Pages

Monday, September 12, 2011

TINTA PERTAMA

           Alhamdulillah, hari ini genap 2 hari aku di bumi Jordan. Kembali menulis dengan semangat yang baru. Semangat dan aura bumi Jordan yang meresap ke dalam diri ku membuatkan aku suka untuk kembali menulis. Blog juga aku ubah ke masa dahulu. Subhanallah, terasa kehangatan dan ruh yang ada dalam diri untuk kembali menulis.

            Pertama kali jejakkan kaki ke bumi Jordan, indahnya hanya Allah yang tahu. Menggenggam tangan sahabat tercinta, membaca al-fatihah 3 kali dan memulakan niat baru. Naik sahaja bas yang disediakan, aku pandang ke luar tingkap. Subhanallah.. inilah bumi Jordan. Bumi yang aku impikan selama ini, sekarang aku sudah memijak tanah bumi barakah ini.

            Sepanjang perjalanan, hanya memandang luar tingkap. Sebak. Terasa sedih. Perjuangan aku baru bermula. Kesakitan makin kuat dirasa. Ya Allah.. moga bumi barakah Jordan ini bisa menyembuhkan srikandi kecil ini.

           Kadang-kadang aku tidak sekuat mana, mungkin nampak ceria dan gembira di hadapan semua, tapi dalamnya perit melawan kesakitan yang tak kunjung tiba.

            Berjalan di kawasan Universiti Yarmouk membuatkan aku berasa takjub. Sukanya lihat keadaan Universiti Yarmouk. Tak sabar rasanya nak masuk kuliah… ~__^

            Buat sahabat-sahabat, rindunya pada ukhwah kita. Masih terasa pelukan dan tangisan di saat akhir kita berpisah. Terima kasih atas keprihatinan kalian dan doa kalian. Doakan ana sembuh dan berjaya melalui hari-hari yang mendatang di bumi Jordan ini.

Allah…makbulkan doaku….

12 September 2011
8.11 am
Irbid, Jordan

No comments: