Pages

Wednesday, April 27, 2011

TAKJUB


          Pagi tadi, tangan menggenggam rekod kesihatan murid-murid. Aku menyelak buku rekod Aina.. subhanallah.. teruja tambah takjub apabila terpandang gambar scan ini. aku pandang… boleh nampak janin di situ. Subhanallah.. indahnya…

         Aku juga macam tu juga la kan? Tiba-tiba rindu dekat mak ^___^ apa perasaan seorang ibu ya? Apabila di dalam rahimnya terisi… zuriat buat agama-Mu Ya Allah…

          Indahnya saat ini.. tapi.. kenapa realiti hari ini, janin ini tatkala lahir belum pasti selamat. Kenapa lahirnya kedunia dibuang begitu sahaja? Sedangkan indahnya dia di dalam rahim ibu.. jika dia bisa berkata-kata, pasti dia akan berkata “ Aku tidak mahu keluar… selama-lamanya aku ingin di rahim ibu… dekat dengan ibu..” ya Allah… indahnya…

p/s: malam ni bertolak ke KL…


Diariku,
Serikandiumar93
1:21 PM
27 APRIL 2011 

No comments: