Pages

Saturday, January 15, 2011

CERPEN : METAFORA PERSAHABATAN


            Aku duduk berteleku di atas sejadah. Peristiwa di taman petang tadi benar-benar membuatkan aku sedih. Sedih dengan apa yang terjadi. Aku rindukan sahabat aku itu. Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Huda….aku rindu dirimu yang dahulu. Benar… aku sangat merindui persahabatan kita.
*****
            Telefon bimbitku berdering menandakan ada panggilan masuk.Liyana… kenapa ya?

            “Hello….assalamualaikum…”

            “Waalaikummussalam…ya, ada apa Lili?”

            “Nti…mai sini sat… kat taman permainan ni..”

            “Naper pula ni? Taman kat mana?...”

            “Alar…mai aja la…ana nampak Huda dengan seorang budak lelaki… kat taman yang baru ni…”

            “Ya ka…okey, okey…ana pergi sekarang…”

            Aku segera bersiap. Nak cepat pun tak boleh juga. Mana ada motor ka apa ka… basikal ada la.. terpaksalah naik basikal. Aku segera mengayuh basikal. Aku menggunakan jalan belakang. Risikonya ialah banyak anjing di jalan tersebut. Aku kayuh selaju mungkin… tiba-tiba 2 ekor anjing keluar dari arah yang tidak aku jangka. Apa lagi…. Terhenti basikal yang dikayuh. Jeritan mula kedengaran… ada 2 orang muslimin keluar dari rumah sewa mereka, lantas melambai tangan kepadaku mengarahkan aku meneruskan sahaja perjalanan.

            Teruskan? Mana boleh…dengan sepantas kilat, aku pusing basikal dan mengayuh semula ke rumah sewa. Aku terduduk hampa di depan pintu rumah. Telefon bimbitku sekali lagi berdering. Aku sudah jangka dari siapa. Lili…

            “Su…nti ada katna ni? Cepat la….”

            “Kejap la…anjing kejar ana, ana patah balik la…”

            “La…ya ka…nti mai kot jalan depan ja la…”

            “Weh…malu la. Dah la naik basikal. Muslimat naik basikal? Malu…malu…”

            “Nti…cepat la…”

            “Okey..okey…terpaksa la ana tebalkan muka ya…”

            Dengan segala kekuatan yang ada. Aku cuba tebalkan muka ini. Aku mengayuh basikal dengan berhati-hati. Mati ini liar memandang sekeliling. Jikalau ada motor muslimin aku pasti kena lari sembunyi. Malu la muslimat naik basikal. Alhamdulillah tiada. Aku segera membelok ke lorong kecil di taman baru. Aku kayuh agak perlahan. Masih mencari..mana? tak nampak pun… aku hentikan kayuhan. Segera mendail nombor seseorang…

            “Nti…mana? Tak nampak pun…nti ada kat mana?”

            “Nti buat-buat la kayuh basikal…terus ja melepasi taman permainan tu… ana ada kat bawah pokok besar kat tepi lorong ni…”

            “Okey..”

            Aku kayuh basikal dengan perlahan. Makin dekat dengan taman permainan, makin berdebar dadaku. Adakah akan muncul wajah sahabat kesayanganku bersama pasangannya seperti yang diberitahu Lili? Aku hampir sampai. Aku alih wajahku ke arah taman. Ya Allah..benar. Huda di atas papan jongkang jongkit bersama pasangannya…. Aku masih meneruskan kayuhan dengan lagak selamba meskipun hatiku cukup tercalar dengan apa yang berlaku. Aku mengayuh ke arah pokok besar seperti yang diberitahu Lili.

            “Lili…macam mana ni?”

            “Tak tau la…”

            “Jom pi tegur nak?”

            “Nti berani ka..? macam nti tak tau perangai Huda…”

            “Berani tak berani kena tegur juga…takkan nak biar dia macam tu? Jom ar…”

            Kami sama-sama menghampiri taman permainan. Bergetar tubuhku. Aku berjalan menghampiri mereka. Aku rasa sedih. Mampukah aku menegur seorang sahabat yang dahulunya bersamaku mengharung perjalanan dakwah ini? Aku sebak… kakiku bergetar hebat. Tanganku sejuk… mereka memandangku dengan sinis. Aku gagahkan diri ini. Aku mula berbicara… mereka masih begitu.

AKU                : Kenapa duduk macam ni? Kenal ka?

HUDA             : Saja la… kami baru kenal tadi.

AKU                : Sekolah mana ni? Raudhah juga ka?

            Dia memandangku. Dia mengangguk. Kemudian menggeleng pula.

LELAKI         : Sekolah Tunku Laksamana…

HUDA            : Woi…hang ni kenapa Su? Aku tak kenal sapa jantan ni…! Kami baru kenal ja tadi. Kalut betul la kau ni. Semua yang aku buat salah. Semalam kak Ayu tegur aku sebab tak pakai stoking. Hari ni kau pula. Tolong la wei…aku tension la ni tau dak. Tolong jangan kacau aku boleh dak?

Aku pejam mata rapat-rapat. Sedihnya…sahabat aku sendiri menengkingku di hadapan seorang lelaki yang baru dia kenal sebentar tadi. Aku pejam mata rapat-rapat. Kelu lidah ini untuk berbicara. Aku hairan. Kenapa dia perlu melenting. Kenapa dia perlu bangun untuk membela lelaki ini. Sedangkan lelaki ini hanya tunduk memandang bumi. Memang dasar lelaki yang tak bertanggungjawab.

AKU                : Okey…Huda, kenapa nti perlu marah-marah? Ana tanya dia.. bukan kat nti  Huda. Ana dah tak mau cakap apa kat nti… ana nak cakap ngan lelaki ni ja….

HUDA            : Baik..silakan…

AKU                : Datang naik apa ya…

LELAKI          : Motor….

AKU                : Mana motor? Tak nampak pun…

LELAKI          : Arr..Ha, tu motor aku. Aku balik dulu. Ok.. bye..

Tiba-tiba ada satu motor berhenti tidak jauh dari situ. Motor itu ditunggang oleh dua anak gadis. Aku kenal sangat diorang ni…budak-budak Raudhah juga… junior-junior aku la. Mesti diorang datang dengan Huda. Tapi…kenapa motor budak lelaki tu ada pada diorang? Musykil…musykil…

Aku melangkah longlai menuju ke basikal. Ada satu motor berhenti di tempat aku berdiri. Seorang budak lelaki. Baru tingkatan 2 tahun ni...

ADIK              : Kenapa kak?

AKU                : Dak….kak tegur kawan kak tadi.

ADIK              : Kenapa?

AKU                : Dia duduk berduaan dengan budak lelaki. Pastu pakai tudung yang tidak menetapi syariat.

ADIK              : Kenapa? Salahkah ka kak? Dah tu…kena pakai tudung labuh siap tutup muka macam akak ni ka?

AKU                : Salah la dik… orang perempuan dengan lelaki tak boleh duduk berduaan. Itu sudah dikira melakukan maksiat. Boleh timbul fitnah. Tak da la pakai tudung labuh macam akak…kalau nak pakai tudung pendek boleh..tapi, tutup la dada.. melebihi dada.

ADIK              : Oh macam tu…kenapa kak nak halang orang couple ya? Okey ja pun saya tengok…

AKU                : Couple memang tak boleh… lagipun sebab akak tegur kawan kak, sebab dia budak sekolah agama. Patutnya dia tahu…apa yang dia buat salah. Setiap hari dia belajar kat sekolah bab agama ni… buat pa couple dik… kita bukan boleh pastikan dia bakal isteri kita? Bila-bila masa sahaja boleh putus kan…

ADIK              : Eh…boleh la kak. Macam saya. Saya dah janji nak kahwin dengan couple saya. Saya sayang kat dia kak.

Aku terkejut. Budak sekecil ini sudah tahu mengungkap perkataan cinta, kahwin dan sayang? Aku teringat kisah semalam. Aku menceritakan kisah Rasulullah kepada sekumpulan budak lelaki yang aku rasa sudah matang fikirannya. Bila ditanya..faham dak? Diorang kata tak faham..aku kecewa. Tak faham? Aku bertanya lagi… kita umat Nabi apa? Jawapan dia ialah umat Nabi Adam…aku kecewa. Aku terduduk sambil menopang dagu. Takkan budak-budak sekarang tak tahu…kita umat Nabi apa? Sedihnya hati ini…

Aku sedih bila adik ini pandai-pandai berjanji untuk berkahwin dengan budak perempuan tersebut. Kita hanya mampu berjanji…tapi Allah yang mengatur segala-Nya.. Dia sudah tetapkan kita milik siapa. Rasulullah sudah mereka lupakan… Dunia yang fana ini yang mereka kenangkan. Aku sedih generasiku menjadi sebegini…

AKU                : Adik…macam mana adik boleh katakan adik sayang kepada dia? Adik yakin ka..?

ADIK              : Ya la kak..saya sayang kat dia. Setiap petang saya akan bawa dia ronda-ronda naik motor ni.

AKU                : Adik…kalau adik sayang kat dia. Adik takkan bawa dia naik motor dengan adik. Jaja kekasih adik kat umum. Dia tu perempuan. Masih ada rasa malu dan maruah. Kalau sayang kat dia…baik terus kahwin.

ADIK              : La..kak ni…kan saya kata saya janji nak kahwin dengan dia….

            Belum sempat aku meneruskan bicara. Budak lelaki tadi datang ke arah kami. Dia memandangku. Kemudian berpatah balik. Aku hairan. Kenapa? Ada yang pelik ka? Atau dia sedang merancang sesuatu. Kalau untuk lihat wajahku…sudah pasti tidak boleh kerana aku mengenakan niqab, jadi peluangnya untuk membuat sesuatu yang tidak baik pasti tiada.

ADIK              : okeylah kak..saya balik dulu… lain kali kita sembang lagi ya… tata…

            Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Aku dan Lili berpisah di situ. Dia pulang ke rumah sewanya. Aku pula meneruskan kayuhan ke Bait Az Zahra. Tika aku kira-kira ingin membelok masuk ke lorong menuju ke taman satu lagi, kelibat motor budak lelaki tadi. Eh…tadi dia kata dia Sekolah Tunku Laksamana. Dia buat apa kat sini? Aku sedaya upaya mengayuh basikal. Niat di hati ingin mengekori. Tapi…maklum saja la. Kuasa kayuhan basikal ni, mana bisa menandingi kuasa enjin motosikal. Aku tewas juga. Aku rasakan…dia menuju ke rumah sewa budak lelaki, tidak jauh dari Bait Az Zahra.

*****
            Keesokkannya…Huda memadang ku dengan sinis ketika di sekolah. Aku hanya mampu tersenyum. Senyuman paling manis aku hadiahkan buat seseorang yang bernama sahabat. Huda merupakan sahabat baikku. Kami bersama-sama menelusuri perjalanan dakwah ini. Namun…sejak akhir-akhir ini dia jauh berubah. Dia sudah tidak lagi tinggal bersamaku di Bait Az Zahra. Dia mengambil keputusan untuk menyewa bersama kawan-kawan yang lain. Makin hari dia makin jauh dariku. Kenapa? Apa salahku…

            Aku gagahkan diri bersua muka dengannya. Aku cuba untuk berbicara dengannya dari hati ke hati…

AKU                : Huda, kenapa nti macam dah tak mau kawan dengan ana…kenapa ya?  Apa salah ana?

HUDA            : Memang kau ada buat salah kat aku….

AKU                : Apa dia?

HUDA            : Kau tahu kan…aku sangkakan aku yang akan mendapat tempat di hati kak-kak. Ini tidak…engkau yang lebih disukai. Malah…engkau yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan ini. Tapi aku?

AKU                : Huda! Kenapa boleh nti fikir macam tu…? Ana tak minta pun jawatan tu… nti tau kan ana sayang nti sangat.. kalau nti mahu, ana boleh khabarkan kat kak-kak… tapi, nti jangan la buat macam tu… kenapa perlu berhubungan antara lelaki tu? Masakan nti lupa apa yang diajar kepada kita…

HUDA            : Ikut suka aku la… aku tak mahu hipokrit. Aku tak mahu tunjuk lagak yang aku ni baik. Aku nak jadi diri aku yang sebenar. Itu hidup aku… kau apa kisah?

AKU                : Huda…nti sahabat ana. Sampai hati nti kata macam ni… ana tak sangka Huda yang ana kenal sudah jauh berubah. Kenapa?

HUDA            : Kenapa? Sebab aku benci kau…. Kau langsung tiada masa untuk aku. Kalau engkau nak jadi sahabat aku, engkau kena luang masa untuk aku sorang saja..aku tak mahu berkongsi sahabat.

