“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati…Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..”
Senyum itu satu keindahan…. Senyum itu mendamaikan…. Senyum itu anugerah yang terindah… lantas, kenapa kita tidak selalu tersenyum. Masih ada lagi yang sukar untuk melemparkan senyuman buat insan di sekelilingnya. Senyumlah selagi kalian boleh tersenyum….
Orang selalu kata, senyuman itu pengikat jiwa sebab bila kita pandai wajah seseorang yang sedang tersenyum kita juga pasti tersenyum dan senang dengan perbuatannya. Betulkan? Kalau kita lihat orang yang sedang serius dan bermuka masam, pasti kita tak suka sebab keadaan nampak tegang dan kita juga tak senang duduk. Nah, manusia memang inginkan keadaan tenang dan mendamaikan. Jadi senyuman adalah cara terbaik untuk membuatkan kita menjadi tenang dan mengikat jiwa kita pada insan yang suka tersenyum.
Senyumlah kalian selagi kalian diberi peluang untuk tersenyum. Wajah kalian pasti kelihatan manis andai kalian suka melemparkan senyuman. Senyuman itu kan satu sedekah. Tahu tak para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
Kadang-kadang kita terfikir, mampukah kita tersenyum di sebalik kesedihan yang kita alami. Kita kena cuba! Sebagai pejuang kita tidak boleh menangis, menangislah di malam hari tika menghadap Rabbul Jalil tetapi senyumlah di pagi hari buat penenang jiwa yang sepi. Sembunyikanlah kesakitan dan kesengsaraan di sebalik senyuman yang paling manis kita hadiahkan buat insan di sekeliling kita.
Hipokritkah kita? Tidak...apa salahnya kita tersenyum pada zahirnya, tetapi batin kita merintih penuh pengharapan. Biarlah kita tersenyum supaya orang melihat kita sentiasa gembira supaya tiada rasa gusar dan resah di hati mereka memikirkan kita. Siapa yang tidak mahu orang mengambil berat tentang diri kita... tetapi biarlah kita bermujahadah bersendirian kerana mujahadah itu indah!
Justeru itu sahabatku, biarlah perit mana penderitaan ini, senyumlah kalian kerana ia penenang jiwa yang sepi. Senyuman mampu membahagiakanmu kerana insan di sekeliling senang dengan perwatakanmu. Hindarkan riak wajah yang masam mencuka kerana ia perosak sebuah ikatan. Setiap insan inginkan sahabatnya tersenyum bukannya sentiasa bersedih. Jadi...senyumlah. Hakikatnya kalian sungguh manis kalau tersenyum.....
tinta serikandi,
serikandiumar93
13 November 2010
1 comment:
entry menarik...
mampu aku tersenyum dgn membaca entri ni....
tq
Post a Comment