Pages

Friday, April 15, 2011

PAHITNYA UBAT!


Ubat..

Sememangnya pahit… euw.. tambah-tambah ubat herba dan akar kayu.

Sudah berbulan makan… baru beberapa hari terpaksa minum air akar kayu…    
 
Fuh…pahit habis. Baunya pun sudah macam getah..

Merungut dan merungut untuk makan ubat… haish, macam mana nak sembuh kan?

Itulah manusia… bila dah sakit baru tahu peritnya,

Bila dah sakit baru nak mencari penawarnya…

Kenapa manusia tidak pernah sedar dengan hakikat nikmat kesihatan yang Allah beri?

Entah…aku musykil…

Itulah manusia… bila diberi pinjam..dia rosakkan.

MAMPUKAH MENJAWAB PERSOALAN INI DI PADANG MAHSYAR KELAK?

Pasti menunduk kerana tidak bisa menjaga nikmat kesihatan yang Allah berikan!

*****

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.


~surah al israa :82~


          Jaga kesihatan…

          Jaga hati…

          Jaga iman…

          Jaga amal..

Baru ibadah kita mantap!

          Selamat bermujahadah!


Salam juang,
Serikandiumar93
7:01 am
15 APRIL 2011

2 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

akak ni hari2 makan jamu yang. kadang2 serbuk kadang kapsul. kak liza ni bila sakit barulah teringatkan segala salah silap. barulah teringat waktu sihat. usia pun semakin meningkat tetapi masih juga di tahap lupa. segala luahan akak di blog bukan utk tatapan umum saja, tetapi cuba mengingatkan diri sendiri yg banyak menghimpun dosa agar perbanyakkan membuat kebaikan.

Unknown said...

benar kak, kita lalai kadang-kadang tu... terbuai untuk seketika...

sama-sama kita sedarkan diri kita ya ^__^