Kita akan tua. Tak selamanya akan kita muda. Tengahari tadi terdengar erangan tok menahan sakit. Segera menerpa ke rumah sebelah. Membantu menghilangkan penat. Mengurut belakang dan dada. Masyaallah…bila dah tua, beginilah jadinya. Sakit akan datang menjengah.
Meluangkan masa mendengar ceritera orang tua. Jika kita sabar mendengar, hakikatnya penuh manfaat. Cumanya…kita yang kurang sabar dalam mendengar kerana merasakan terlalu ‘boring’ mendengar orang tua bercerita.
Mengeluh seketika mendengar kisah tok. Kena marah ^___^ muda-muda dah sakit. Takpa…akan bangkit semula untuk sembuh. Jika sakit pasti ada penawarnya.
Menyuap nasi ke mulut tok, ditolak lembut. Tak mahu…
“Nak air tebu… dah 2 hari teringin..”
Aduh…bila dah tua-tua dah berjiwa sensitive. Macam-macam mahu. Cuma kita kena sabar melayan kerenah mereka. Banyak pahala akan dikutip di situ jika kita berjaya menjaga mereka dengan sabar. Insyaallah…
Abah anak bongsu, jadi kesungguhan abah untuk jaga tok terserlah. Ibu boleh jaga anak-anak yang ramai, tapi kenapa kita tidak boleh jaga ibu yang seorang? Musykil… memang musykil…
Sama-sama kita menyayangi ibu kita sebelum terlambat…
Kredit ucapan : Selamat Hari Lahir Angah! Semoga berjaya mengharungi kehidupan ini dengan tabah… sayang adik kak Long!
Catatanku,
Serikandiumar93
6:06 pm
13 APRIL 2011
3 comments:
betul tu..ibu seorang sanggup jaga anak 10 tp anak 10org belum tentu dapat jaga mak seorang..sedih bila dengar ada anak merungut sebab duit dia habis berbelanja untuk mak..cuma perbelanjaan seharian..terdetik,dulu mak kita berbelanja untuk anak xterkira kalo nk dibandingkan dengan apa yg kita beri sekarang..wallahu'alam
Bermanfaat.
Moga dicintai Allah.
(^-^)
ansarullah : benar... kita selalu mengeluh nak jaga mak, mak jaga kita dengan sabar kan ^___^
Baitil atiqa: ye... sama-sama kita mendapat gelaran dicintai oleh Allah..
bersama mengejar cinta ALLAH :)
Post a Comment