Pages

Tuesday, October 18, 2011

ABAH

          9 Ramadhan.. Allah...pantas masa berlalu.. sedar tak sedar.. sudah 9 hari aku berada di bulan yang mulia ini. Seperti kebiasaan, aku dan rakan-rakan akan ke Darul Hadith pada setiap petang. Bersama menadah kitab, berbuka beramai-ramai dan menunaikan solat terawih berjemaah… Sudah 2 tahun, Darul Hadith sebati dengan diriku. Terasa keindahan menuntut ilmu dengan ulamak di sini. Kehangatan dan pelukan sebuah ukhwah yang bertunjangkan tauhid sentiasa meresap ke dalam kalbuku…Allah~

          Aku datang awal hari ini. Namun, hatiku terasa kosong. Tiada rasa untuk masuk dan duduk bersama sahabiah yang lain. Aku bangun dan duduk di luar. Aku runsing. Menunggu sahabatku, dia janji nak bawa telefon aku. Aku tertinggal di Qurratul Ain.. Ya Allah.. kenapa aku tak tenang sangat ni?

          “Lilie..kenapa lambat sangat ni? Mana telefon ana..?”

          “Sori la Suha..macam tak faham pula.. kitorang jalan kaki.. nah.. tadi mak nti call..”

          “Yeke..ok.. terima kasih Lilie ^__^”

          Aku segera mencapai telefon. 3 sms. 5 miscall dari umi! Kenapa ya? Aku buka satu persatu mesej.

          “Salam..adik ada kat mana ni? Abah sakit teruk semalam..”

          Allah..aku terus terduduk. Air mata sudah laju membasahi pipi. Segera aku mendail nombor telefon ummi.

          “Ummi…abah macam mana?”        

          “Alhamdulillah nampak ok sikit..adik pergi mana semalam?”

          “Telefon adik tertinggal kat rumah sewa kawan.. adik nak balik boleh dak?”

          “Ummi rasa tak payah la.. ummi nampak abah dah ok sikit.. lagipun adik kan nak exam kan..?"  

          “Alaaa..ummi..ummi, nak balik..”

          “Dengar cakap ummi..tak boleh sayang..”

          “Ye la…..”

*****

          Sepanjang kuliah. Hatiku sangat tidak tenteram. Aku nak balik! Ya Allah..kuatkan hati hamba-Mu ini Ya Allah… dari kejauhan, azan maghrib sudah berkumandang. Aku segera berbuka puasa. Sekadar berbuka dengan kurma dan air kosong. Tiada rasa untuk makan.

          Aku bangun untuk mengambil wudhuk dan solat maghrib berjemaah. Hatiku sebak! Entah kenapa hatiku diruntun pilu. Imam sudah selesai mengimamkan solat maghrib. Kami bersama menadah tangan, mengaminkan tiap bait doa yang dibaca.

          Tiba-tiba angin kuat datang menerpa. Muslimat bersolat diluar. Hanya beralaskan tikar getah. Kami terpaksa bangun. Angin yang kuat membawa hujan yang lebat. Allah.. hujan yang turun selebat perasaanku tika ini. Apakah petanda ini Ya Allah? Aku sudah tidak sedap hati.

          Aku berlari anak menuju ke dalam rumah ustaz. Mencari telefon bimbit dan mendail nombor ummi.

          “Ummi…adik nak balik? adik nak tengok abah..”

          “Sayang… ummi penat hari ini. Lagipun tak da sapa yang boleh pergi ambil adik.. adik tunggu hari Jumaat ni ya? Ummi pergi ambik..”

          “Ummi…”

          “Adik…bolehkan?”

          Aku terus menekan punat merah tanpa menjawab pertanyaan ummi. Sedih! Aku nak jumpa abah. Aku dah rasakan lain. Hujan yang lebat. Kesejukan di malam 10 Ramadhan. Aku rindu abah….aku terus menangis di situ juga.

*****

          15 minit kemudian. Telefonku berdering. Ummi?

          Aku mengangkat telefon. Namun sepi.. aku panggil ummi.. terdengar esakan kecil. Kenapa ni?

          “Ummi…kenapa ummi?”

          Ummi masih diam. Hanya esakan kecil kedengaran. Aku sudah kaget. Berkali aku panggil ummi. Sahabatku, Lilie.. dari tadi tidak henti-henti mengusap lembut belakangku. Mengerti perasaanku tika ini..Allah~

          “Adik balik ye sayang..satgi Pak Su datang ambik..”

          “Kenapa ummi?”

          “Abah dan tenat..”

          Aku terus menangis.

          “Kan adik dah kata.. adik nak balik.. ummi tak kasi..”

          “Jangan cakap macam tuh sayang.. sayang tunggu ya.. satgi pak su datang.. adik ada kat mana tuh?”

          “Cakap kat Pak Su.. adik ada kat Darul Hadith..Pak Su tau..”

