Pages

Monday, April 25, 2011

PELANGI CINTA : PART 4

Hani baru sahaja selesai menadah kitab. Exam dah dekat. Banyak yang perlu dia study lagi. Pening kepala apabila memikirkan exam yang kian tiba. Persediaan langsung tiada. Dia runsing.. ini tahun akhir. Tak mahu repeat! Parah nanti jadinya…

         Dia bangun. Menuju ke bilik air. Mengambil wuduk. Seperti biasa..tatkala hatinya runsing dan buntu, surah ar rahman jadi peneman. Dia capai quran kesayangannya itu. Quran hadiah dari seorang ukhti dari bumi Ardhul Kinaanah…

          Dia mula menyelak helaian demi helaian. Sudah jumpa surah ar rahman! Tiba-tiba ada sekeping kertas kecil berwarna hijau muda jatuh di atas ribanya. Dia buka…

         Aku runsing..

         Aku buntu…

          Aku mencari cinta-Mu di sebalik kebuntuan ku itu..

          Ar rahman pengubat jiwaku…

         Menyentuh hati nuraniku…

          Hadirkan cahaya ar rahman di dalam dirku Ya Allah…

         ~salam mujahadah buatmu…

                                      ‘ H ’

          Sekeping nota kecil. Si pemberi seakan-akan tahu surah ar rahman adalah kesukaanku tiap kali aku serabut! Aduh… sapa pula ni!

          Dia cuba mengingati apa yang berlaku petang tadi. Di mana dia tinggalkan qurannya. Hmmm…di mana… di mana ya.. ha! Tahu…

          Petang tadi dia pergi library. Dia bangun untuk ambil buku di rak. Tika itu dia mengambil masa yang agak lama membelek buku di rak. Mungkin waktu itulah kad ini diletak. Ish sapa bagi ya? HmmHuda barangkali sebab tadi dia sapa aku di library.. desis hati kecil Hani.

         Hani segera mencapai telefon bimbitnya.. laju dia menaip mesej.

          “Salam…thanks Huda bagi kad dekat Hani!”

Tuuuttt….

          “Wassalam… kad apa Hani?”

Send…

          “Eh… kad kecil warna hijau dalam quran Hani la !”

Tuuutt….

          “Mana ada Hani… quran Hani pun Huda tak kenal…”

Send…

          “Yeke…hmm tak palah.. maaf ganggu enti..”

Tuuuuuuut………

          “Eh…tak pe…”

Hani kaget. Sapa bagi ni!!!

Dush… pening lagi kepala…hahaha

‘ H ’ sapa nama mula huruf H angkat tangan cepat!!! ~___^

 *****

          Hampir seminggu Zahid menghilangkan diri. Maklum lah… exam dah hampir dekat, kelas pun dah tak da. Jadi.. semua orang bebas menentukan haluan masing-masing. Yang penting study!

          Tiada siapa yang tahu ke mana Zahid menghilang. Aneh.. budak paling kepoh di kampus menghilangkan diri. Haish.. pergi mana budak Zahid tu? Semua orang tertanya-tanya…

         Hani juga turut terkesan. Tiada lagi gangguan yang hadir dalam hidupnya. Dia tenang dan.. fuh… mampu menarik nafas lega.

          Tapi….

          Ke mana Zahid menghilang? Dia jauh berubah… setelah….

Peristiwa tempoh hari barangkali!

         Hani musykil… runsing.. buntu! Salahkah caranya? Hani berdoa agar akan ada satu perubahan dalam diri Zahid…. perubahan ke arah mencari redha Allah… bantulah dia Ya Allah…

         Tiba-tiba… Hani dicuit dari belakang. Terkejut dia… seorang budak lelaki sedang tersenyum kepadanya.. kecil sahaja budak tu. Dalam lingkungan umur 6 tahun barangkali. Budak mana ni? 

Tiba-tiba muncul dalam kampus pula! Aneh bangat…

          “Ya adik… cari sapa ya?”

          “Cari kak lah…huhu”

          “Cari akak? Wat pa dik..?”

          “Ni…ada orang bagi… ambik lah…”

          Sekeping kad kecil warna merah… belum sempat aku berkata apa-apa… budak itu terus laju berlari.. menghilang entah ke mana.. aneh.. apasal pelik sahaja! Hani mengerutkan dahinya…

          Dia membuka lipatan kad kecil itu.. persis nota semalam! 

          Senyumlah duhai serikandi..

          Walau terpalit segores luka di hati…

          Ukirkan senyuman pada dirimu..

          Kerana engkau tampak manis lagi menawan serikandiku!

          Dariku untukmu…
                                      ‘ H ’

            H… lagi… adoi… sapa ni? Sejak bila Hani Khalilah ada secret admire.. Hani segera menyimpan kad kecil itu. Dia pandang sekeliling. Sapa ya?

         Hani berlalu pergi… fikirannya serabut. Sarat dengan tanda tanya yang entah bila jawapan akan kunjung tiba.. Allah..bantu Hani Ya Allah… :(

Bersambung….


Tinta serikandi,
Serikandiumar93
7:03 pm
25 APRIL 2011

3 comments:

Seven said...

yeah, ade pun sambungan nyer...
sambung lgi ye?

Unknown said...

:) insyaallah...doakanlah ya!

zAr said...

salam, yelah, macam best,