Pages

Monday, April 25, 2011

GADISKU


           Seronok bertudung labuh. Rasa tenang. Rasa diri terjaga. Tiada apa yang perlu dirunsingkan lagi kerana diri sudah tertutup rapi… indahnya ya Allah..nikmatnya Ya Allah…

          Jangan kita persiakan ‘tudung labuh’ ini. Si pemakai haruslah menjaga tatasusila sebagai pembawa status ‘tudung labuh’ ini. Peribadi dan identiti Islam haruslah terserlah. Indahnya peribadi gadis si tudung labuh itu tiada tolok bandingnya..

          Tapi… apa yang berlaku? Gadis-gadis bertudung labuh sendiri memperjudikan identiti Islam yang dibawa. Unsur-unsur negative terserlah dalam diri kalian membuatkan orang luar hilang kepercayaan terhadap gadis-gadis bertudung labuh.

          Salah individu! Ya ..salah individu. Kita buat salah..tetapi keseluruhan gadis-gadis yang bertudung labuh mendapat nama..ubahlah diri kita agar kulit dan isinya indah!

*****

          Buat gadisku… tiada beza antara tudung labuh mahupun tudung singkat. Yang penting tudung kalian labuh melebihi dada dan tidak jarang. Tidak salah bertudung singkat asalkan tertutup dada dan tidak jarang.

Yang penting, peribadi muslimah solehah itu harus terserap dalam diri kita gadisku. Usah bertudung labuh jika peribadi jijik untuk ditatap. Engkau berselindung di sebalik jilbab yang suci dari noda. Argh..ini yang aku runsingkan. Jatuh fitnah kembali..

          Gadisku… yang tertutup itu indah. Yang tertutup itu mahal harganya. Kita mahal! Kita tak murah… jangan jatuhkan martabat kita sebagai seorang wanita… jangan sesekali. Tinggikan nilaimu itu! Tolong tinggikan….

*****

         Gadisku… kita di akhir zaman. Zaman yang penuh dengan fitnah wanita! Mujahadah yang tinggi itu perlu. Aku sendiri kekadang tewas dengan nafsu yang menggila. Cepat-cepatlah kita tersedar supaya kita bisa kembali ke landasan yang benar…

          Gadisku.. aku doakan dikau kuat menghadapi mehnah yang mendatang. Kuat dan terus kuat… kerana engkau gadis suci.. jangan kotori dengan maksiat yang tersembunyi!


Gadisku.. semoga engkau dan aku menjadi gadis solehah yang hanya mencintai Allah…!

          Salam sayang dariku…

p/s: aku dan kamu adalah fitnah akhir zaman gadisku!


Tinta serikandi,
Serikandiumar93
1:39 pm
25 APRIL 2011

17 comments:

Seven said...

that's right...
bila seorang perempuan bertudung labuh buat kesilapan, semua yang bertudung labuh kena sekali..
kesian ble orng cakap bukan2 psl bdk2 yg tuduh labuh ni...
huhu..walaupun orng lain yg buat salah, mereka secara tak langsung kena tempias skali...

Unknown said...

yien : benar... sadis2 betul...

ujian-ujian

Op Anaz said...

Salam...bagus..:-)...ske tgok perempuan pakai tudung labuh..istimewa....

Muhd Iqbal Samsudin said...

betul cakap yien tu, selalu sangat duk dengaq org ckp mcm tu. tak kurang juga, ada juga sekularis versi Malaysia yang kata mcm tu, nak tengok blog sekularis tu boleh ke sini....

Artikel terbaharu :Selamat Tinggal Nuffnang...."_"

Hamba Allah said...

yg halal itu jelas, yg haram itu juga jelas..=)

Anis Syakirah said...

mohon share :)

Ana Fatihah said...

setuju ngan n3 nie..so,kite sbg muslimah kene jaga peribadi kita dgn iman..i.Allah,terjaga semuanyerr.

Unknown said...

op anaz : istimewa bukan? tampak manis :)

Unknown said...

muhamad iqbal : pandangan orang... tak leh nak kata apa dah...

persepsi orang, kena terima dan kita cuba berubah ikut apa orang kata!

Unknown said...

pejalan kaki : seimbang bukan?

Unknown said...

cik awan : silakan ukhti ^___^

Unknown said...

mujahidah musleh : benar... jaga hati, jaga iman, jaga amal..

thanks ukhti ~___^

mujahidahislam said...

Insya Allah..kuat dlm mngharungi ujian dan mehnah...hanya iman yang kuat sahaja yang dapat membantu kita memalui kehidupan..kadang2 ujian yang datang tidak seiring dengan kekuatan kita..terima kasih adik..ckup bermakna buat akak...harus bangkit dan teruskan perjuangan..jangan mengalah selagi belum berjuang..namun hakikatnya akak jatuh sebelum berjuang:'(
~mujahidahislam~

Unknown said...

mujahidahislam : kenapa kak?
jatuh sebelum berjuang? boleh ana tahu kenapa?

mujahidahislam said...

boleh adikku sayang...tapi xkan akak nak citer kat dlam nie..

Unknown said...

mujahidahislam : huhu.. email boleh?

mujahidahislam said...

boleh..tpi akak lebih suka kl ym sbb kt sini line slow..nk bukak email lambat sangat..
~mujahidahislam~