Pages

Thursday, September 27, 2012

I'M HURT


Allah...
Bawalah daku pergi...
Mencari ketenangan dalam diri..

Aku terluka...
Balutlah hatiku dengan rahmat 
dan kasih sayang-Mu...

Aku rindu...

Dari kuliah syariah terkoncoh-koncoh qaniah cepatkan langkah. Mahu ke kuliah iqtisad lama pula, ada subjek BI. Kelas yang langsung tiada gap buatkan kaki sentiasa dihayun laju mengikut rentak waktu. Andai waktu yang berbaki masih banyak, santai sahaja ayunan langkah qaniah. Andai waktu sudah sampai ke penghujung, bagai mahu tercabut kaki qaniah berlari.

Sampai di tingkat 4, peluh sudah merinik penuh di sekitar dahi. Nafas tercungap-cungap. Dari jauh sudah dengar suara doktor mengajar. Qaniah gagahkan diri masuk dengan penat yang masih bersisa. Kedudukan tempat duduk betul-betul di hadapan sekali. Di barisan tengah. Masyaallah, deru nafas masih kelihatan.


Pasti semua perasan, qaniah masih tercungap menahan nafas. Allah.. sudah tidak berdaya menahan rasa. Kaki digoyang buat sementara. Sakit.

Dengan penat yang bersisa, beg dibuka. Buku ditarik keluar. Qaniah belajar macam biasa walau hati berperang penuh tersiksa. 

Usai kelas, laju langkah diayun ke qabul tasjil. Nak amil isbat tolib untuk urusan iqamah [visa] yang akan mati tidak lama lagi. Setiap hari ulang pergi. Asyik tak siap lah. Tak da namalah. Naik tension.

Walhal dalam office tu berselerak kertas kasyfu alamah, isbat tolib segala bagai. Mahu tak hilang. Sistem pengurusan tak da langsung. Haih!

*****

Masa begitu singkat dirasakan. Setiap masa jangan diharap nak berjalan lemah gemalai. Sentiasa laju saja menghayun langkah. Sapa tegur pun sempat salam ekspress. Nak beramah mesra lain kali ya ^^

Perut lapar sebenarnya. Kosong saja dari pagi. Niat nak makan nasi dekat mat'am roisi. Harga 1jd sahaja. Berbaloilah juga. Tapi hari ni nasi berlaukkan kambing. Hmmm.. qaniah makan nasi sikit sahaja. Then tolak tepi.

"Ewww.. kambing bau busuk sikit.."

Hmm... tapi jangan kutuk berlebihan. Kalau tak suka, just geleng-geleng. Heee... Kan Rasulullah suka kambing. Kambing sedap saja kalau kita bakar, kena pandai masaklah. Tak pandai masak memang berbau hamis sikit :)

Makan sudah. Nak solat pula. Tapi terbantut sikit sebab mak cik tu tengah cuci tandas. Sekarang sudah pukul 2.45 petang. Naik risau qaniah. Kelas dekat kuliyah iqtisad baru pukul 3.30 petang. Sempat ke tidak nie ? T.T 

Aiyooo.. mahu tercabut kaki macam ni....

Di sebalik kerisauan, kegusaran, Allah uji pula. Sakit perut pula. Allahuakbar... keluar-keluar dari tandas pukul 3.15 petang. Glurrrrpp...

Bersedia untuk buka langkah. Dari selatan universiti nak ke seberang utara sana. Jauh. Kena naik jambatan. *hati dah dup..dap..dup dap..*

Dekat duwar Y [bulatan Y], qaniah perasan ada bas kecik kat situ. Dok teragak-agak nak naik atau tidak. Orang kata, bas nie akan pergi bangunan iqtisad baru. Tempat yang qaniah nak tuju. Tapi qaniah tak pasti. Terus qaniah jalan laju-laju.

Lagi 4 minit masa!

Dalam hati, cuba pujuk diri.

"Kuatkan kaki aku melangkah ya Allah.. kaki..jangan sakit lagi... sabar kejap.. sikit lagi..sikit lagi nak sampai dah...jangan berhenti..."

Entah kenapa kaki ini seakan mengerti. Laju diayun. Kesakitan tidak dirasa. Selalunya betis sebelah kanan qaniah akan 'krek' terus. Qaniah dah tak boleh jalan sebab urat dia dah tarik. Kena duduk, urut kaki dulu. Then jalan balik.

Kali ni, wow! Tak sakit. Kuasa Allah :')

Terima kasih Allah mudahkan qaniah..

Qaniah kecewa sikit, sebab tengah dok jalan tu, bas tu memang pergi bangunan iqtisad baru pun. Dia siap dah patah balik bawa penumpang dari sana pula. * oh no, lepas ni kena naik!*

Bila dah sampai depan kuliyah, kawan telefon tanya dekat mana. Doktor dah masuk T.T
Qaniah gabra.

Bayangkan, qaniah membatu di tepi kelas. Takut nak masuk.

Dengan langkah longlai, qaniah letak beg tepi tingkap. Muka dah mula bengang dan tension. Purdah ditarik sedikit. Sedikit demi sedikit, air mata mula mengalir.

Rasa sebal sangat. Sadis sangat. Sedih. Dah sedaya upaya langkah kaki. Tapi tetap lambat. Dah datang tapi takut nak masuk. Kenapa qaniah tak kuat sangat Ya Allah?

Serius, ini baru seminggu yang teramat padat. Qaniah dah rasa down dan lemah sangat. Kaki dah penuh kesakitan. Badan dah rasa lemah. Menangis saja kerja dia.

Come on qaniah, ni baru tahun 2. Baru semester 1. Baru nak mula langkah. Jangan cepat sangat give up!

Lagi air mata meluncur laju. Qaniah dah cuba jalan laju-laju. Kaki sakit sangat. Rasa macam dah retak rasa, terhencut-hencut jalan. Sem depan tolonglah ambik kelas yang jarak jauh-jauh sikit. Bagi masa untuk diri rest. Think rasional..

Allah..macam mana nak jadi orang berjaya kalau halangan sedikit macam ini pun dah lemah?

I'm hurt.. sangat terluka.

Menangis rindu. Menangis sebal. Menangis teringat mak abah.

Qaniah kena kuat.

Tak boleh lemah.

Tuhan... tolong hamba-Mu ini. Limpahkan daku dengan rahmat kasih sayang-Mu...


Hentikan tangisan air mata ini..

Senyumlah duhai diri..

Engkau berhak bahagia...


Note : qaniah kuat..! :')

Qani'ah Mawaddah
6.29 am
27 September 2012
Bayt Dar Azzahra

No comments: