Pages

Sunday, April 24, 2011

TUDUNG LABUH

          Aku sering diajukan dengan soalan mengenai tudung labuh. Membantu dengan cara memberi pendapat dan menguatkan semangat insan-insan yang baru mula menapak dalam dunia tudung labuh ini.

          Ada orang panggil tudung labuh ni ‘khemah bergerak’. Haha.. dahsyat-dahsyat panggilan dapat. Orang kata budak-budak tudung labuh ni sombong. Sombong erk? Ntah lah… itu bergantung pada individu bukan pada ‘tudung’ tu. Kesian kat tudung dapat nama!

Teringin bertudung labuh?

          Aku tahu ramai yang teringin. Di setiap hati seorang gadis itu pasti ada juga yang terdetik ingin mengenakan tudung labuh. Betul bukan?

          Aku pernah ikut KEM BINA SAHSIAH 2008, sebulan di situ… akhir-akhir ramai yang ingin bertudung labuh. Menitis air mata aku melihat keluhuran dan semangat gadis-gadis itu. Mereka mahu..Cuma mungkin persekitaran membuatkan mereka malu..

Malu bertudung labuh?

          Mungkin begini.. mereka berkawan dengan kawan-kawan yang biasa. Kemudian ingin berubah dan ingin mengenakan tudung labuh. Tapi tiada sokongan membuatkan mereka janggal dan malu.

         Ini realiti yang berlaku pada budak-budak sekolah agama sendiri. Kat sekolah dengan kawan-kawan mereka boleh bertudung labuh, tetapi apabila pulang ke rumah.. mereka tiada kekuatan kerana keluarga dari golongan biasa-biasa… benar.. ini yang berlaku.

Pengalaman aku?

          First masuk maahad…tak reti apa lagi. Form 1… mana tahu erti tudung labuh. Balik rumah aku pakai tudung biasa lagi. Stoking pun tak pakai. Tak reti.. family aku biasa-biasa sahaja.

          Bila mula pakai tudung depan cousins dan bapa saudara, semua orang suruh buka.. bukalah… adik-beradik saja pun. Ini lah yang kita salah ertikan… tak boleh buka. Aku senyum sahaja.. itulah resepi pertama aku, SENYUM! Biar orang nak kata apa..

         Hasilnya Allah bantu.. mak aku pun mula pakai tudung depan ipar. Inilah hikmah yang Allah nak tunjuk melalui keberanian dan ketegasan kita dalam hal agama!

Cara nak pakai tudung labuh?

          Aku selalu nasihatkan. Kalau dah family halang sangat-sangat. Pakai dulu tudung 3 segi. Cumanya…jagalah etika dan adabnya. Jangan pakai tudung yang jarang dan nipis. Pakai yang tebal… kemudian, tudung tu jangan di ‘up’ sana.. ‘up’ sini. Biarkan saja lepas ke bawah, menutup dada.. janji tutup dada!

“…..Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung…”
~an nur :31~
         
Kemudian mencuba pakai tudung 3 segi bidang 60…

Kalau family tak setuju juga?

          Bukan tak setuju tu… mungkin mereka tak yakin dengan kita. Tak yakin? Macam aku.. dulu teruk kot perangai. Lawan cakap mak la… bila kita nak pakai imej Islam ni, mak perli balik la.. perangai pun teruk! Ambik… tahu dah jawapannya..

         Jadi..mulakan perubahan dalam diri kita. Aku mula mendengar cakap mak. Tak lawan.. tolong mak masak… tak marah-marah. Alhamdulillah lama-lama..bila aku tak balik rumah, mak rindu..huhu. Ini menunjukkan mak yakin dengan perubahan kita..

Ini yang penting.. tunjuk kata kita betul-betul nak berubah. Dan paling utama.. jagalah hubungan dengan Allah.. Allah pasti bantu kalian!

          Akhir kalam… selamat datang ke dunia ‘tudung labuh’ gadisku! Aku sedia membantu kalian.. ^___^

p/s: betul-betul nak bantu ni!


Pencinta Ilahi,
Serikandiumar93
1:32 pm
23 APRIL 2011 

10 comments:

mohammad said...

Salam ziarah,bertudung labuh ini seumpama seseorang yang sayang pada wang,seseorang sayang kepada wang supaya tidak dicuri..maka ia akan simpan didalam dompet atau beg dan diletakkan didalam saku atau kocek yang berzig pula,begitulah kita manusia,kerana sayang pada anggota tubuh kita supaya tidak dilihat pada orang yang tak sepatutnya melihat kecuali untuk suami dan mahramnya sahaja...

binTun sayed said...

salam,
tahniah buat adik krn berjaya istiqamah. akak baru nak mencuba scr perlahan2...lps nih nak praktik pakai tudung bila jumpa saudara-mara..thanks for sharing ur experience ^^,

Unknown said...

mohamad : syukran di atas pandangan yang bagus.. benar... indahnya wanita itu andai ditutup rapi :)

bintun syed : wassalam.. thanks kak..

ana akan doakan kak pun akan istiqamah.. chaiyok2...huhu ^__^

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum ukht^^
alhamdulillah bermanfaat untuk diri entri ni,skrg ni tudung labuh menjadi pilihan sy^^ dulu mmg rasa susah nak pakai tudung labuh ni,yalah sy bukannya budak sekolah agama or anak ustaz..alhamdulillah,keluarga sgt memahami,kwn pun tak kata apa..^^
syukran ukht^^

Nazihah@Jiha said...

setuju sgt dgn perubahan diri tu^^
kita mesti yakinkan ibu dan ayah yg kita nak berubah jauh lebih baik,begitu juga kpd teman2 kita^^
yg paling penting hubungan kita dgn Allah SWT^^ hanya pendapat hamba yg kerdil..

Anis Syakirah said...

salam alaik ukhti :) input menarik :D mohon share :) . semoga Allah memberkati.

Unknown said...

nazihah : ya...tingkatkan kepercayaan orang terhadap kita :)

tahniah ukhti... semoga istiqamah!

Unknown said...

cik awan : wassalam..

silakan ukhti... ^__^
amin...

amirulnaim said...

allah brfirfam spya wnita mnutup aurat mreka sehingga bwat dari dada mereka...s0 ny printah allah...tdung labuh 2 smua 0wg prmpuan wjib sbenrny...cma knp zman skrng rmai yg slah mntasir tntang aurat???tlg bg jp ad x hjah yg kta blh pkai tdung atas pda dada(kpd yg pkai tdung sngkat)...

Musafir said...

Assalammua'laikum.. kepada peCINTA tudung labuh, boleh bermuamalah dgn ana untuk dapatkan tudung labuh ^_^

http://facebook.com/musafirshop