Pages

Friday, April 1, 2011

RAISAH

            RAISAH!!!

Sudah lama tidak kedengaran gelaran ‘RAISAH’ ini. Tiba-tiba kawan sekelas sebut perkataan ini.. masyaallah.. aku sendiri sudah lupa bahawa aku adalah ketua kelas 5 HASANAH tahun 2010. ^__^ haish! Macam mana boleh lupa nih..huhu

Aku sendiri tidak percaya bahawa aku akan diberi amanah sebagai ketua kelas. Rasa macam kelakar. Serikandiumar memimpin budak-budak kelas 5 HASANAH. Kenangan sungguh kelas kami.. macam-macam tittle kami dapat… cikgu-cikgu terasa la… buat masalah le.. aduh… kelas aku tuh!

Memang kenangan… sekalipun banyak yang pahit, manis itu tetap ada… sekalipun banyak hati terguris dengan pergaduhan kecil..huhu, kegembiraan itu masih bersemi… bergaduh ke? Biasa le…budak perempuan..

Bila terkenang kenangan kita bersama… indah sungguh sahabat.. kenangan di kelas 5 HASANAH… kelas yang riuh dan paling riang dengan gelak ketawa kita bersama. Kelas yang cool dan sporting… tidak macam kelas-kelas budak pandai yang serius memanjang.. ^___^

Terima kasih sahabat kerana ikatan ukhwah itu… begitu indah sekali terasa…

TAPI…

          Itu dulu. Aku bukan lagi RAISAH kalian. Aku juga bukan lagi warga maahadi. Aku hanya memegang tittle ‘EX MAAHADIAN’. Huh… dah jadi bekas!

Aku kini bergelar seorang warga pendidik buat anak-anak kecil yang baru ingin mengenal erti kehidupan. Sukar sebenarnya untuk memegang jawatan sebagai seorang guru. Kita memikul amanah yang berat untuk mendidik anak-anak kecil ini mengenal erti kehidupan.

Gambar budak kecil di atas ialah SUFI… comel dan sangat pandai orangnya. Dia nak jadi ustazah macam aku! Terkejut dengan pengakuannya… SUFI.. seindah namamu wahai anakku… moga engkau akan membesar menjadi gadis yang cintakan dunia kesufian..

Sedar tak sedar… dah bulan 4 hakikatnya. Tidak lama lagi aku akan tinggalkan dunia mengajarku dan aku pula akan diajar oleh bakal-bakal pensyarah nanti. Subhanallah.. ini percaturan-Mu dan resam kehidupan dunia ini, kita tidak selamanya akan berada di atas… ada kalanya kita akan ke bawah~

Berhati-hatilah kita..jangan sampai tersalah langkah!


Coretanku,
Serikandiumar93
10:29 pm
1 APRIL 2011

3 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

nama kawan akak pulak RASIAH. org penang.. hampir je nama tapi makna berbeza mungkin.

Unknown said...

ye?

rais : ketua (muzakkar)

raisah : ketua (muannas)

raisatul fasli : ketua kelas

^___^

Najihah Razali said...

salam, :)

senyum dulu,
bagusnya adik, muda lg dah jd seorg guru. Alhamdulillah, didiklah anak2mu dengan gigih. jadikan mereka para mujahid dan mujahidah kbangggaan agama. Redho Allah pasti ada. :D