AKU                : Ya Allah…Huda, sahabat hanyalah pinjaman sahaja… ana sayang nti sangat. Tapi kenapa nti sanggup buat keputusan macam ni? Ana akan senantiasa di samping nti, Huda….

HUDA            : Arghh…sudah..aku benci..aku benci…

Aku menangis hiba. Ya Allah…andai ku bisa serah tubuh ini kepadanya, sudah pasti ku beri. Namun…aku juga punya tanggungjawab lain. Tiada langsung niat di hatiku untuk mengabaikannya. Dulu…aku sambut huluran persahabatannya. Aku masih ingat janji kami… biarlah kita ikhlas dalam persahabatan… kita bersahabat tanpa mengharapkan balasan… tapi, kenapa ini yang terjadi?
*****
Semalam aku ada berbincang dengan pimpinan mengenai masalah Huda. Pimpinan hanya diam membisu. Mungkin kelu dan tidak menyangka anak buahnya berubah hingga begitu rupa. Aku juga ada menceritakan. Semalam, sewaktu dalam perjalanan pulang, ada satu motor lalu di hadapanku. Aku kenal motor itu. Motor budak lelaki tu…tapi…kenapa…dia pakai baju sekolah Raudhah? Dia satu sekolah dengan aku ka? Memang sah…dasar pembohong. Aku kesal… pimpinan menyoalku.. “Ada ka sekolah Tunku Laksamana?” ya tak ya juga…mana ada sekolah tu kat sini. Kenapa la aku lambat sangat fikir ritu…argh…

Usai berbincang, aku minta diri untuk keluar dari bilik itu. Aku duduk termenung di ruang tamu. Ya Allah…apa yang sudah terjadi ini? Kenapa sahabat aku berubah dengan sekelip mata. Aku bingkas bangun. Menuju ke meja study. Aku capai satu kertas kosong…ku mula mencoretkan sesuatu. Warkah buat insan yang bernama sahabat……

Hari ini aku tekad untuk sampaikan surat itu buat Huda. Surat dari seorang sahabat buat sahabatnya. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Semua orang sudah pulang. Cuma aku masih setia menunggu Huda di balai ilmu. Sudah hampir sejam aku menunggu. Namun, dia masih belum muncul. Sudah balik ka? Aku pun mengambil keputusan untuk pulang. Ketika aku ingin melangkah pergi…tiba-tiba aku terdengar jeritan yang nyaring di belakang bangunan. Aku segera berlari anak menuju ke arah suara jeritan tadi…

Alangkah terkejutnya aku… seorang pelajar perempuan sedang meronta-ronta minta dilepaskan. Seorang budak lelaki yang masih berpakaian sekolah sedang cuba memegang perempuan tersebut. Aku kaget. Siapa tu? Aku menjerit kuat… Hoi!!!

Budak lelaki itu berpaling muka ke arahku. Eh…budak lelaki tu. Apa dia buat? Siapa budak perempuan tu…takkan….

Budak perempuan tu cuba untuk bangun. Ha..Huda! Ya Allah..kenapa ni?

Budak lelaki tersebut memandangku dengan pandangan yang tajam. Aku rasakan ada kelainan di sebalik pandangan matanya. Aku pandang sekeliling. Kawasan sekolah sudah sepi. Pondok pengawal pula jauh dari sini. Kedudukan kami jauh dari pandangan orang. Terlindung pula dek pokok besar. Macam mana ni? Aku buntu…

Aku cuba mencapai kayu besar di tepiku. Aku kumpulkan segala kekuatan yang ada. Huda sudah menggigil ketakutan. Aku juga begitu… tiba-tiba lelaki tersebut menghunus sebilah pisau kepadaku. Allah…macam mana ni? Dahiku sudah berpeluh.. tanganku menggeletar hebat. Kecut perut ini. Adakah aku mampu menghadapi risiko ini?

Lelaki tersebut semakin menghampiriku… lari ka? Lari la Su…tapi…Huda macam mana? Hatiku berbolak balik… kalau aku lari, Huda pula tergadai maruahnya. Kalau aku tak lari..aku pula melayang nyawa. Aku pejam mata rapat-rapat. Aku pernah tanam azam dalam diri, biarkan diri menjadi ibarat matahari… terbakar untuk kepentingan umat sejagat. Jadi..apa salahnya kalau aku berkorban demi seorang sahabat yang amat aku sayang..dulu kini dan selamanya.