*****

          Di dalam kereta. Aku tidak henti-henti menangis. Aku rindukan abah. Teringat lagi saat-saat akhirku bersama abah. Abah genggam tanganku. Abah tak izinkan aku pulang ke rumah sewa. Aku segera lepaskan tangan abah. Merengus kasar. Mengatakan yang aku sudah lambat. Abah hanya memandangku. Aku berjalan keluar meninggalkan abah yang masih duduk di kerusi tua itu. Allah! Kejamnya aku Ya Allah..kenapa aku tegar buat begitu kepada abah…sedangkan, itulah saat akhirku bersama abah…

          Sampai di rumah. Kelihatan begitu ramai orang di rumahku. Aku terus berjalan. Masuk mengikut pintu dapur. Aku hanya melihat abah dari jauh. Aku menjenguk di sebalik dinding. Abah sedang terbaring lesu. Air dimasukkan ke dalam tubuh abah. Mata abah terpejam. Abah tidur barangkali. Aku hanya mampu mengelap air mata yang membasahi pipi.

          Tiba-tiba bahuku ditepuk dari arah belakang. Abang Long… aku terus peluk abang.

          “Bila abang balik?”

          “Abang baru sampai tadi..singgah Perak dulu..ambik angah..”

          “Adik balik dengan sapa ni..?”

          “Pak su..abang..adik sedih..”

          “Adik…jangan nangis.. abah tak suka tengok adik menangis.. pergi la dekat abah.. abah panggil nama adik banyak kali tadi..”

          Aku meleraikan pelukan. Memandang abang long. Abang hanya mengangguk. Aku segera berpaling. Memandang wajah abah. Aku segera menghampiri abah. Duduk di sebelah kanan abah. Muka abah pucat. Tangan abah sejuk. Aku mendekatkan bibir aku ke telinga abah.

          “Abah..adik dah balik…”

          Abah cuba untuk membuka mata. Namun hanya sedikit yang mampu.

          “Hrrrrrr….”

          Hanya bunyi itu yang mampu ku dengari. Abah tak kenal adik ka? Abang long datang menghampiriku.. abang long pegang tangan abah.

          “Abah..ni Nasuha..anak abah.. adik dah balik..”

          “Hrrrr…”

          Aku terus menangis. Masakan hanya bunyi itu yang mampu abah keluarkan. Abah… adik rindu suara abah…abang long terus memelukku. Aku menangis sekuat hati. Abah… adik nak abah.. kelihatan saudara mara yang berada di situ turut menangis. Aku lihat ummi hanya mendiamkan diri. Tiada tangisan di mata ummi. Ummi melemparkan senyuman, penguat semangat buatku. Ummi memberi isyarat. Baca Yassin.. aku mengangguk. Memahami.. kehendak ummi.

          Sekalipun abah tidak memberikan sebarang respond kepadaku. Aku masih setia di sisi abah. Membaca yassin untuk abah. Sesekali aku menyeka air mata yang mengalir. Aku sebak!

          Tiba-tiba.. datang sepupuku. Diorang berpakat nak bawa abah ke hospital. Pak Su segera mencabut jarum yang memasukkan air ke dalam tangan abah. Darah terpancut! Aku terkejut. Aku terus menangis. Jangan kasar dengan abah! Sakit!

          Abah tidak mahu ke hospital. Abah mahu duduk di rumah sahaja. Tetapi diorang tetap bertegas untuk bawa abah ke hospital. Aku merintih penuh hiba. Janganlah bawa abah pergi..abah tak mahu.. kenapa semua tidak memahami?

*****

          Tepat pukul 12 malam. Rumah sudah sunyi sepi. Ada yang sudah pulang. Ummi juga sudah terlelap. Letih barangkali. Aku masih setia di situ. Membaca al quran. Mataku sudah bengkak. Menahan rasa! Allah~

          Tiba-tiba telefom bimbit ummi berdering. Abang long!

          “Adik ni bang long..ummi dah tidur..”

          “Adik…”

          Abang long sedang menangis. Sayup-sayup kedengaran tangisan abang di hujung talian.

          “Abang…kenapa?”

          “Suruh ummi siapkan tilam ya..abang nak bawa balik abah..doktor dah tak boleh buat apa.. degupan jantung dah lemah..40%..doktor suruh bawa balik..”

          “Allah..”

          Aku terduduk lesu. Aku menangis. Memukul diriku. Allah.. jangan ambil abahku. Aku masih belum puas bermanja dengan abah. Jangan ya Allah..

          Aku bangun.. menuju ke bilik ummi. Aku tidak sampai hati untuk kejutkan ummi. Terserlah kelihatan di wajah ummi. aku mendekati ummi. mengusap lembut pipi ummi.

          “Ummi..ummi..”

          Ummi membuka mata. Tersenyum memandangku.

          “Kenapa sayang..?”

          “Ummi..abang telefon..suruh siapkan tilam.. diorang nak bawa balik abah..”

          Ummi segera bangun. Memandang ke arahku. Tersenyum. Aku hairan.

          “Abah dah nak balik sayang..? Kejap..ummi ambil wudhuk..”

          Aku rasa aneh. Ummi tenang sahaja? Seakan mengetahui.. teman hidupnya akan pergi tidak lama lagi. Ya Allah..tenangnya ummiku.. kuatkan dia ya Allah..

*****

          Beberapa minit kemudian. Sebuah ambulans masuk ke dalam laman rumah kami. Aku segera membuka pintu utama. diorang mengangkat abah. Allah.. sayunya aku tengok. Badan abah kurus sangat. Diorang terus mengangkat abah dan meletakkan abah di atas tilam. Abah nampak tenang.

          Aku menghampiri abah. Kaki abah sejuk. Perut abah sejuk. Aku terus menekup mulut. Terus bangun. Aku sudah sebak. Ya Allah.. abahku bakal pergi. Kembali kepada-Mu.

          Aku lihat ummi kesejukan. Terhenjut-henjut berjalan merapati abah. Ummi membisikkan sesuatu di telinga abah. Aku nampak abang long masuk. Abang long menghampiriku. Kami berpelukan. Pertama kali abang long melepaskan tangisannya di dalam pelukanku. Aku memahami hati abang.

          Abang meleraikan pelukan. Abang menarik tanganku dan angah menuju ke arah abah. Kami hanya tiga beradik. Aku anak perempuan bongsu. Abang long..angah dan aku.. duduk mengelilingi abah. Kami sebut nama kami satu persatu. Memeluk dan mencium abah. Abah tidak mampu membuka mata langsung. Mungkin kesan ubat yang diberikan.

          Saudara mara sudah memenuhi ruang rumah. Kami bertiga tekun membaca al quran. Waktu sahur semakin hampir. Aku bangun untuk bersahur. Abang long masih setia mengucapkan kalimah Allah di telinga abah.

          Usai bersahur. Aku menunaikan solat sunat dan solat subuh. Aku berbaring untuk seketika. Bila masanya aku tertidur langsung tidak aku sedar. Aku mimpi abah. Aku nampak ummi datang kepadaku… Ummi memanggilku..

          “Adik..cepat adik..abah dah nazak..”

          Aku membuka mata. Duduk seketika. Mimpi atau betul? Dari kejauhan kedengaran kalimah tauhid dilaungkan. Aku segera mencapai tudung. Masih berjalan terhuyung hayang. Aku berjalan mendekati orang ramai. Kenapa ni? Aku segera melajukan langkah walaupun aku masih tidak sedar sepenuhnya.

          Aku nampak abang di sisi abah. Ada angah.. ummi.. abah membuka mata. Bercahaya.. memandang ke atas.. abah mengucapkan kalimah LAILAHAILLAH…

          Aku lihat kerongkong abah bergetar. Laju.. sedikit demi sedikit..getaran itu hilang. Sedarlah aku.. abah sudah pergi. Aku terduduk. Menangis! Aku tak sempat bersama abah untuk saat akhir. Aku menampar pipiku. Geram! Kenapa aku tidur? Kenapa aku tak bersama abah…

          Ummi segera memelukku. Ummi insan yang paling tenang. Ummi tenang melepaskan abah pergi menghadap Ilahi. Aku menangis di dalam pelukan ummi. abah dah tinggalkan adik. Kenapa abah tinggalkan adik…. Kenapa?

Ya ALLAH.. insan ini telah pergi meninggalkanku. Hilanglah tawa riangnya bersamaku. Hilanglah tempat untukku melepas rindu. Sesungguhnya dia telah kembali kepada-Mu.. Aku redha.. melepaskannya pergi kepada-Mu~

Abah..adik sayang abah… ^__^



Nukilan nurani,
Qani’ah Mawaddah
1.23 pm
18 Oktober 2011
          

6 comments:

Anonymous said...

takziah utk enti..smg diberi kekuatan utk terus berjuang.x tahu pulak abah nti dh pergi.ana tumpg bersedih atas pemergian abah nti..

Unknown said...

to Anonymous : maaf ^__^ abah ana ada lagi.. ni adaptasi kisah arwah tok wan.. jalan cerita yang sama.. cuma wataknya berbeza... :)

Anonymous said...

sy dh agak.cuma nk kpastian.sbb sy tgk entry ni ditag bwh cerpen..

Anonymous said...

dh agak sbb sy tgk di tag bawah cerpen.tp sy pos jgk utk kpastian.

Anonymous said...

oo..sy dh agak sbb sy perasan entry ni ditag bwh cerpen.cuma nk kpastian sbb tu sy ttp pos komen ni.

Raihanah Abd Latif said...

ermmmm... berbakat sungguh kanak2 ribena ni ye... hehheehe...
sedih citer ni.. ingtkn citer akk...
truskn ye kak...