Bergerak pulang ke rumah dengan seribu rasa. Takut. Sedih berterusan menyelubungi diri. Syafiqah dan ibunya sanggup menghantar aku ke rumah untuk berjumpa dengan abah dan mak.
Sampai sahaja di depan pagar rumah. Memberi salam dan terus masuk menuju ke pintu utama tatkala kelihatan cahaya menyinari laman rumah. Memperkenalkan mak kepada Syafiqah dan ibunya dengan muka yang penuh ceria.
“Ni mak Nasuha ya… ?”
“Ha..saya mak Nasuha..”
“Saya ingat..biarlah Syafiqah ngan Nasuha pi skali Jordan.. kesian tengok diorang.. naik bas ke sana sini, tak berhenti-henti lagi. Penat saya tengok…”
“Hmmm…tak tau la… pandai-pandai dia saja buat keputusan.. hari tu kata nak pi Insaniah..”
“Xpa la…semangat dia nak pergi Jordan..”
*****
Masuk sahaja ke rumah, kena marah dengan abah dan mak kerana buat keputusan ikut suka. Jordan bukannya murah perbelanjaannya. Abah dan mak nak tanggung adik-adik lagi. Macam mana nak tanggung perbelanjaan aku…?
“Awat yang pandai-pandai pi buat passport ni?”
“Err…nak isi borang Jordan kena ada salinan passport ngan no passport…”
“Sapa nak tanggung ni? Bukannya murah… fikir masa depan adik-adik sama…”
Diam. Aku terus diam. Sebak. Nak nangis sahaja rasanya. Aku dah cuba Ya Allah.. Bantulah hamba-Mu ini…
Bersambung...
Qani’ah Mawaddah,
Irbid, Jordan
No comments:
Post a Comment