Tugas sebagai guru ni teramatlah berat. Peritnya menahan pukulan kanak-kanak ini dan terasa letih mental dan fizikal untuk memikirkan apa cara untuk meredakan mereka. Akhirnya hanya satu jalan sahaja, peluk mereka seeratnya dan dukung mereka. Maka akan redalah tangisan mereka itu.
Semalam, waktu ana duduk tersandar sambil melunjur kaki di dapur akibat keletihan, dia datang duduk atas paha ana sambil menyandarkan badannya… comel sangat. Geram… dia tanya kenapa pakai stoking ni? Adik tak pakai pun… Ana bagi jawapan untuk kanak-kanak ribena ni ialah satgi orang lelaki nampak warna kaki cikgu… tak boleh tu. Selang beberapa minit, ana buang stoking untuk ambik wudhuk, nak solat zohor, tiba-tiba dia… eh-eh… jangan buang, nanti orang lelaki nampak warna kaki… Ya Allah pandainya dia…
Ini Athirah. Ha… ni yang paling ganas sekali dan paling degil untuk diajak masuk ke tadika. Semalam ana nak jemput dia kat kereta. Ana dah agak, mesti tak mahu datang lagi ni macam hari first sampai meraung-raung depan pagar. Sampai sahaja di depan pintu kereta, dia sudah angkat kaki dia tinggi. Wah, ganas ni Athirah… tiba-tiba dengar dia mengeluarkan kata-kata kesat. Alamak…dahsyatnya… akhirnya masuk juga. Itupun meraung hingga panjat pagar balik nak keluar balik. Macam-macam perangai. Tangan ana ni dah rasa macam nak putus bila dia dok tarik nak ajak pi kat ibu dia. Alahai…
Hari ini 2-3 kali ayah dia pusing-pusing kat depan tadika. Lepas tu…lesap. Tak mai sekolah la hari ini si Athirah ni… kita tengok esok, nak mai ka dak…nak kena siap perisai besi lagi ni. Kalau tak jadi macam semalam, punya dahsyat sampai tudung ana hampir tercabut siap dia gigit tangan lagi. Ya Rabbi…ganasnya…
Ini Aiman Iskandar. Dia pun bahasakan diri dia ‘adik’. Manja sungguh… semalam waktu dah selesai nangis, sampai dah merah muka-muka ni, bila nak makan mesti datang kat kita dan kata… “cikgu, nak kuih...” sedangkan depan mata dia ada kuih dia datang jauh-jauh nak minta kat kita. Aduh…
Hari ini pun nangis teruk. Mak dia suruh masuk ambik pisang, pastu bila dia masuk mak dia keluar senyap-senyap pergi kat kereta. Aiman pun lari la keluar nak tunjuk kat mama dia pisang, tunjuk-tunjuk orang lain… apa lagi, lari menangis depan pintu pagar. Pujuk punya pujuk tak jadi apa juga. Dia bisik kat ana sambil nangis, tak faham juga.. lama-lama baru faham.. nak dukung rupanya. Ana fikir banyak kali juga.. nak dukung…? Aduh parah ni…
Dengan segala kekuatan yang ada, cuba la dukung si Aiman ni. Badan dia gempal juga , baru 4 tahun. Dengan lafaz bismillah ana angkat, terasa dah kesakitan di pinggang. Habis ana… dukung-dukung, senyap… pandai sungguh budak ni ya…? Bila dah lama sikit…ana suruh dia duduk bawah.. Nasib baik duduk.. kalau tak tumbang ana…
Nampak tak yang pakai kopiah kuning tu, tu la Afif Fahmi… dia ja yang malas angkat tangan. Semua tak mahu buat… Malu la katakan.. tapi ana ingat lagi first time dia mengamuk teruk, tumbukan yang begitu dahsyat… Afif…Afif…
No comments:
Post a Comment