Pages

Saturday, April 23, 2011

CABARAN BERPURDAH


          Nak pakai purdah bukan senang. Tambah-tambah untuk istiqamah. Memerlukan kekuatan hati yang kuat. Kalau tak berani nak hadapi cabaran, jangan mencuba kerana padahnya anda akan merana! Betul ka?

          Banyak cabaran yang bakal dilalui. Hubungan dengan Allah dan kekuatan hati sangat-sangat diperlukan kerana mungkin tiada siapa yang memahami apa yang sedang berlaku kepada si pemakai.

          Aku? Aku macam nak menjerit minta sahabat-sahabat faham. Tapi sapa nak faham.. diri sendiri kena kuat.

          Kali pertama melangkah keluar, seram badan… menangis la juga sikit. Takut.. huhu. Rasa macam nak lari sembunyi bila orang tengok semacam. Haha.. sampai macam tu sekali? Ini yang berlaku dekat akulah…

          Tanggal 2/2/2008, aku melangkah keluar dari rumah sewa Tibbil Qulub menuju ke maahad. Ada seminar nuqaba hari tu. Rasa macam tak mahu pergi saja. Masuk pintu pagar sekolah. Fuh…semua mata tengok. Aduh… nak jalan pun kekok. Tunduk sampai sakit kepala..huhu

          Semua tanya… sapa tu? Alar…tengok mata lah… ha…kenal-kenal… ^___^ alhamdulillah orang mudah kenal sebab tengok mata…

          Masuk dewan… tepukan semangat dari Syifa Hana (anak Dr. Harlina). Huhu… ketar-ketar… nak lalui tempoh perubahan yang drastik ni.

*****

          Pergi sekolah macam biasa. Sepanjang berjalan kaki nak pergi sekolah semua orang tengok. Tengok-tengok apa? Argh..rasa macam nak menjerit suruh orang henti tengok…

          Mahu tidaknya…beberapa tahun ini mana ada sejarah orang pakai purdah datang sekolah… jadi yang first la ya serikandiumar :)

Kat sekolah boleh pakai purdah?

          Tak boleh pun. Sampai depan pagar sekolah buka, bila habis sekolah pakai. Menuntut ilmu tidak boleh ada hiijab bukan?

Apa cabaran?

          Banyak juga… macam-macam kena panggil. Ninja.. ayat-ayat cintalah… huih, pelik-pelik.

          Cabaran dengan ahli keluarga sendiri lagi dahsyat. Aku melalui tempoh pentarbiyahan dalam berpurdah yang sungguh dahsyat. Keluarga tidak menerima hingga aku membawa diri jauh.

          Di usia 15 tahun, tidak balik rumah. Wang saku tiada. Membawa diri ke program-program islami. Maklumlah… pilihan raya time tu, tempat aku di markaz. Menjengah ke dunia perjuangan di usia yang muda!

          Ujian-ujian demi ujian… tak terdaya nak lalui. Sakit hati semua ada. Tika itu… hubungan dan keyakinan dengan Allah perlu kuat supaya diri tidak futur.

          Nak tahu cabaran aku? Hmm… satgi aku sambung cerita… nak solat Subuh dan nak pergi belajar kereta pukul 7 nanti…

p/s : cabaran menguatkan kita sahabat!


Diariku,
Serikandiumar93
23 APRIL 2011
5:59 am

11 comments:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum,^^
saya suka tengok bila wanita memakai purdah sejuk jak hati..^^
terdetik juga dlm hati nak pakai purdah tp,rasanya tak cukup kuat huhu

Aisyah said...

mashaallah perjuangan memakai purdah.. teman-teman di indonesia juga punya senansib dengan ukhti, diejek hantu, ninja, dll.

tetapi mereka tetap sabar dalam berpurdah... semangat ...

Muhd Iqbal Samsudin said...

Sukar benar meniti langkah menjadi seorang ghuraba'...Semoga istiqamah~
Sudikah Kita Menjadi Ghuraba'

Unknown said...

nazihah : suka juga,,, sejuk mata ^__^

aisyah : thanks ukthi.. sama-sama kita sabar

muhamad iqbal : memang sukar...

Unknown said...

Assalamualaikum adik Serikandi Umar. Begitulah jalan yang kita lalui apabila kita mengambil keputusan untuk memakai niqab. Insyaallah setiap dugaan yang dilalui pastinya akan menjadikan jiwa kita lebih kuat dan yakin. Semoga niat yang baik mendapat ganjaran yang baik di akhirat nanti. Pedulikan ejekan orang, asalkan Allah suka.

DawudHawariy said...

wah, mcm knal je syifa hana....

ash_mza said...

ada airmata dalam senyuman.

Anonymous said...

assalamualaikum yaa ukhti~ ^_^
ukhti trpakse mnghdpai cbran tatkala pd usia yg bgitu muda? o.O
kluarge kini suda mmberi keizinan la yer? ^_^

Anonymous said...

assalamualaikum yaa ukhti...
apakh bnar ukhti mnerima tntangan drpd kluarge?
dn kini kluarge suda mmberi keizinn utk mmberi utk mmakai purdah kn?
=D

Unknown said...

assalamualaikum...sya fida dari kota kinabalu sabah.hati saya terdetik untuk memakai purda.tapi rasanya saya tidak bersedia lagi...boleh kah macm tu???

Unknown said...

ASSSALAMUALAIKUM....saya fida ..hati saya terdetik bila ingin memakai purda ni..hurm..tapi rasanya saya tidak bersedia lagi..boleh ka macam tu ???