Pages

Wednesday, April 6, 2011

KEMBARAKU (PART 4)

            Hujan turun dengan lebat di luar homestay. Aduh, Terengganu hujan lebat, tak seronok la berjalan. Mak dan abah keluar beli sarapan. Kami bersarapan di homestay. Bila dah siap semua, kami bersedia untuk menjelajah Kuala Terengganu ni. Langkah pertama kami tuju ke Pasar Payang. Hujan…

            Ini kali kedua aku datang. Wah, dah lain. Banyak perubahan. Naik ke tingkat atas bersama mak dan adik. Abah dan adik lelaki lesap entah ke mana. Tak pa.. orang perempuan kan pilih barang lama. Rambang mata tengok banyak sangat baju. Semua berkenan… boleh bankrap kalau ikutkan nafsu, badan merana sebab duit habis… ^___^

            Berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Memilih barang tetapi tak beli. Kita kena pandai pilih yang cantik dan berpatutan baru puas. Berkenan dengan sepasang baju bercorak batik, tapi survey dulu kat tempat lain. Bila dah rasa yang tadi elok… patah balik. Puas hati, warna hijau lagi… tak pa, tak guna duit mak, duit sendiri…

            Setelah puas membeli, beralih pula ke bangunan satu lagi. Masyaallah.. lebatnya hujan. Tak puas lagi kami ni membeli. Sekali sekali… di pertengahan jalan, adik terjumpa teddy bear, tapi bukan teddy bear, kali nih penyu…. Beli lagi…

            Macam-macam beli. Ish… habis duit. Tak pa, kepuasan untuk sementara masih ada duit. Turun ke tingkat bawah. Aku mencari satu benda. Ha… jumpa… sedozen budu! Fuh.. semangat untuk membeli budu sebab sudah jadi kegemaran….

            Siap sedia untuk balik. Allah… banjir tengah-tengah pasar tu. Naik balik ke tingkat 2 untuk turun ke tangga lain supaya dapat elakkan banjir tu. Alhamdulillah berjaya….

*****

            Ronda-ronda Terengganu dalam keadaan hujan, tidak berapa seronok. Bukan tidak berapa… memang tak seronok.. mencari kedudukan masjid Kristal. Alhamdulillah jumpa. Subhanallah… kali pertama bertandang ke sana. Ramai orang datang bergambar. Tapi mungkin tak seramai hari biasa yang tidak hujan. Hanya mampu memandang dari jauh sudah cukup. Menanti mak dan abah yang sibuk bergambar, agak kebosanan. Dah la hujan… bila la nak pergi dari sini…

            Setelah agak lama di situ, kami beredar untuk mengisi perut. Sampai di simpang 4 kami sesat. Boleh dikatakan, keempat-empat jalan di simpang itu kami lalu. Lepas makan baru kami cari balik jalan. Awat la besar sangat Terengganu ni. Kenangan sungguh apabila masing-masing menunjukkan jalan, akhirnya salah jalan~~~

            Kami nak meneruskan perjalanan kami ke Pahang pula. Sesat juga sementara nak cari jalan ke Kuantan tuh. Akhirnya jumpa… langkah kembara kami semakin tersusun. Melalui jalan di sekitar Marang yang penuh dengan pantai di sekeliling dia membuatkan kami tak henti-henti berhenti. Hanya gara-gara nak bergambar. Macam tak pernah tengok pantai ^___^

            Tapi satu ja… ombak kuat sangat. Tempias Tsunami di Jepun barangkali. Kali pertama berhenti aku turun. Kali kedua dan seterusnya aku malas… tidur dalam kereta lagi bagus. Akhirnya terlepas bergambar di satu tempat yang cantik. Gambar di atas, hasil dari pantai yang kami berhenti tapi aku tak turun. Rugi pun ada sebab bila belek balik gambar… cantik. Padan muka, lain kali malas lagi!

            Perjalanan diteruskan….jauhnya nak sampai Cherating. Luas sangat ganu nih… dungun baru tempuh… bila dah gelap baru sampai Kemaman. Tak sabar nak meninggalkan Terengganu. Akhirnya… 1,2….3… yes, dah masuk Pahang. Fuh.. lega.

            Kami sampai di Cherating dalam pukul 9.00 malam… Alhamdulillah…


Catatan kembara,
Serikandiumar93
1:38 pm
6 April 2011

1 comment:

AL-QASSAM said...

Gambar di atas dekat batu pelanduk Kuala Abang tue.. Sebelah jalan tu je rumah kakak saya.. Kalau tahu boleh suruh kak sediakan hidangan budu..Terbaik!