Pages

Wednesday, February 2, 2011

3 TAHUN MENYULAM RASA

       
Bismillahirrahamanirrahim…

            Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan pada Iahi. Selawat dan salam ku utus buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Gembira tidak terkata. Syukur pada Ilahi. Hari ini genap 3 tahun lamanya aku berniqab. 3 tahun lamanya aku memilih jalan ini yakni untuk menghijabkan diri dari pandangan dunia yang penuh mehnah dan tribulasi. Alhamdulillah, aku seronok menjalani sebuah kehidupan sebagai seorang gadis yang berniqab.

            Tanggal 2/2/2008 merupakan tarikh keramat diri ini melangkah keluar sebagai seorang gadis yang sudah tekad menanam azam dan terlahir melalui perbuatan dengan menghijabkan diri. Aku tahu, kali pertama aku melangkah…aku tidak bisa menoleh lagi. Langkah pertama ku hayun kemas, sekalipun debaran di dada kuat terasa. Mana tidaknya, aku perlu menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran selepas ini.

            Ya, aku akui…. Kali pertama melangkah, aku tidak sekuat mana. Masih goyah dibuai angin dan bila-bila masa sahaja mampu tumbang. Namun… kekuatan naluri hati yang begitu kuat membuatkan aku tabah mengharung kehidupan ini sekalipun amat perit ku rasakan. Perkara pertama yang aku belajar, jangan sakiti hati ibu. Jangan sesekali kita melangkah keluar tanpa keizinan ibu kerana mungkin buat kali pertama dia tidak bisa menerima. Namun… alhamdulillah, hari ini aku mampu tersenyum girang, tatkala ibunda tercinta merestui derap langkah ini sekalipun agak sukar pada mulanya.

            Buat gadis yang punyai impian untuk berniqab, teruskan niat kalian… selamat datang ke alam ini. Subhanallah… memang indah gadisku. Kita terasa tenang dan damai kerna wajah kita sudah terlindung dek fitnah syaitan laknatullah. Pada mulanya mungkin akan rasa agak kekok dan janggal kerana ada sahaja orang akan memerhati kita. Usah risau…biarkan. Teruskan sahaja langkahmu.. insyaallah, lama-lama ok je… ^____^

Jemput- jemput menjadi jilul ghuraba… lain dari yang lain. Gadisku…ayuh bersamaku!

3 tahun berlalu…
Sungguh indah saat itu…
Ada getaran di jiwa…
Ada debaran di dada…
Sejuk tangan terasa bak salju nun jauh di sana

Buat kali pertama..
Ku melangkah keluar…
Ku rasakan lenggok langkahku janggal sekali..

Namun,
Ku gagahkan jua demi suatu azam…
Suatu tekad…
Naluri hati yang bergetar saban hari…
Hari ini ku sahut jua…

Sekalipun perit pada mulanya
Hingga mengguris hati ibu tercinta…
Tidak tertahan air mata yang mengalir…
Tatkali ibu tidak menerima…

Sekian lama ku pujuk…
Akhirnya rajuknya berakhir…
Aku mampu tersenyum girang…
Allah ujiku!
Masyaallah… hebatnya ujian-Mu..

Hari ini 2/2/2011
Genap 3 tahun aku berniqab..
Allah..
Subhanallah…
Indahnya saat ini hanya Engkau yang tahu….

Gadisku,
Ayuh bersamaku…
Kita jadi jilul ghuraba…
Kita jadi gadis yang hidup matinya pada Allah…

Aku menunggumu gadisku!



Monolog serikandi,
Serikandiumar93,
2 Februari 2011
9.30 pm

2 comments:

terrorist said...

alhamdulilah.. moga2 terus istiqomah..

hafizquran said...

bagus2..teruskan bagi motivasi n kalau boleh , kongsikan pengalaman berniqab dgn muslimat2 di luar sana. hakikatnya ramai yg mahu, tapi ragu.