Pages

Sunday, January 2, 2011

KATAKAN TIDAK PADA MAKSIAT


             Diri ini begitu gusar melihat generasi hari ini… Gambar ini betul-betul membuatkan ana marah dan rasa malu yang teramat sangat apabila muslimah ‘bertudung’ sanggup menggadaikan maruahnya hanya kerana nafsu durjana ini semata-mata.


            Teringat ketika pertama kali ana memohon kerja sebagai guru tadika… ayat pertama dari pengurus ialah, kita mahu mendidik anak-anak ini menjadi generasi Islam yang hebat… ya, ana sahut seruan ini kerana ana tidak mahu anak-anak kecil ini akan membesar menjadi seperti golongan di atas.

            Saudaraku..jika kita membawa kedua ibu bapa mereka untuk melihat aktiviti anak-anak mereka ini, sudah pasti hati itu sudah terlebah menjadi dua… mana tidaknya, anak yang dijaga rapi menjadi sedemikian rupa… luluh hati seorang ibu… ini balasan anaknya buat dirinya… Allah…

            
Ana impikan sebuah khilafah islamiyyah bakal terbina di Negara Malaysia ini… Namun, mampukah kita? Bila melihatkan gambar ini… usaha kita pasti tipis sekali selagi mana tampuk pemerintahan dipegang oleh pemimpin maksiat… halal haramnya diabaikan.. aduh, macam mana Negara dan rakyat mahu berjaya dan jalan yang kita lalui diberkati andai Negara Malaysia ini diselubungi maksiat!

            Buat Datin Rosmah.. saya nak minta tolong sikit ja… kalau minat kat artis itu sekalipun, jangalah sampai nak buat ‘salam jemaah’ pula… Hairan saya, kalau dalam TV payah betul nak senyum tapi bila dah jumpa artis idaman ini bukan main lagi… Oppss… maaf saya bukan nak kutuk, cuma teguran rakyat buat pemimpin.. saya nak juga tengok isteri perdana menteri kami senyum….
            Akhir kalam, ana ingin lancarkan kempen KATAKAN TIDAK PADA MAKSIAT!!! Sama-samalah kita membanteras maksiat yang berleluasa ini. Ingat, jangan kita ambil sikap acuh tak acuh sahaja, kerana kita adalah generasi kemenangan… Kita harus peka dengan apa jua keadaan… kerana kita membawa satu matlamat yang besar yakni mewujudkan sebuah khilafah islamiyyah seterusnya syiar Islam itu senantiasa tertegak….

No comments: