Pages

Saturday, January 1, 2011

TIGER SHOW Putrajaya Terlampau Lucah! Apa KES Ni ??

 
Salam untuk semua, demi Allah laknat atas penganjur! 
Gambar-gambar dibawah adalah gambar yang diambil dalam sebuah majlis makan malam anjuran Sony di Marriot Hotel, Putrajaya 16 Disember lalu..gambar dikirim oleh seorang hamba Allah yang prihatin..(semoga Allah merahmati beliau)..

Bukan setakat 'free show', malah 'free touch'..
 



Gambar pertunjukan ala 'Tiger show' ini dirakam ketika hadirin sedang leka dengan penari/model separuh lucah..mereka bukan sahaja 'dijamu' dengan tarian dan persembahan lucah, malah lebih dari itu, mereka di'beri peluang' menjamah, memegang, memeluk dan merasa tubuh badan penari separuh bogel ini.. 

Apa yang menyedihkan..rata-rata hadirin dalam majlis ini adalah  dari bangsa Melayu, yang beragama Islam!..perwatakkan mereka yg bertudung sambil bergelak ketawa ternyata telah melampaui batas dan mencemar maruah Islam...apa reaksi mereka? kalian boleh perhatikan pada setiap riak wajah muka yang terpampang dalam gambar2 ini..
 

Jika selama ini kita hanya mendengar tarian 'tiger show' di negara2 Barat, atau negara jiran seperti Thailand..hari ini, ibu kota pentadbiran kerajaan Malaysia, PUTRAJAYA, menjadi pusat aktiviti jahiliah ini!
 

Tidak cukup pertunjukan2 seperti ini dianjurkan di kelab-kelab malam dan pusat hiburan, hari ini dengan beraninya ianya dibenarkan diadakan dalam majlis makan malam di Putrajaya!..itu belum dgn cadangan Hub Hiburan sehingga 24 jam oleh kerajaan Najib...kalian boleh rujuk di SINI..

Ingat, sehingga kini Najib belum memberi apa2 reaksi menangguh atau membatalkan cadangan ini walaupun ramai pihak yg membantah..malah sudah terdapat pihak cuba menyokong Hub hiburan yg bakal dibina kerajaan BN ini..siapa pihak yang menyokong Hub Hiburan Najib ini??

Ambil tindakan
 

Untuk yang terakhirnya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasruddin Hassan, penulis juga menggesa supaya jabatan agama Islam segera mengambil tindakan terhadap penganjur, pihak pengurusan hotel termasuklah hadirin yang menyertai majlis maksiat ala jahiliah ini..
 

Jika pihak berkuasa boleh bertindak nekad ke atas penganut fahaman syiah, penulis juga berharap pihak berkuasa mengambil langkah tegas kepada pihak yang terlibat di dalam majlis ini..ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan ajaran dan norma2 Islam!
 


Akhir kalam, semoga pihak terbabit mengambil langkah segera..isu ini lebih hina dan jijik dari isu YB non-muslim bersenamrobik di luar kawasan masjid..fikir2kan...wallahua'lam..


            Terkedu ana untuk seketika. Sanggup orang melayu membiarkan diri mereka diperlakukan sebegitu rupa? Argh… ana sebagai kaum hawa rasa teramatlah malu apabila kaum hawa sanggup menggadaikan maruahnya… sudahlah berpakaian sebegitu rupa, pastu sanggup pula menawarkan badan untuk kaum Adam!

            Aduh… ini Malaysia atau LAS VEGAS? Tidak ada rasa senstiviti langsung sebagai seorang muslim yang sanggup melihat sahaja sambil bergelak ketawa… Ya Allah apa sudah jadi dengan umat Muhammad? Macam ini nak dikatakan 1 Malaysia kot? Lain-lain bangsa dan lain jantina boleh berpelukan… one Israel betul!

         Yang peliknya… kenapa orang lain boleh rakam gambar begitu sahaja? Eii… Nampak sangat orang lelaki tak kisah… diorang ni bila dah ‘ikan’ depan mata buat apa nak lepas… ish…tak faham betul dengan kaum Hawa ni… Ya Allah berilah kesempatan untuk kaum Hawa berubah sebelum terlambat….

“Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah[611] dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah[612]. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.”

~surah al anfal : 39~

[611]. Maksudnya: gangguan-gangguan terhadap umat Islam dan agama Islam.

[612]. Maksudnya: Menurut An-Nasafi dan Al-Maraghi, tegaknya agama Islam dan sirnanya agama-agama yang batil.

3 comments:

كمال خيري said...

nauzubillah...
ek,cdgn~klu bleh blurkan sikit gambr tu gne photoshp,bahaye org tgok.
syukran~

eXception said...

Salam semua, harap anda semua tak terpengaruh dengan cerita dari Pria Malaya yang terkenal dengan cerita fitnahnya… Pria Malaya juga antara yang kuat memfitnah DS Rais Yatim mengenai isu rogol amah… Apapun, Marriot Hotel bukan terletak dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya, tetapi di dalam kawasan Negeri Selangor… Sila buka Google Map… Cuma Marriot Hotel menggunakan nama Putrajaya pada hotelnya di sana kerana kedudukan berhampiran dengan Putrajaya. Takde kesalahan jika Marriot menggunakan nama Putrajaya pada hotelnya… Yang menjadi isu ialah penganjuran perkara sebegini… Sepatutnya MB Selangor perlu jawab…

http://exception2008.blogspot.com/2011/01/dr-lo-lo-yang-bolo-marriot-hotel-dalam.html

Liza @ Adzriel AB said...

akak sebagai ex-sony rasa malu. tentu ramai warga sony malu juga dgn aksi ni. sgt lucah. sony ada banyak.. tapi semuanya terpalit.