Keletihan yang teramat sangat membuatkan kami rehat awal di chalet. Tidak sabar rasanya untuk menjengah ke pantai pada esok hari. Macam mana agaknya suasana pantai di Cherating?
*****
Awal-awal pagi bangun dan bersiap sedia untuk turun ke pantai. Kami sekeluarga berjalan kaki. Subhanallah… lawanya pantai Cherating. Cantik sangat.. tidak dapat dinafikan. Ombak kuat membuatkan kami dilarang mandi. Cuma sekadar bergambar dan bermain di gigi air sahaja.
Pantainya unik. Pasirnya beralun-alun. Cantik… suka dengan pemandangannya yang mendamaikan. Rasa macam tak puas untuk duduk sehari saja. Kalau boleh buat rumah kat tepi pantai mesti seronok ^___^ tapi, kalau takut dilambung ombak, jangan berani-berani untuk buat rumah di tepi pantai. Hanya orang yang berani menghadapi risiko yang sanggup buat rumah di tepi pantai.
Hujan mula nak turun. Aku berjalan pulang sambil melayan adik yang mencari ketam. Terpandang sesusuk tubuh anak kecil yang sedang bermain. Tiba-tiba….
“Adik..adik..”
Huih..dia panggil aku adik. Kakak la! Aku mampir mendekatinya. Comel la… dia tak takut dengan aku sekalipun aku berniqab. Sempat menangkap gambarnya. Comel sangat…
Bersiap sedia untuk check out dari chalet. Adik merengek untuk singgah di SANTUARI PENYU. Entah la tempat apa… semalam sewaktu singgah makan terpandang papan tanda tu. Jadi, ikut juga cakap dia…
Turun dari kereta, masuk ke pusat pameran. Hanya gambar dan replika penyu. Terpandang kolam-kolam di luar sana. Aku berjalan mendekatinya. Eh! Penyu la… menjerit panggil adik. Wah… banyak penyu. Penyu-penyu ini dibahagikan mengikut kolam. Ada anak penyu lagi…
Besarnya penyu ni. Pertama kali tengok penyu betul-betul depan mata. Kesian… Kedah tengok sawah saja, tu jadi macam ni. Rasa macam nak bawa balik seekor. ^___^
*****
Kami meneruskan perjalanan pulang. Kami singgah makan di kedai yang berdekatan. Aku memilih makanan kegemaran ( ikan keli + ulam + budu). Tiba-tiba… tengah dok pilih makanan ada budak tarik baju. Aku pandang sebelah.. eh! Budak perempuan tadi.. dia ingat aku lagi.. huhu. Comel le..
Makan dengan begitu berselera sebab jumpa makanan kegemaran. Puas dah makan.. kami bertolak balik.
Selamat tinggal Pahang!
Catatan kembaraku,
Serikandiumar93
1:22 pm
7 APRIL 2011
2 comments:
Lawak nya.....
kakak blh jdi adik......
pantai kt pantai timur mmg lawa!
:)
Post a Comment