tunggu doktor datang. Syafiqah dan aku berlari keluar. Mencari teksi. Tiada! Berjalan sejauh 100 meter dan hampir sesat. Akhirnya menahan teksi di tengah jalan.
Jalan sesak. Kami betul-betul bertentangan Pejabat Imigresen.
“Kamu turun kat sini.. satgi pak cik ngan kawan kamu pusing masuk dalam..”
“Ok..”
Aku terus turun di tengah-tengah jalan yang penuh sesak dengan kereta. Berlari sekuat mungkin masuk ke dalam Pusat Imigresen. Naik ke tingkat 2. Alamak silap! Tingkat satu. Turun balik. Terus menuju ke kaunter. Bertanyakan keadaan passport.
“Ingatkan tak datang dah…kami dah nak balik..”
“Huhu…datang puan..”
*****
Kembali ke hospital. Masuk ke bilik doktor. Diaju dengan pelbagai soalan.
“Kamu memang sakit ya?”
“Ya…saya..”
“Erm..macam ni, jika apa-apa berlaku sepanjang tempoh ni, kamu bawa laporan perubatan kamu yang sedia ada untuk ke Jordan supaya doktor sana tahu keadaan kamu..”
“Ok..saya faham…”
Selesai segala urusan. Mencari jalan pulang ke Kedah ^__^ bas dah tak da. Terpaksa naik bas ekspres. Abah dan mak telefon. Bertanyakan keadaan diriku dan apa tujuanku ke Perlis. Maafkan suha mak… tunggu suha balik…
Bersambung...
Qani’ah Mawaddah,
21 September 2011
8.15 am
Irbid, Jordan.
No comments:
Post a Comment