Pages

Saturday, January 1, 2011

Teguk arak depan penguat kuasa

SOAL...pegawai Jais menyoal siasat seorang pengunjung Islam dalam serbuan, semalam.


SUBANG JAYA : Puluhan pengunjung beragama Islam yang leka berpesta ‘ladies night’ sambil meneguk arak di sebuah pusat hiburan terkemuka, di sini, tergamam dan tidak sempat menyembunyikan botol arak apabila diserbu penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), awal pagi semalam.


Ketika serbuan, terdapat pengunjung yang seolah-olah tidak peduli kehadiran pihak berkuasa, malah menghabiskan sisa minuman keras di hadapan mereka.


Operasi bersepadu yang bermula kira-kira jam 12 tengah malam itu diketuai Pengarah Penguat Kuasa MPSJ, Mohd Zulkarnain Che Ali dan disertai 77 anggota dan pegawai MPSJ, 14 pegawai Jais dan 18 penguat kuasa AADK.
Seramai sembilan lelaki dan dua wanita Islam ditahan kerana minum arak di khalayak ramai manakala 61 pengunjung diberi surat arahan untuk hadir di pejabat Jais bagi sesi kaunseling.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan, berkata operasi bagi membanteras kegiatan pusat hiburan yang melanggar syarat lesen serta menjadi tumpuan pengunjung Islam meneguk arak.

“Dalam operasi ini sebuah pusat hiburan yang diperiksa membenarkan gadis bawah umur untuk memasukinya dan kami akan ambil tindakan kerana melanggar syarat lesen,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Menurutnya, pusat hiburan terbabit diberi amaran supaya tidak membenarkan pengunjung bawah umur berada di situ.


............................................................................................................

 “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[136] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,”

~surah al baqarah : 219~
[136]. Segala minuman yang memabukkan.

            Aduh… parah… parah… apa dah jadi ni? Umat Muhammad begitu asyik memperjudikan aqidah sendiri… bukannya mereka tidak tahu… dari kecil ustaz, ustazah dok sebut setiap hari… “arak haram!!!” tapi kenapa la…masih tak faham-faham ni… alahai…

            Semua ini kerana godaan nafsu dan cintakan dunia semata-mata…. Dan juga berkait rapat dengan kepimpinan kita… tak pernah lagi la dengar dalam paper… perdana menteri buat kempen haramkan arak untuk orang ISLAM… yang ada kempen buang bayi tu ja… tu pun dah tahap kritikal baru ada rasa nak bersuara…

            Serikandiumar dok kutuk pimpinan ni tak rasa bersalah ka? Kadang-kadang takut juga nak post entry bab-bab ni.. bila fikir balik… apa gunanya blog ni kalau tak sebarkan maklumat apa yang dah berlaku terhadap umat Muhammad.. betul tak? Hmm… yang ana tahu la kan… kita boleh taat kepada pimpinan selagi mana apa yang pimpinan kita suruh tak langgar dari syarak… nak bukti?

Dari Ibn `Umar r.a.: "Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

No comments: