Hari ini nak menggembara, tetapi kerja tetap kena pergi…. Oleh sebab aku akan bercuti selama 4 hari, hari ini aku kena kerja sorang.. terpaksalah jaga budak-budak ni. Tetapi hati tak runsing, tak serabut sebab ada budak comel ni.. ~firdaus~
Tak susah nak jaga dia sebab dia senang dijaga. Cumanya hanya dengan orang tertentu sahaja dia suka.. termasuklah serikandiumar ^__^
Habis kerja dalam pukul 5 petang. Family datang jemput terus bergerak ke Kelantan melalui Grik. Tak sempat pun sampai Grik, takat Baling sudah berhenti sebab hujan lebat dan aku sendiri sudah tidak tahan. Terpaksa berhenti makan, itupun setelah dipaksa. Muka pucat, pandangan kabur… Nak pengsan dah ^__^ inilah gara-garanya membiarkan perut kosong dari pagi sampai malam.
Setelah makanan selamat masuk ke perut, kami meneruskan perjalanan dalam keadaan jalan yang suram sebab hujan. Risau juga tak mampu sampai ke Kelantan sebab kami mahu menuju terus ke Gua Musang. Jauh tuh…
*****
Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Kami baru tiba di Kuala Krai. Jauh lagi perjalanan untuk ke Gua Musang. Mahu tak mahu…berhenti juga di situ, cari tempat bermalam. Dari pengamatanku, Kuala Krai bukanlah kawasan Pekan seluas Kota Bharu.
Mencari tempat bermalam pada jam 2 pagi ini memang sukar sekali. Kami jumpa homestay di atas bukit, belakang Tasik Kuala Krai. Bila tengok-tengok balik… macam rumah hantu pun ada. Suram saja… macam tak da orang. Kami tiada pilihan, bermalam juga di situ. Melalui lorong menuju ke bilik yang menyeramkan membuatkan langkah dihayun pantas.
Esok paginya kami terus berlalu pergi… sembang-sembang balik.. hakikatnya hanya kami saja yang tinggal di situ. Huih..boleh buat tempat berlakon cerita hantu (,”)
Kami singgah makan di hadapan Hospital Kuala Krai. Aku makan bersama adik-adik. Datang sekumpulan lelaki duduk betul-betul di belakang aku, kalau sama-sama pusing belakang sudah semestinya bertembung muka.
Aku sedang makan sambil bersembang dengan adik tentang keanehan loghat Kelantan.. kelakar.. tiba-tiba, lelaki tuh order..
“Teh tarik dangdut satu!..”
Aku yang tika itu tengah makan..tersedak lantas tersemburlah segala apa yang ada di mulut. Semua orang tengok.. huhu.. dalam hati, tak tahan nak gelak pun ada… dah cakap Kelantan, minta teh tuh pula… macam-macam…
*****
Kami meneruskan perjalanan ke Gua Musang. Di sepanjang perjalanan aku teruja melihat gambar Tok Guru Nik Aziz dengan pelbagai ilustrasi gambar. Cukup teruja.. hinggakan tercakap benda nih…
“Mak…kalau berhenti tangkap gambar mesti lawa kan?”
Semua gelak… ada ka patut nak berdiri kat poster tuh tangkap gambar ^___^ tapi, memang lawa la… mana ada kat negeri lain. Kelantan saja tau..
Jalan ke Gua Musang agak membosankan.. kenapa ladang kelapa sawit saja.. tapi, kebosanan kami terubat apabila dah jumpa masjid Gua Musang. Kenapa? Kalau dah jumpa ada masalah ka?
Aku pun tak tahu kenapa perlu mencari masjid nih… rupa-rupanya, Imam dia kawan abah.. jadi, masjid ni sediakan rumah untuk imam-imam di bawah bukit. Barulah tahu… bagusnya Kelantan, sedia rumah untuk imam. Senang sikit imam nak pergi masjid…
Kami makan nasi di rumah dia. Suka masakan dia. Oleh sebab isteri orang Pahang, dia orang Kelantan.. maka masakannya bercampur. Masak lemak cili api yang sungguh sedap. Dan…yang paling penting ada ulam dengan budu ^__^ akhirnya pecah rahsia, serikandiumar suka budu….
Seronok dengan orang Kelantan… ramah.. tak sombong. Mereka sentiasa mengalu-alukan tetamu dan yang paling penting layan tetamu dengan baik sekali, siap bagi hadiah lagi.. ( tapi tak tahu la keseluruhannya orang Kelantan camni ke tak)
Pukul 3 petang baru kami bertolak, meneruskan perjalanan ke Terengganu mengikut jalan Kuala Berang. Sebelum balik..sempat bergambar. Seronok.. suka orang Kelantan.. Cuma nak gelak cara diorang cakap saja.. (walhal sama saja, loghat Kedah pun kelakar ^__^)
Ok…nak menggembara lagi…
Titipan kembara,
Serikandiumar93
1:49 pm
27 Mac 2011
3 comments:
nasib baik ana bukan tengah makan/minum masa baca ni, kalau tidak, mesti tersembur jugak agaknya..
jika anti terpesona melihat gambaq2 TGNA di Kelantan yang elok2..ana cdgkan anti tgk ni pulak, lawa ka tidak..TGNA
:)
Best nyer berjalan kat Kelantan.....
Post a Comment