Semalam… ramai betul sahabat maahad online di ym.. aduh melepas rindu.. MasyaAllah, rindu sangat bumi maahad. Bertubi-tubi soalan dituju kepada ana mengenai keputusan ana untuk tidak menjejakkan kaki ke TIngkatan 6 untuk mengambil STAM… Biarlah rahsia… Dalam persahabatan itu sudah pasti akan terjadinya perpisahan jua… Itulah resam kehidupan kita di dunia.
Sekalipun ana tidak lagi di bumi Maahad, perjuangan ana masih diteruskan. Berjuang dalam sendu redha. Redha dengan ketetapan ini. Hati ini begitu sekali ingin setia di bumi maahad tercinta, namun itu hanyalah perancangan dan Allah jua yang menentukan segalanya….
Hari ini, hari pertama ana bertugas sebagai guru tadika. Sekalipun sudah banyak hari ana di tadika, namun hari ini dirasakan lain kerana tadika ini akan dipenuhi dengan kanak-kanak ribena yang entah apa reaksi dan perangai mereka pada hari pertama ini.
Hujan turun renyai-renyai. Jam sudah menunjukkan pukul 7.08 pagi. Ana bergegas keluar untuk membuka pagar, belum sempat pagar dibuka, sudah ada kereta yang berhenti untuk menghantar student. Gabra juga… ibunya hanya meninggalkan mereka begitu sahaja. Kaget! Nasib baik pandai bawa diri. Sudahlah Naim baru berusia 3 tahun, dia ambik pakej playground nursery… nasib baik kakak dia ada, Marsha…tahun ni dah 6 tahun.
Selang beberapa minit, ada waris mahu hantar tapi terpaksa balik dulu… sesi memujuk berlaku untuk seketika. Yang paling ana tak tahan… Afif Fahmi… setelah lama ibunya meneman… akhirnya, terpaksa juga tinggalkan dan berlaku sesi menarik tangan. Aduh, satu penumbuk lekat kat muka. Ganasnya….
Hari ini dekat 5 orang meraung dan nangis teruk. Terkedu untuk seketika… dahsyat! Yang tak mahu makan sampai balik pun ada… yang nangis sampai balik pun ada… aduh.. pening-pening. Kadang-kadang nak tergelak pun ada, macam ni ya ragam budak-budak… alahai…
Apa jua jenis perangai diorang, perjuangan untuk mendidik harus diteruskan. Ana seronok melihat perkembangan kelas KAFA pada sesi petang. Ramai pelajar hadir.. bagus… banyak yang perlu diajar. Alhamdulillah mereka mahu belajar. Hanya satu harapanku… biarlah mereka menjadi generasi yang akan membangkitkan Islam…
Buat anak didikku… Muallimah akan terus mendidik kalian walaupun hanya untuk seketika. Muallimah mengimpikan di antara akan hadir seorang pemuda yang bakal menggugah dunia… insyaallah… Afif Fahmi, sekalipun muallimah diberi ‘hadiah’ di awal pagi, namun muallimah hanya mampu tersenyum… kerna muallimah yakin Afif akan menjadi insan yang hebat apabila melihatkan peribadi ibu dan ayah Afif yang berlatar belakangkan didikan Islam yang sebenar… semoga berjaya datang sekolah lagi esok ~_^
*****
Duhai diri
Ikhlaskan dirimu mendidik…
Kerna tugas sebagai guru terlalu besar…
Engkau mendidik anak-anak kecil ini…
Menjadi generasi Islam yang unggul kelak…
Jadi,
Ini juga merupakan perjuangan…
Satu jalan jihad…
Kerana engkau mencorakkan…
Anak-anak kecil menjadi seorang ‘insan’
Salam perjuangan buatmu serikandiumar!
No comments:
Post a Comment