Pages

Wednesday, May 9, 2012

CERPEN : LAYAR KEINSAFAN

Petang di Irbid sungguh indah. Kelihatan budak-budak Arab berlari ke sana sini di hadapan Sakan Yarmouk. Gembira dengan keluarga masing-masing. Aku duduk bersimpuh di bawah pohon Tin, tersenyum seorang diri memandang gelagat mereka. Tercuit juga hati meskipun dalam keadaan tengah sedih.

"Apa khabar... saya sayang kamu" Seorang kanak-kanak Arab, menyapa.

Aku tersenyum. Itu saja perkataan Malaysia yang mereka tahu.

"Khabar baik.. saya sayang kamu juga.."

Mereka ketawa. Entah faham atau tidak apa yang aku jawab.



Tiba-tiba bahu ditepuk dari belakang. Aku pandang ke belakang. Satu wajah yang tersenyum manis kepadaku. Aku memegang tangannya, menarik dia duduk di tepi.

"Kenapa duduk sorang-sorang Qani'ah?" Huda menyapa.

Aku hanya menggeleng.

"Enti ada masalah ya? Cuba bagitahu ana, mungkin ana dapat tolong.." Dia mengenggam erat tanganku.

Aku hanya duduk berpeluk tubuh sambil memandang ke depan. Sayu.

"Ana kalah..." Air mata menitis. Spontan aku tunduk, lekapkan muka di lutut.

Huda terpana.

Ya, kalah.

*****

Dari kejauhan, aku nampak satu tubuh sedang berjalan. Terkejar-kejar barangkali kerana tampak kekalutannya. Aku hanya senyum kelat di sebalik purdah. Kenal sangat pada susuk tubuh itu. Aku memperlahankan langkah ketika kami hampir ingin bertembung. Sengaja. Dia masih menundukkan pandangan tanpa melihat ke depan.

Satu.. dua.. tiga..

Langkah kami bertembung. Kedua kami berhenti mengejut. Dan aku hanya ketawa.

"Qaniaaaaah... terkejut Huda tauuu.."

Dia memandang aku sambil mengurut dada. Terkejut dengan tindakan aku yang berhenti betul-betul di hadapannya.

"Relax la Hudaaa... ni nak pergi mana? Kalut sampai tak tengok orang puun.."

Aku menyoal.

"Pergi umah syeikhah laaa.. jom.. nak tak?" Huda mengajak.

"Alaaa..malaslah..penat ni.. Huda pergi sorang-sorang je la.. balik nanti kita cerita eaaa... daaaa.."

Aku terus berlari naik ke Sakan Yarmouk. Huda hanya menggeleng. Lali dengan perangai aku yang banyak beri alasan untuk ke rumah syeikhah dan talaqi.

*****

Facebook terus dibuka. Itulah rutin harianku ketika pulang dari kuliah atau ada masa lapang. Hanyut dengan kecintaan pada dunia. Hampir setahun belajar di Jordan, tiada perubahan dalam diri. Malah makin teruk dirasa. Kecintaan pada ilmu kian malap.

Notifications Facebook kelihatan merah, menandakan ada sesuatu masuk di Facebook. Ada mesej di Facebook. Laju tangan membuka.

"Salam... kenapa enti malas pergi kelas talaqi sekarang..?'

Satu ayat yang padat dan terkesan di hati, dari seseorang yang tidak dikenali. Seorang ikhwah.

"Wassalam..kenapa?"

Aku menyoal kembali.

"Kita datang Jordan bukan nak sibuk urusan lain.. kita mencari ilmu yang tak da kat Malaysia tu nak bawa balik...jangan malas sangat. pergi talaqi tu..kita kena jadi lain dari yang lain.. kita nak jadi generasi yang cintakan ilmu..."

Aku panas telinga.

"Yang enta kalut dengan masalah ana kenapa?.."

Tiba-tiba...

"Enti bukan lagi qaniah yang ana kenal..." 

Aku terkesima. Pening ka apa. Sejak bila mengenali aku lebih.

"Laaaa... masalah betul. Sejak bila kenal ana? Ana tak kenal pun enta.."

Dia diam. Langsung tidak dibalas. Tahu takut.

Aku terus keluar dari bilik. Mencari Huda di rumah sebelah. Nak cerita ada budak lelaki suka kacau hidup orang. Pintu bilik dikuak. Kosong. Lupa pula, dia pergi talaqi. Terus aku berbaring di katil dia. Memandang di sekeliling bilik. Pandang rak buku, al quran dan segala-galanya milik dia.

Aku termenung.

Haaaaihhh... aku mengeluh panjang.

Bilik ini rasa ketenangannya. Terasa roh rohaninya. Cahaya yang masuk samar-samar buatkan bilik ini tampak sungguh damai. Teringat bilik aku, gelap dan panas. 

Bezanya bilik seorang gadis solehah dengan bilik seorang gadis yang suka buang masa.

*****

"Qaniaaaah...bangunn.." satu tangan menepuk bahu aku lembut.

"Hmmm... " Aku mengiring ke sebelah kiri.

"Ya Allah budak ni...bangun dah nak maghrib..." Terdengar suara seseorang.

"Ngantuuuk..." Aku pusing sana sini. Tanda protes.

"Ha...tidur maghrib-maghrib macam ni lah jadinyaaa. orang suruh pergi rumah syeikhah tak mahu..." Dia menggoncang tubuh aku. Pinta untuk bangun.

"Alaaaaaa... syeikhah..syeikhah.. ini mesti Huda ni..." Aku terus bangun duduk bersila atas katil. Muka masih mencebik. Tahu dah siapa yang gerak, Huda.

"Amboi...sebut syeikhah pun marah.. parah sangat dah ni.." Huda berseloroh.

"Yela..yela... nak pi mandi. Satgi ada meeting.." Aku terus bangun.

Belum sempat aku keluar...

"Meeting laju diaa...talaqi banyak alasan.." Huda persoalkan.

Aku berhenti.

 'Puluuun' Hatiku memprotes.

Terus aku keluar dari bilik. Menutup pintu bilik dengan kuat sekali.

Paaaaanggg!

Puas. Satu hati lagi aku calari.

*****

Syarie Jami'ah padat dengan manusia. Lelaki Arab melepak di tepi jalan. Kanak-kanak kecil mengemis di sepanjang jalan. Aku hanya berjalan seperti biasa. Di tengah-tengah masyarakat Arab di malam hari. Seorang diri. Baru pulang dari satu talk 'Membina Generasi Cintakan Ilmu...'.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum ana ucapkan kepada adik-adik, sahabat-sahabat seperjuangan sekalian kerana sudi hadir pada malam ini. Maaf menganggu masa kalian, tapi atas dasar rasa sayang dan cinta pada komuniti Permai membuatkan ana tampil dan hadir untuk memberi taujihat kepada kalian semua sebelum ana menamatkan Ijazah Sarjana Muda ana insyaallah.

Insyaallah, hari ini ana dengan rendah hatinya ingin menyampaikan segala ilmu di dada untuk dikongsi bersama. Tajuk yang cukup indah dan puitis 'Membina Generasi Cintakan Ilmu..'. Sahabat-sahabat, kita datang jauh-jauh, dari Malaysia..beribu kilometer jauhnya sebab mahu menuntut ilmu. Ada yang dapat tajaan, ada yang mak ayah taja, dan macam-macam lagilah. Tapi kalian masih semangat, teruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi penuh barakah ini. Subhanallah, sangat hebat.

Sahabat-sahabat,

Tapi..adakah cukup kita menuntut ilmu hanya di universiti sahaja? Tanpa perlu kita libatkan diri di dalam program dan majlis ilmu serta talaqi bersama syeikhah dan syeikh Arab? Adakah cukup sekadar itu? Tidak sahabat-sahabat. 4 tahun ana di sini, tapi ana masih dahagakan ilmu yang ada di bumi ini. Masih belum dapat ana gali semua. Amat rugi ana rasakan kerana ana tidak dapat manfaatkan peluang yang ada di sini sebaiknya. Apabila sudah tamat ijazah, ana makin rasa takut dan gentar untuk pulang ke Malaysia.. sebab apa? Rasa masih kurang ilmu di dada untuk hadapi masyarakat Malaysia yang sememangnya ternanti kepulangan kita. Masyaallah.

Justeru, ana berharap adik-adik dan sahabat-sahabat dapat manfaatkan masa yang ada ini untuk menuntut ilmu dari segenap aspek. Penuhi dada dengan ilmu. Didik diri jadi mahasiswa yang cintakan ilmu. Tak rugi adik-adik. Tak rugi menuntut ilmu ini, yang rugi jika kita buang masa dengan dunia dan lupakan ilmu, Itu yang rugi. Sangat rugi. Jangan menyesal di kemudian hari.

Akhir kalam, doakan ana berjaya dunia akhirat dan ana juga doakan sahabat-sahabat turut berjaya melalui fatrah menuntut ilmu di bumi Jordan ini. Ingat, luaskan skop ilmu anda. Jangan terlalu ekstrim pada satu pandangan hingga membuatkan ana menjadi insan yang sempit ilmu. 

Wallahua'lam.

Kalam taujihad Ustaz Mursyid yang cukup menyentuh perasaan dan sanubari. Aku berada di dalam golongan yang sangat kurang mencintai ilmu. Ya Allah.... seakan tiada guna aku bermusafir jauh di sini.

*****

Pintu bilik Huda dikuak. Huda pandang aku dan tersenyum. Aku terus meluru memeluk Huda. Menangis.

Esak tangisku memenuhi segenap ruang. Huda hanya diam, menepuk bahu aku lembut.

"Hudaaa.. ana nak balik zaman maahad.. ana tak suka diri ana sekarang..."

Aku menangis.

"Kenapa nii sayang..? " Huda mengusap belakang aku lembut.

Aku peluk erat Huda.

"Allah hebatkan Hudaa... walaupun kita buat banyak dosa, Allah masih beri ruang untuk kita ingat.." Aku berbicara dalam esak tangis.

"Ya sayang.. Allah sangat hebat. Allah masih bagi kita masa untuk berubah... kita kena bersyukur semua tu qaniah.." Huda bisik ke telinga aku.

"Hudaaa... bawa ana jadi solehah. Kuatkan ana, bawa ana pergi talaqi...jangan bagi ana buang masa.. ana nak jadi solehah.." Aku panggung kepala.

Huda menyapu air mata di wajahku. Kami berpelukan erat.

"Ana tak kuat sorang-sorang..ana rindu bi'ah solehah maahad.. ana dah terkapai jauh..." Aku menangis lagi.

"Ya sayang.. insyaallah..jom jadi solehah.."

Huda memeluk aku erat.

*****

Ada satu kisah...

Ada 1 orang.. dia suka buat dosa. Dia bertaubat kembali. Allah ampunkan.

Esoknya... dia buat dosa lagi. Dia solat dan bertaubat kembali. Allah terima taubatnya.

Esok..dia buat lagi. Dia bertaubat dan Allah masih ampunkan dosa dia.

"Ya Allah.. aku satu hamba yang berbuat dosa kepada-Mu beribu kali..."

Kenapa Engkau masih ampunkan aku? Ya Allah.. sungguh. Engkau Maha hebat.

Meskipun tingkat dosa yang dilakukan oleh seorang hamba itu berbeza, tapi Engkau tidak pernah bezakan hamba-Mu dalam menerima dosa.

-----------------------------------------------------------------

Allah Mengetahui setiap jantung hati itu.
Kerana Dia lah yang menciptakan hati itu.

Setiap orang tampak sama kelihatannya, tapi lain hatinya..

Setiap orang yang berada di saff solat, takbirnya sama. Tapi khusyuknya dalam solat itu yang membezakan.

Setiap orang yang berdoa itu, bunyinya sama. Tapi tawakal kepada Allah itu yang membezakan.

Manusia hanya mengetahui yang zahir.
Allah mengetahui segala yang zahir dan batil.

Jangan pandang lekeh pada orang lain dengan dosa mereka, tapi lihatlah dosa kita.
Mana tahu, di akhirat sana Allah lebih pandang dia mulia dari kita.

Allah masukkan seorang pelacur yang memberi minum kepada anjing ke dalam syurga, tidak pelik jika Allah masukkan hamba yang kita nampak berdosa ke dalam syurga, dan kita ke dalam neraka.

Kerana Allahlah yang mengetahui tiap hati itu.

Kita hukum si fulan berbuat dosa, mana tahu di akhirat dialah yang paling mulia.
Allah lebih tahu hamba itu dari kita.

Itu rahsia Allah. Itu urusan Allah.
Kita tidak layak menilai sedikitpun.

Allah :'(

Engkau Maha Hebat.

*****

Terima kasih buat sahabat-sahabat tersayang. Terima kasih buat pemuda yang menegur qaniah tanpa qaniah ketahui siapa dirimu. Moga Allah yang membalas jasamu menyedarkan qaniah.

I need Allah.

"..Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui..."

~Ali Imran : 135~ 

Jom mohon taubat sahabat-sahabat :')

-END-

Note : cerpen ini hanya rekaan semata-mata.

Qani'ah Mawaddah
Sakan Yarmouk,
11.47 am
9 Mei 2012

1 comment:

Norashikin Binti Ali Amat said...

Assalamualaikum gadis solehah..Allahu Allah..! 'tamparan' hebat buat akak yang sangat-sangat malas mencari ilmu ukhrawi :'( Doakan akak jugak..