Ku buka mata. Lelaki tersebut sudah berdiri di hadapanku sambil melemparkan senyuman yang menjengkelkan. Aku cuba memukulnya dengan kayu di tanganku. Namun… tenaga wanita ku tidak sekuat mana, dia mampu bangun. Lantas ku rasakan perutku bagai dicucuk duri sembilu…pedih sekali. Ada darah yang mengalair.. sedarlah aku…aku sudah ditikam. Aku pandang Huda… Huda menjerit memanggil namaku.

Aku rasakan pandanganku kabur. Terasa bagai badan ini sudah ringan dibawa angin. Ku lihat dalam samar…budak lelaki itu melarikan diri. Aku rasakan badanku dipeluk. Huda menangis hiba sambil memelukku. Aku tersenyum. Sudah lama aku tidak merasai pelukan darinya. Sesungguhnya aku amat merindui pelukan dari sahabatku ini…

HUDA             : Su…bangun Su… Maafkan Huda..Su… Bangunlah Su…

AKU                : Huda….ana seronok sangat hari ini. Nti peluk ana..

HUDA            : Su….jangan cakap macam tu. Ana ni jahat sangat kan? Sanggup ana herdik sahabat ana ni…. Ana salah Su… Lihatlah apa jadi kat ana hari ini. Aiman memang jahat!

AKU                : Tak pa…Ha.. sapa Aiman?

HUDA            : Budak lelaki tu la…ana bohong nti.. dia budak Raudhah. Ana memang bercinta dengan dia.

AKU                : Oh…tak pa..ana dah agak dah.

            Perutku terasa sungguh pedih sekali. Aku terbatuk. Ada darah yang mengalir keluar dari bibirku. Sedarlah aku, keadaan diri ini mungkin sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Huda menangis sambil memangku tubuhku yang terkulai layu. Dia menjerit meminta tolong. Namun…tiada siapa yang mendengar jeritannya. Aku membisikkan sesuatu ke telinganya…untuk kali terakhir…aku keluarkan sepucuk surat dari saku baju sekolahku. Ku serah kepadanya…

AKU                : Huda…ana sayang nti…bacalah surat ini.

            Huda segera membuka surat itu. Dia membacanya…ku rasakan pipiku basah dengan air matanya… aku tersenyum puas kerana sahabatku sudah kembali ke pangkuanku… dalam keasyikkan Huda membaca surat. Ku rasa seperti mahu tidur. Aku memandang Huda. Kemudian…ku rasakan…sedikit demi sedikit, mataku sudah terpejam rapat….

Salam sayang buatmu sahabat…

            Maafkan ana kerana telah melukai hati nti. Tidak terlintas langsung untuk ana lukai hati seorang sahabat yang ana kasihi. Huda,.. nti sahabat ana dunia akhirat. Ana masih ingat janji kita untuk bersama-sama dalam perjuangan ini. Persahabatan kita ini ikhlas kerna-Nya.

            Tapi…kenapa nti jauh berubah? Kenapa nti bukan lagi Huda yang ana kenal? Apa salah ana hingga nti begitu benci kepada ana? Huda…ana tak mahu pun semua jawatan ni. Andai kerna jawatan ini kita bergaduh, ana sanggup lepaskan. Tapi…ana ingat sesuatu. Jangan kita hilang perjuangan kerna kawan…biar kita hilang kawan kerna perjuangan. Bukan nti yang selalu ingatkan ana benda ni? Ana tak mahu hilang sahabat ana dan ana juga tak mahu hilangkan perjuangan ini dari diri ini…jadi, nti boleh bagitahu ana…apa yang patut untuk ana buat untuk dapatkan nti balik?

            Huda…ana kecewa melihat nti dengan budak lelaki tu… kenapa? Kenapa perlu nti hulurkan cinta dan kasih nti buat lelaki tu? Ke mana Huda yang begitu membenci perhubungan antara lelaki dengan perempuan? Ana sedih sangat… Huda.. ana nak bagitahu sesuatu. Nti usah bohong ana. Ana tahu budak lelaki tu sekolah kita. Ana jumpa dia tempoh hari dan dia berpakaian sepertimana budak Raudhah pakai. Untuk pengetahuan nti juga…mana ada Sekolah Tunku Laksamana area ni… macam mana ana boleh tertipu dengan kalian..

