Zahid melangkah masuk teragak-agak. Dia berjalan setapak demi setapak menuju ke meja Hani. Hani kelihatam sibuk mengemas. Kuat kedengaran hempasan buku yang diletakkan di dalam beg. Zahid mengetap bibir. Dia tahu dia jahat, dia jahil… tapi hati dia telah tertarik pada gadis ini. Apa boleh buat?
Hani segera bangun dari tempat duduknya. Laju dia melangkah keluar. Langsung tidak dipandang wajah Zahid yang termangu-mangu sendirian..
“Err…Hani… aku…aku….”
Hani malas untuk mendengar. Dia segera melangkah pergi.
“Hani..tunggu!”
Hani memberhentikan langkahnya. Dia pusing badannya menghadap Zahid.
“Kau nak apa lagi Zahid? Aku benci dah nak tengok muka kau…”
“Aku…aku..nak minta maaf. Aku tak sengaja untuk pegang tangan kau semalam…”
“Maaf…maaf.. itu sahaja yang mampu kau cakap? Hey.. kau tak malu ka pegang tangan anak dara orang.. kau sedar sikit kau tu sapa!”
“Ya…aku sedar…aku budak sains yang jahil agama. Tak macam kau, budak pengajian Islam yang hebat dengan ilmu agama di dada. Aku hina sangat untuk berdamping dan berkawan dengan perempuan macam kau semua… sebab kau semua dianggap suci. Aku? Kotor dan jijik bukan?”
Hani menundukkan pandangannya. Aduh… dia silap langkah hingga menggores hati lelaki ini pula.
“Aku tidak bermaksud sedemikian… cumanya…aku tak suka dengan cara kau. Kenapa perlu mendekati aku dengan cara yang tidak elok? Aku tidak suka.. fahamkan aku tidak suka?
“Ya..aku faham. Maaf ganggu hidup kau Hani! Aku takkan ganggu kau lagi…”
Zahid segera berlalu pergi. Hani masih membatu di situ. Salahkan cara dia bercakap? Dia Cuma bercakap jujur yang dia tidak suka. Argh..lantaklah. janji aku dan selamat dari hidup lelaki itu. Benci… tetap benci!
*****
Masjid As-syakirin penuh dengan hadirin yang datang untuk mendengar kuliah Ustaz Kazim. Penyampaian ustaz Kazim yang bersahaja dan menarik membuatkan ceramahnya sentiasa penuh dengan lautan manusia. Bisa merubah hati yang keras!
Hani dan rakan-rakannya juga turut tidak melepaskan peluang yang ada untuk mendengar ceramah ustaz Kazim. Dia tidak pernah “miss” untuk hadir di majlis ilmu ini. Minat yang mendalam terhadap majlis ilmu membuatkan dia akan teruja untuk turun tiap kali ada sebarang program. Itulah Hani Khalilah. Gadis yang mencintai ilmu Allah ini…
“Hani…awal datang hari ini?”
“Eh…Umairah..iya ler…ustaz kesayangan kan nak bagi ceramah..kena datang awal la..huhu”
“Iya la…jom kita masuk…”
Hani senyum. Dia menghampiri rak-rak kasut yang ada untuk menyimpan kasutnya. Senang.. supaya tidak hilang. Tiba-tiba dia terpandang di sudut rak kasut muslimin. Eh… kenapa aku nampak macam Zahid… takkan budak macam tu datang majlis macam ni?
“Hani..buat apa lagi? Cepat la!”
“Okey-okey…Hani datang…”
*****
Daripada Abu Said Al-Khudriy r.a Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim.
Setelah ditunjukkan kepadanya seorang rahib, dia terus berjumpa rahib tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab: Tidak.
Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh rahib tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim.
Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima?
Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya.
Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t.
Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan.
Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.
*****
Hani begitu tersentuh dengan kisah yang dibawakan oleh Ustaz Kazim ini. tiba-tiba dia teringatkan peristiwa di bilik kuliah. Dia seakan-akan menghina Zahid. Tapi.. memang betul. Tindakan Zahid tetap salah. Selama-lamanya dia akan membenci dengan tindakan Zahid itu. Dia benci apabila tangannya dipegang sewenang-wenangnya. Benci dan benci. Rasa benci itu pasti akan terpahat di kalbu.
Hani dan rakan-rakannya sudah mahu pulang. Tidak elok jika mereka lambat pulang. Tidak manis muslimat keluar malam-malam. Hani sibuk mencari kasutnya. Tadi ada…sekarang tak ada. Sedang leka mencari, dia terpandang sesuatu. Dia nampak Zahid lagi.
Kali ini tidak salah lagi…Zahid. dia sedang duduk di dalam masjid. Eh..biar betul apa aku nampak ni?
“Hani…jumpa tak kasut tuh?”
Umairah sudah meninggikan suaranya. Geram barangkali. Terlalu lama Hani mencari kasutnya.
“Alar…tak jumpa la Umairah.. nak buat macam mana ni?”
“Hmm..tak yah pakai kasut la..”
“Ha! Tak yah pakai kasut Umai?…aduh… malu ler..”
“Kalau tak mau…kami balik dulu…daa..”
Umairah bersama rakan-rakan yang lain sudah berjalan pulang. Mahu tak mahu..Hani terpaksa berkaki ayam pulang ke rumah sewa. Huh..dia mengeluh kecewa. Apa la nasib…
Hani berjalan pulang. Sakit kakinya. Fikirannya melayang jauh… Zahid kan tadi? Haish..aneh!
Bersambung…
p/s: tak da idea dah…argh..malas dah nak buat sambungan ^___^
nukilan hatiku,
serikandiumar93
2:03 pm
14 APRIL 2011
7 comments:
Mana bleh wat crita tergantung mcm nie....
kot mane2 pun kna habiskan jgak crita nie.....
tau xpe, ish2..
hehe..sambung tau wahai cik srikandi?
psl jemputan yang ukhti ckp hari tu, insyaAllah, ukhti antara orng yg akan saya jemput, insyaAllah...
dawud : nak buat macam mana... blur
yien : oh ok... ana tunggu jemputan tu, tapi jauh juga nak pergi, dapat tengok kad jemputan pun jadilah ya :)
sambung lagi yer ceriter ni??lain drpd yg lain enti ^^
xper2..
bile dh 'fresh'..tulis balik yer enti?? ^_____^
wassalam ^^
mujahidah : apa la yang lainnya.. huhu, tengok dulu ~___^
lama tak contact enti... maaf ler.. FB ana dibuang jauh-jauh :)
salam'alaik...
ana menunggu post sterusnya..hehe..
^__^
best2! teruskan srikadi ISLAM! :)
'Ish Azizan Aumut Syahidan!
mencari redhatullah : best ke..? huhu... doakanlah ada idea untuk menulis lagi ^___^
Post a Comment