Sebak hati ini tatkala memandang wajah pejuang jihad yang amat aku kagumi, Assyahid Syeikh Ahmad Yassin. Dari redup matanya, ku tahu…cintanya terhadap bumi Palestina begitu mendalam. Dari kecil beliau dididik untuk syahid memperjuangkan al quds tercinta. Beliau lahir dalam suasana yang penuh dengan semangat jihad. Aku cuba merenung ke dalam mata beliau. Sekalipun ianya hanya sekadar gambar untuk ditatap, namun aku dapat merasakan bahawa dirinya benar-benar punya impian dan keazaman yang utuh. Impian untuk melihat umat Islam sama-sama bangkit mempertahankan bumi al quds. Suatu keazaman untuk melihat Islam menang dan Yahudi laknatullah kalah tersungkur begitu sahaja.
Jika dibandingkan dengan peribadinya yang tidak sesempurna kita, tidak mungkin dia bisa digeruni. Namun, lihatlah…semangat jihadnya membuatkan Israel laknatullah tidak betah duduk diam. Sekalipun mereka membunuh seorang pemuda Palestina, namun…masih ada lagi pemuda-pemuda yang dilatih oleh Syeikh Ahmad Yassin. Aku kagum. Beliau dapat melahirkan pejuang-pejuang yang begitu cintakan syahid.
Aku renung pemuda Islamku di bumi Malaysia. Adakah sehebat pemuda Islam di bumi Palestina? Oh…jauh bezanya Ya Allah. Ke mana menghilang mujahid Islam yang ingin bangkitkan Islam kembali. Cuma…yang ada pemuda Islam yang begitu asyik dengan keseronokan duniawai. Allah…aku begitu merindui pemuda-pemuda yang ditarbiyah yang bakal menyinari Islam. Aku hampa…. Pemuda Islamku hancur. Yahudi laknatullah telah berjaya merosakkan mereka.
Air mata tidak dapat ditahan lagi tatkala memandang wajah Assyahid Syeikh Ahmad Yassin. Andai ku bisa peluk dan ciumnya, sudah pasti aku akan lakukannya. Tidak tertahan air mata ini tatkala mengenangkan tubuh beliau yang hancur dek perbuatan Yahudi Laknatullah. Biarlah mereka gembira dengan kematian beliau, namun seisi langit dunia sudah pasti gembira menerima insan mulia yang bernama Syeikh Ahmad Yassin.
Wahai para pejuang sekalian,
Renungilah wajah insan mulia ini. Ambillah semangat jihad beliau supaya kalian lebih bersemangat menyusun langkah dalam perjalanan dakwah yang penuh ranjau ini. Ya Allah… Kau kurniakanlah di antara kami, seorang pemuda yang punya semangat jihad seperti Syeikh Ahmad Yassin. Kurniakanlah seorang pemuda yang bakal menggegar dunia, tidak takut akan bahaya yang mendatang kerana di dalam hatinya sudah tertanam satu matlamat yakni SYAHID FISABILILLAH!
Buat sahabat seaqidahku, yang kini sedang berjuang di bumi Palestina, teruskanlah langkahmu. Teruslah kalian membaling batu-batu itu. Aku tahu, mana bisa batu-batu kecil itu dapat membunuh mereka. Namun, yakinlah sahabatku….ada pertolongan di belakangmu. Aku hanya mampu mengirimkan doa agar kalian terus tabah mengharungi kehidupan di sana. Andai ku diberi peluang untuk ke sana, aku akan pergi kerna aku begitu mencintai syahid. Selamat berjuang sahabatku…!
Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir
Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu
Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina
Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir
Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu
Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina
Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA
Monolog serikandi,
Serikandiumar93
6.50 pm
1 comment:
takbir
Post a Comment