            Baliklah ke pangkal jalan Huda… lelaki tu bukan baik pun. Dia saja ja nak permainkan nti. Ana tak mahu sahabat ana dipermainkan. Cinta kita tak layak untuk orang seperti tu. Ana pernah jumpa dia…. Dia pernah keluar dengan perempuan lain. Itu yang dinamakan kesetiaan dalam sebuah percintaan? Ah..bohong la Huda.. jangan dipercaya…

            Ana rindu sahabat ana. Ana rindu ketawa dan tangisan sahabat ana. Dulu… semua cerita kita kongsi bersama. Tangisan kita hayati bersama. Kehangatan pelukan masih ana rasa, Huda. Tapi…kenapa semua itu berlalu pergi? Adakah ia hanya sebuah kenangan yang akan dilupakan. Manakan bisa ana lupakan…ia sudah tersemat di dada, sudah disimpan di dalam memori ana. Kisah persahabatan kita terlalu indah..Huda…

            Huda… ana sayang nti sangat. Ingat lagi, kisah 4 sahabat? Dulu… ana, nti… sofia, amal semuanya adik-adik junior yang baru di rumah sewa. Kitalah sahabat baik… makan bersama. Kita tidur bersama. Kita pergi sekolah bersama…. Lantas, Sofia gugur di tengah jalan. Akur dengan kehendak keluarga untuk berpindah sekolah. Amal… juga begitu. Jadi, hanya tinggal kita berdua, generasi terawal di sini. Tapi…kenapa perlu kita jadi begini? Nti di sana…ana di sini. Kelu lidah berbicara. Hanya lirikan mata menjawab segalanya. Kenapa Huda? Kenapa?

            Sudah tidak mampu untuk ana teruskan bicara. Tangisan ana menjawab segala-galanya. Huda…kembalilah ke pangkal jalan. Ingat balik janji kita bersama. Perjuangan ini terlalu suci. Jangan kita kotori dengan maksiat yang tersembunyi. Kelak rosak binasalah perjuangan yang dibawa kerana pembawanya kecundang di tengah jalan. Ingat kata keramat kita… nti adalah ana, ana adalah nti….kita adalah ruh dalam satu jasad! Ya…kita adalah roh dalam satu jasad Huda. Keperitan nti keperitan ana jua…

Salam sayang dari ana,

Sumayyah

            Huda menangis sambil memeluk Sumayyah erat sekali. Dia pandang wajah sahabatnya itu dalam-dalam. Mata Sumayyah sudah tertutup rapat. Huda kaget. Dia cuba menggocang tubuh Sumayyah. Tiada reaksi. Huda dengan teragak-agak cuba memegang nadi Sumayyah. Sedarlah Huda…sahabatnya sudah pergi menghadap Ilahi. Huda menjerit sekuat hati. Meraung penuh hiba. Pelukan makin dieratkan. Namun apa gunanya lagi pelukan itu pada insan yang sudah tidak bernyawa.

            Tiba-tiba ada suluhan lampu dari kejauhan. Pengawal keselamatan sedang meronda di sekitar bangunan sekolah. Huda menjerit sekuat hati. Sejurus kemudian, pengawal itu datang ke arahnya. Pengawal itu agak terkejut dengan keadaan Huda dan Sumayyah. Dia segera menelefon ambulans dan polis. Huda sudah tidak dapat mengawal dirinya. Sumayyah mati kerana dialah penyebabnya. Kalaulah dia tidak mengikut kehendak Aiman, sudah pasti semua ini dapat dielakkan. Namun..apa yang hendak dikesalkan lagi… Sumayyah sudah pergi buat selama-lamanya….

Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
 
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
 
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
 
Terlalu naif untuk ku fahami
 
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
 
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
 
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri


Nukilan hatiku,
Serikandiumar93
15 Januari 2011
9.17 pm

2 comments:

nur anis amira said...

Assalamualaikum ukhti,,ana tersentuh sngt dngn cerita nyh..syukran ye ukhti,erm,ana mohon utk copy cerita nih ye ukhti..

bidadari cinta said...

terharu sgt!klu bkn disebabkan sy ade d ofis..dh lama sy nagis..
tersentuh hati sy dgn ikatan persahabatan begini..tahniah ye..