Pages

Sunday, November 14, 2010

Hati Itu



            Hatilah mencoretkan segala suka duka perasaan kita. Jika hati kita berbunga riang, maka gembiralah kita. Jika hati kita mendung seperti awan berarak di langit kelam, maka sedihlah kita. Jika hati kita menyimpan sekelumit dendam, maka jadilah kita seorang yang pendendam. Hati punca segalanya. Jika hati kita bersih maka bersihlah keseluruhannya. Jika hati kita kotor makan kotorlah keseluruhannya.

            Hati perlu di jaga. Hati perlu diperbaiki. Kenapa? Supaya hati kita tidak gersang segersangnya padang pasir. Hati kita harus dibaja dengan iman supaya hati kita menjadi tenang sedamai lautan Sungai Nil. Manusia lupa dan alpa. Kita hanya tahu makan dan minum untuk menggalakkan tumbesaran badan kita, tetapi kita lupa untuk beri hati kita makan dengan makanan iman dan minuman zikrullah supaya hati kita terarah pada kebaikan bukannya pada keburukan.

            Manusia jarang sekali menjaga perasaan orang lain. Dia biarkan hati orang lain terguris tetapi dia mahukan hatinya dijaga. Argh...sungguh tidak adil kita. Kita mahukan orang lain menjaga perasaan kita tetapi kita mengguris hatinya sewenang-wenangnya. Contohnya dalam konsep persahabatan. Sepatutnya sesama sahabat kita harus berkorban dan akur bukannya bertelagah tidak mahu mengalah dan hanya mahu kemenangan berpihak kepada kita. Sahabat yang baik ialah sahabat yang menjaga hati sahabatnya dan membiarkan dia yang terguris.

“Biarlah kita menjadi ibarat matahari, membiarkan dirinya terbakar untuk kegunaan umat sejagat. Biarlah kita terluka asalkan sahabat kita gmbira...”

            Jadi, jagalah hati kita. Jangan biarkan hati kita dikotori maksiat hati kerana ia akan menggelapkan hati kita. Lantas apa yang halal dikatakan haram dan apa yang haram dikatakan halal. Kenapa terjadi semua ini? Kerana maksiat telah merangsang pertumbuhan titik hitam di dalam diri kita dan menutup hati kita dari menerima sebarang kebaikan terutamanya ilmu. Ingat, ilmu tidak boleh menembusi hati yang gelap kerana ilmu itu cahaya. Ilmu tidak boleh masuk kepada dirinya penuh dengan kotoran maksiat.




hati nuraniku,
serikandiumar93
14 November 2010

No comments: