Pages

Thursday, May 17, 2012

SURAT BUAT ADAM

Bismillahirrahmanirrahim...

Mata terasa berat, tapi hati kuatkan diri untuk menulis. Sebenarnya sudah lama ingin menulis, tetapi dipendamkan rasa.

Adam,
Ini bukan surat biasa. Ini surat memohon maaf dari hati yang penuh dosa. Diri ini, sebagai seorang wanita ingin meminta maaf tersangat-sangat minta maaf kerana telah melalaikan kalian. Kami bawa kalian ke lembah kelalaian.



Kami lemah. Kami manja. Kami mengada-ngada.

Menggugah perasaan kalian, Adam.

Adam,
Mungkin dulu engkau hebat. Engkau gagah. Tapi, tika kami hadir kami lumpuhkan rasa hebat kamu itu. Kami pijak-pijak rasa gagah kamu dalam pertahankan agamamu. Maafkan kami Adam kerana melalaikan dirimu. Maafkan kami.

Jika engkau rasa hubunganmu dengan kaum kami memudaratkan, bawalah diri kamu jauh. Pergilah dekat kepada-Nya. Pergilah. Jangan dekati kami yang hanya membuatkan kamu berdosa. Tolong, pergilah kamu jauh.

Adam,
Tika kamu jatuh cinta, kamu bersungguh-sungguh dalam percintaan. Kamu dan dia hanyut dalam cinta dunia. Kamu tidak sedar, kamu masih belum. Adam dan Hawa masih belum halal selagi masih belum akad.

Jangan biarkan hubungan itu menjadi kotor dan busuk. Buang yang busuk itu. Tolong. Buanglah. Pimpinlah cintamu menuju yang halal.

Adam, 
Tolong Adam. Buang yang jahiliyah itu. Aku pohon. Jauhkan dirimu dariku jika aku yang membawa jahiliyah itu ke dalam dirimu. Kerana aku sedar, kaum akulah penyebab kalian lemah dan terjerumus dalam kancah jahiliyah ini.

Maafkan kaumku Adam. Maafkan kami.

Aku lepaskan engkau pergi. Carilah cinta Ilahi. Tolonglah Adam, aku malu menjadi wanita yang melalaikan seorang lelaki. Aku malu menjadi wanita yang memujuk rayu seorang lelaki.

Hina sangat diriku Adam memperlakukan kalian sedemikian rupa. Maafkan aku Adam. Maafkan.

Beri aku waktu untuk bertaubat.

Please give me the time.

"..Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk..."

~al kahfi : 13~

Qani'ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
12.03 am
17 Mei 2012

1 comment:

ayushida said...

Assalamualaikum.....semoga sihat di sana, lama tak bertanya khabar adik ku seorang ni.....

Semoga segalanya sentiasa mudah bagimu......