Mula menapak balik ke Kedah. Di pertengahan jalan, terpandang laluan ke Bukit Tinggi, Pahang. Kami melencong pula ke situ…huhu. Apa sahaja yang kami nampak, pasti kami singgah. Teruju untuk naik. Tapi lambat juga untuk sampai ke atas. Subhanallah…indahnya panorama. Pembangunan pesat mula dilakukan. Padang golf yang cukup luas dan menghijau menyejukkan mata.
Kami naik lagi ke atas. Banyak laluan. Teruja untuk ke Japanese Tea. Aduh… nak masuk ke laluan itu pun kena bayar RM 12 seorang, nak masuk dalam Japanese Tea tu RM28. Alamatnya gulung tikar la kami. Patah balik untuk berhenti di suatu kawasan yang kelihatan seperti taman. Bayaran yang dikenakan RM 3 seorang. Berpatutan. Banyak arnab di sini. Siap boleh masuk duduk dalam kandang dia lagi…
Hampir sejam kami di situ, kami pun beransur untuk pulang. Aku hanya diam. Kesakitan menjengah lagi. Huhu..tension-tension. Family berhenti bergambar di padang golf, malas untuk turun kerana tiada kudrat.
Mula bergerak pulang… tapi, aku makin kabur. Jadi… kami berhenti di Hentian Genting-Sempah untuk cari panadol. Telan panadol? Terpaksa… ^___^ semua orang turun. Aku lambat sikit. Bila naik ke hentian rehat, diorang cakap nak singgah umah tok sedara di KL.. Wah..best-best…
Aku bergerak ke kereta apabila family nak pergi McDonald. Maaf le… tak makan. Boikot! Agak lama tunggu di dalam kereta. Perut berkeroncong, lapar hakikatnya. Tiba-tiba tingkap diketuk… diorang beli kentang McDonald la. Sambut juga… makan juga… macam mana ni? Apa hukum dia? Dah lapar…
*****
Berhenti di tepi jalan. Buntu… nak pergi mana. Lebuhraya Karak? Gombak? Kami nak pergi Cheras. Jadi ikut jalan Gombak kot… ^___^ jalan yang berbukit bukau, hutan semuanya. Line pun tak da… lalu di sebuah kuil lama, kami semua memandang sepi… tiba-tiba adik jerit…
“Weh…Jehan Miskin berlakon la!!..”
Aku pun tengok ja. Ya la… berhenti-berhenti… huih, tak payah! Buat malu saja… ada ka patut nak berhenti. Tahu la Kedah ni tak boleh tengok artis, jangan bila sampai KL ni buat lain macam pula….
*****
Sampai di Gombak. Pening… nak pergi mana ni? Dah jalan jam… kami berhenti di stesen minyak, telefon Tok Chik. Fuh… dok suruh cari Cheras, mana nak ada signboard Cheras… nasib baik abang sepupu datang jemput. Itupun dia tinggalkan kami di Wangsa Maju. Dia nak pergi kerja. Siap bagi peta lagi… macam explorance.
Bayangkanlah… dia hanya bagi benda-benda yang besar yang boleh dinampak. Sementara nak cari Hotel Flamingo dan Tesco tuh jarak dia lebih kurang 1 kilometer. Aduh..tension datang KL.. sakit jiwa ^___^ traffic jam di Ampang. Naik bosan dah…
Kami datang dari petang tadi, sampai la dah malam… cari rumah tak jumpa-jumpa lagi. Kami perlu cari tol untuk ke Sungai Besi untuk ke Seri Kembangan. Oleh sebab asyik tunjuk sana-sini, kena tengking dengan abah.. ha, ambik! Semua naik tension gara-gara datang KL… huih, ini kali terakhir datang rumah tok chik ni.. lain kali pindah rumah lagi.. huhu
*****
Mencari 2 Petronas yang berada di sebelah kiri amatlah perit. Rupa-rupanya jaraknya jauh-jauh. Pening kepala cari. Berhenti di Petronas kedua, dah ada abang sepupu ( Pak Busu) tunggu… fuh, macam explorance.
Tunggu punya tunggu, dia datang.. dia kata tak jauh pun rumah dia. Dekat ja lagi… ikut punya ikut, mana ni???? Tak sampai-sampai… ini kata tak jauh? Huh…
Tepat pukul 10.30 malam sampai rumah tok chik.. fuh, bayangkan dari pukul 5… baru nak sampai. KL.. kenapalah pening sangat jalan kau ni!
Penat-penat juga… seronok tengok rumah Tok Chik. Umah ni Abang Fadzli beli.. beli untuk mak. Dia tak kahwin-kahwin pun. Adik-adik kahwin dah… punya nak bahagiakan mak.. utamakan mak dan ayah. Paling kagum… dia sara semua pengajian adik-adik dia sampai diorang masuk Universiti. Takjub…
Takjub punya takjub… dia baru sampai rumah. Balik dari kerja… memang hebat la… nanti kita kena beli rumah juga bagi kat mak, sejuk hati mak… ^___^
Catatan kembaraku,
Serikandiumar93
7:28 pm
11 APRIL 2011
1 comment:
ape yang saya tahu, hukum makan mcD tu takpe. tak haram sebab orang lain yang beli. bukan awak sendiri yang beli.
wallhualam
Post a Comment