Pages

Saturday, April 9, 2011

PELANGI CINTA : PART 1

            Langkah diayun kemas. Laju sekali. Pintu bila dikuak lantas dihempas kuat. Buku-buku dibaling begitu sahaja ke atas katil. Hani Khalilah merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia menangis sekuat hati. Geram bercampur malu mengenangkan peristiwa tadi. Bagai ditoreh-toreh pipinya menahan malu.

*****

            “Hai Hani comel… nak pergi mana tu? Nak abang temankan?..”

            Hani yang baru sahaja turun dari tangga tersentak dengan sapaan Zahid yang muncul tiba-tiba disebalik dinding. Hani menjeling tajam. Langkah diayun laju. Malas untuk dia melayan lelaki yang kemaruk cintanya itu.

            “Amboi…jeling. Lagi abang suka…”

            Hani sudah muak dengan perangai Zahid yang tidak habis-habis mengganggu hidupnya. Boleh naik gila jika setiap hari dilayan sebegitu. Zahid mengikut di belakang Hani. Hani rasa lain. Tidak selesa apabila diekori sebegitu rupa. Lantas dia berpaling..

            “Eh..kau kenapa Zahid! Aku nak balik ni.. jangan kacau aku…!”

            Tiba-tiba tanggannya direntap kuat oleh Zahid. Zahid merenung mukanya tajam. Naik seram Hani dibuatnnya.

            “Hello cik Hani sayang.. aku hairan la.. dah banyak cara aku buat, apasal kau tak jatuh cinta kat aku ha!!!?”

            “Hoi…sedarlah sikit… perangai macam setan!!! Jangan pegang tangan aku boleh dak? Lepas la weh…”

            “Setan kau kata kat aku? Kalau aku tak mau lepas kau nak buat apa?”

            “Aku jerit..”

            “Jeritlah kalau berani… mana ada orang nak dengar!…”

            Hani buntu. Dia ketakutan. Dia segera menendang Zahid. Zahid mengaduh kesakitan. Hani cuba melarikan diri. Dia lari sekuat hati. Sakit hatinya. Dia sudah tidak tahu benda apa lagi yang perlu dia lakukan untuk melarikan diri dari semua ini. Setiap hari pasti Zahid mengganggunya. Dia takut.. hari ini Zahid sudah berani memegang tangannya. Entah apa yang akan dia lakukan lagi nanti…

*****

            Hani bangun menuju ke tandas. Hampir sejam dia menangis di atas katil. Nasib baik teman sebiliknya balik kampung. Jika tidak, mesti temannya itu akan menyoalnya macam-macam.

            Hani mengambil wuduk lantas menunaikan solat fardhu Zohor. Dia merintih pilu. Sedih.. dia mencubit-cubit pipinya. Geram… dia rasakan kecantikan itu juga sebenarnya bukan suatu yang patut dibanggakan. Kadang-kadang terlalu cantik membuatkan diri kita merana diganggu lelaki. Ya Allah… hebatnya ujian ini..

            Dia mencapai al quran kesayangannya. Dengan segera tangan membuka surah ar ar rahman. Surah yang sering dibacanya tika hati gundah gelisah. Dia membaca penuh tertib. Sesekali air mata diseka.

            “Ya Allah…tenangkan hatiku dengan Ar Rahman-Mu….”

Bersambung….




Nukilan serikandi,
Serikandiumar93
8:59 pm
9 APRIL 2011 

3 comments:

Dafinullah said...

menarik.!

DawudHawariy said...

SUBHANALLAH....
x sabar nk baca smbgn nya.......

batman said...

nice!
cepat la sambung....
ngeh3
:)