Pages

Saturday, May 12, 2012

FINAL EXAM

 
Badan terasa perit. Gagahkan diri bangun setelah seorang sahabat gerak untuk solat isyak. Jam sudah hampir menunjukkan pukul 11 malam. Hari ini merantau lagi, tidur rumah kawan. Sakan tak da air :P

Terus pijak lantai. Sakit kaki. Subhanallah..masyaallah..di ambang final exam, kesakitan makin menjengah. Namun, tetap ingin mengucapkan Alhamdulillah...kerana masih hidup walaupun sakit. Terima kasih ya Allah :)

Dari Allah aku datang..
Maka dari Allah juga aku kembali..



Insyaallah..qaniah akan menghadapi final exam..

13/5 = Arab istidraki
14/5 = Tasyri
16/5 = Ulum Quran
23/5 = Macroeconomy
23/5 = Fikru Iqtisad

^____^ Masyaallah..sungguh cepat masa berlalu. Alhamdulillah..bakal menamatkan Tahun 1. Tahun 1 baru :P , tapi still rasa masa cepat sangat. Serius. Rasa macam baru datang. Sungguh, masa itu bergerak dengan pantas di akhir zaman ini.

Semalam, rasa gegaran. Ada gempa bumi di tanah Arab, Lebanon. Hati terusik, dan berkata..

'Bersedialah wahai diri..menghadapi kiamat yang kian hampir itu...Allah..'

Sungguh, ia kian menghampiri.

*****

By the way, qaniah nak memohon maaf kepada semua pengunjung blog qaniah yang makin semak dan bersawang ini. Buat rakan serumah, Nawwar, Hidayati..qaniah mintak maaf sama korang kalau ada mengguris hati dan qaniah garang sangat pasal hal rumah! Memang qaniah sangat garang..huhu..

Entah, dah terbiasa . :P

Maaf juga buat sahabat-sahabat sebatch, terkurang sana sini.. termakan sana sini.. harap dihalalkan dan dimaafkan.

All the best all of you!

^____^ I love you because Allah.

And for the last, doakan qaniah sihat. Perut sudah terasa pedih, kaki sudah bengkak.. sakit itu menghampiri lagi. Allah.. sungguh dahsyat dirasakan. 

Kuat..kuat..kuat.. Allah ada :)

Salam sayang dari qaniah..

Qani'ah Mawaddah
Hijazi (Bayt kak Anisatul Qalbi ^_^ )
11.36 pm
12 Mei 2012

Eh2.. tengah tulis tarikh ni teringat something..masyaallah.. sahabatku, Nur Sabirah binti Abdul Rahman, happy besday sayang.. nama ayah kita sama.. cikgu suka kata kita adik beradik ^__^

Dah 19 tahun sekarang! Moga bertambah iman ya.

Hadiah tunggu nanti..ana balik Malaysia..


No comments: