Pages

Friday, January 28, 2011

MERINDUI SEBUAH KEBANGKITAN...


Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

~al hujurat : 10~

            Alhamdulillah… 27~28 Januari 2011 merupakan muktamar PPIK… syukur sangat kerana dapat juga jejakkan kaki di Masjid Nurul Ehsan lagi sekalipun aku kini bukan lagi bergelar ahli PPIK. Semuanya hanya tinggal kenangan sebuah tarbiyah dalam menelusuri sebuah perjuangan jihad. Dari kejauhan sudah ku lihat kubah masjid. Tersergam indah kompleks Pas Langgar. Hijau… sejuk mata memandang. Ada getaran di jiwa. Sudah sejuk tangan yang digenggam. Ada genangan air mata yang cuba ku tahan. Masyaallah… rindunya pada perjuangan ini. Rindunya padamu sahabat.

            Kereta abah sudah masuk ke perkarangan kompleks. Dari jauh ku lihat kelibat sahabat seperjuangan. Masyaallah…benar, rindu sangat. Rindu yang teramat sangat pada sahabat seperjuanganku ini. Turun sahaja kereta. Sudah kedengaran nama disahut. Aduh, indahnya pelukan dari sahabat seperjuangan. Aku rebah di sisi tangga. Menahan tangis air mata, sendu redha mengharungi perjuangan tanpa sahabat di sisi.

            Pelukan erat dan kata taujihad ku ungkapkan sebagai pembuka bicara. Habis sahaja SPM, inilah kali pertama kami bertemu lagi. Hebatnya percaturan-Mu Ya Allah… Kau gumpal rasa rindu ini, dengan kehadiran dan pelukan sahabat tercinta. Allah… syukur sangat Ya Allah. Benar…roh dan kasih sahabat itu senantiasa ada. Tanpa disangka… sebahagian dari kami mengenakan pakaian yang berwarna sama, termasuklah aku. Subhanallah…inilah yang dikatakan roh kasih sayang seorang insan yang bernama sahabat. ^___^

            Terpegun aku memandang peserta yang hadir. Ramai… Alhamdulillah, semuanya bersemangat untuk berprogram. Tersenyum aku memandang sahabat, yang kini bergelar Presiden. Salam takziah dan tahniah ku utus buatmu. Majlis bermula sesama muslimat di dalam dewan kompleks. Kalam taujihad dari Presiden, yakni sahabatku sendiri. Aku duduk di belakang bersama sahabat kesayangan, Jihah. Kami bukan peserta. Ya Allah…baru tersedar, kami bukan lagi warga maahadi. Aku dan dia mengenggam tangan erat. Sedih kerana kami telah meninggalkan bumi tarbiyah ini. Tanganku sejuk. Aku pandang wajahnya. Lantas ku katakan… “ana teringat doa ana malam SPM…” dia memandangku. Ya…kami sama-sama menghayati doaku itu.

            Saat-saat akhir SPM bakal berakhir, aku, Jihah dan Lilie… berdoa dan akulah imamnya. Esak tangis kedengaran kerana aku berdoa bukan dalam bahasa Arab tetapi dalam bahasa melayu yang pasti difahami dan dihayati. Aku ceritakan padanya, tentang istikharahku…hanya wajahnya sahaja yang bermain di tubir mata ini. Akhirnya.. aku gugur meninggalkan bumi maahad tercinta. Rupa-rupanya…dia juga mengikuti langkahku. Mungkinkah kami akan bersama lagi di alam universiti kelak?

*****
           
            Usai solat isyak berjemaah di masjid. Kami pulang ke kompleks untuk makan. Aku sudah makan sewaktu berbuka. Jadi, hanya meneman sahabat seperjuangan yang kelaparan. Letih kerana menguruskan program barangkali. Amal datang kepadaku.

“Nti…ana ada satu permintaan…”

“Apa dia….”

“Ana nak suap nti boleh…?”

            Aku tersenyum. Air mata ini cuba ku tahan. Aku menggangguk. Rindu dengan suapan seorang teman. Petang tadi, Amal menangis di ribaku. Ku pukul dirinya. Marah… kenapa menangis? Aku cuba kuatkan diri yang sebenarnya lemah. Aku cukup lemah apabila berbicara bab sahabat. Aduh..lemah sekali. Aku terlalu menyayangi mereka lebih dari diriku sendiri. Ya…insyaallah.

            Makan pun sudah. Jadi, dengar ceramah pula di masjid. Masjid sudah penuh dengan orang. Aku lihat ada dua tempat kosong di dalam. Aku mengajak seorang sahabat untuk turut serta. Malam ini, ceramah daripada Ustaz Ghani. Aqidah dan Ibadah.

            Aqidah merupakan satu benda penting dalam kehidupan kita. Dalam 10 fardhul muslim sendiri, aqidah merupakan tingkat yang paling utama yakni ~salimul aqidah~. Kenapa aqidah begitu penting? Aqidah adalah tunjang segala-galanya. Hari ini, Yahudi telah merancang pelbagai benda untuk menghancurkan umat Islam. Ketika mana Solehuddin Al-Ayubi telah berjaya menawan negara Arab, ketika itulah Yahudi berasa gerun. Kenapa? Mereka takut kefahaman Islam itu akan meresap masuk jauh ke dalam hati umat Islam dan mereka akan berterusan memusuhi Yahudi. Lantas mereka aturkan pelbagai srategi.

            Yahudi tidak menyerang kita dengan secara berdepan. Mereka menyerang pemikiran umat Islam. Yahudi menyerapkan fahaman sekular yakni memisahkan antara agama dan kehidupan. Agama itu hanya di masjid, di tempat ceramah bukannya di padang bola, bukannya di kompleks membeli belah. Yahudi menerapkan pakaian-pakaian Barat yang luarannya dikatakan menutup aurat sedangkan hakikatnya gadis-gadis Islam kelihatan seperti bertelanjang.

            Kita perlu menjaga aqidah kita. Islam bukan sekadar nama. Kita perlu faham erti Islam yang sebenarnya barulah kita boleh laksanakan. Ada beza antara orang yang hanya membaca al quran dengan orang yang membaca dan memahami al quran. Apa yang beza? Jika kita hanya baca…kita akan baca ikut sedap hati kita tanpa mengira hukum tajwid, dan barisnya hingga mungkin barangkali makna ayat tersebut akan silap dan akhirnya kita merana…jika kita membaca al quran dengan elok, lantas kita hayati bait katanya, sudah pasti kita akan menjadi mukmin yang bertaqwa kerana al quran itu sudah tersemat di dada, kita sudah faham apa yang Allah jelaskan… inilah bezanya antara orang abid dan alim. Kita tidak hanya melaksanakan, tetapi kita turut memahami apa yang kita laksanakan.

            Syeikh Ahmad Yassin begitu gigih melatih pemuda-pemuda Palestina menjadi pemuda yang cintakan syahid. Tidak takut mati. Mereka adalah pemuda-pemuda masjid yang hatinya telus dengan Ilahi. Jumlah anak-anak muda yang turun ke masjid ini adalah sikit bilangannya berbanding dengan pemuda-pemuda yang berpeleseran di sana sini. Adakah kita mampu menjadi pemuda yang celik mata di masjid ilmu, tetapi lena dan lentok tika melihat hiburan yang dirasakan tidak bermakna?

            Rasulullah membentuk anak-anak muda menjadi pemuda Islam yang bertaqwa. Rasulullah mendidik daripada individu kecil hinggalah Baginda dapat membentuk sebuah negara Islam lantas pemerintahan dan perundangan Islam itu terlaksana. Tapi, hari ini kita tidak boleh hanya melatih individu-individu ini sahaja. Kita perlu membentuk sebuah negara Islam terlebih dahulu supaya anak-anak muda kita tidak lagi berkecimpung dengan jahiliyah. Kenapa? Jika pemimpin itu baik…maka baiklah seluruhnya. Jadi, kita perlu ubah kepimpinan ini menjadi kepimpinan Islam.

            Hassan Al Banna telah berjaya menerapkan semangat jihad untuk membentuk sebuah negara Islam di Mesir. Semangat jihadnya begitu kuat hingga menggerunkan Yahudi Laknatullah. Lantas beliau dibunuh. Cuba kita renung sejenak… bayangkan jika Mesir telah dikuasi oleh kepimpinan Islam. Maka, negara Afrika akan turut serta. Jika, Afrika turut serta, pasti negara Arab yang lain akan turut serta. Jika semua negara Arab turut serta mendaulatkan Islam…pasti kita sudah bisa menumpaskan Amerika dan Israel. Inilah yang digerunkan Yahudi. Mereka bunuh Hassan Al Banna dengan harapan mereka akan selamat.

            Mereka tidak sedar. Sekalipun jasad Hassan Al Banna sudah tidak ada, ilmu dan semangat jihadnya masih meresap jauh ke dalam hati para pejuang agama Allah. Aku turut merasakan semangat jihad itu tatkala membaca bait-bait kata perjuangannya. Tidakkah kalian turut merasakannya? Yahudi tidak sedar… dengan kematian Hassan Al Banna, akan muncullah gerakan-gerakan yang akan berterusan berjihad memastikan Islam itu tertegak.

            Orang selalu bertanya…tidakkah engkau takut engkau akan ditangkap kelak apabila membicarakan bab jihad dan syahid ini? Apa matlamat kita? Jika kita berjuang kerana Allah…. Dan tatkala kita meletakkan Allah sebagai matlamat, tidak ada apa yang perlu kita gerun dan takutkan lagi kerana andai kata kita gugur syahid sekalipun, kita kan tersenyum gembira kerana itulah saat paling manis kerana kita sudah bertemu dengan Pencipta kita yang kita rindui saban hari.

            Baru sebentar tadi, aku menonton berita mengenai kebangkitan rakyat Mesir yang ingin menggulingkan kepimpinan Husni Mubarok. Yaman juga turut mendapat tempiasnya. Meremang bulu roma ini. Adakah kebangkitan Islam itu makin hampir? Ya… kita sedang menghampiri sebuah kemenangan dan kebangkitan jihad itu sudah ku rasa. Lihat sahajalah di negara kita, kebangkitan Islam itu makin terserlah. Allahuakbar!

            Aku menyeru pemuda di luar sana. Jadilah kalian pemuda masjid yang hatinya kebal pada dugaan dunia. Jadilah kalian pemuda yang meletakkan Allah sebagai matlamat. Usah gentar usah takut, kerna barangsiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya. Ayuh pemudaku, tonjolkan diri kalian. Kita perlu keluar untuk bangkitkan jihad mendaulatkan Islam tercinta. Ayuh pemudaku… kalian pemuda akhir zaman yang disebut-sebut oleh Rasulullah hingga menimbulkan rasa cemburu di hati para sahabat. Sedarlah kalian adalah pemuda impian yang senantiasa di dalam ingatan Baginda s.a.w. Kalian adalah pemuda yang dirindui oleh Rasulullah....

Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri[324]. Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya).

~an nisaa : 84~

[324]. Perintah berperang itu harus dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w karena yang dibebani adalah diri beliau sendiri. Ayat ini berhubungan dengan keengganan sebagian besar orang Madinah untuk ikut berperang bersama Nabi ke Badar Shughra. Maka turunlah ayat ini yang memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. pergi berperang walaupun sendirian saja.

*****
            Sahabat seperjuangan, dulu..kini dan selamanya kita telah berkahwin. Berkahwin dengan sebuah perjuangan yang begitu indah sekali. Ya…perjuangan ini perit sekali. Aku tahu…kekadang perjuangan berjihad melawan hawa nafsu sendiri kita tewas. Kita tak hebat! Kita rasakan kita hina… kita tak layak kerana kita tidak punya ilmu agama yang secukupnya. Kita rasakan kita tidak bersedia. Argh…ketepikan semua itu. Itu hanya bisikan syaitan yang ingin mencucuk hati kalian supaya malas dan mengetepikan perjuangan ini. Bukan kita yang akan menilai niat di hati, tetapi Allahlah yang akan menilai dan menentukannya. Biar orang nampak kita ini hina, tetapi di sisi Allah kitalah yang terbaik. Tolonglah bersangka baik…inilah yang penting supaya kita tidak berhenti di tengah jalan.

            Salam perjuangan ku utus buatmu teman. Semoga kita sama-sama istiqamah dalam perjuangan ini. Keperitanmu, keperitanku jua… aku turut merasainya sekalipun kita di tempat yang berbeza kerana engkau berjuang, aku juga berjuang. Jadi bukan hanya engkau sahaja yang menanggung keperitan ini, malahan lebih ramai lagi yang turut merasai sepertimana yang engkau rasai sahabat. Senyum ya? Senyum untuk sebuah kemenangan dalam perjuangan…. Plez… senyum ^___^

p/s: kuliah subuh, pak long (ustaz zainal asri) bagi, tetapi tak sempat dengar habis, mak datang dah… balik awal ~_^


nukilan serikandi,
serikandiumar93
29 Januari 2011

2 comments:

Ummu Umar said...

salam..

terharunya baca lauhan dr adik sorang ni.. semoga terus thabat di medan masing-masing.. semoga ikatan hati kita terus utuh untuk memperjuangkan agamaNya..

Unknown said...

wassalam... kak minah, rindunye ~_^ hehe bila leh jumpa ye? ya..doakan hati2 kita smua bertaut kembali di atas jalan perjuangan ini kerna matlamat kita sama kak... semoga kita istiqamah...