Pages

Saturday, February 12, 2011

TAMRIN NUQABA (PART 1)


Bismillahirrahmanirrahim…

          Niat di hati ingin berhenti buat seketika. Ada yang menyambut baik niatku itu dan ada pula yang tidak senang dengan keputusanku. Kenapa? Aku futur ka…? Apa yang kau kisah. Itu hak aku. Aku takut andai penulisanku ini penyebab aku menjadi seorang yang takabbur. Aku tidak mahu. Aku  rasa begitu hina dan kerdil tatkala menatap kisah-kisah ulamak terdahulu yang begitu takutkan ALLAH hingga seboleh-bolehnya menjauhkan diri mereka dari perkara yang sia-sia. Hati ini bertambah sayu apabila membaca kisah seorang wali yang begitu takutkan Allah hingga menempelak kuat hingga dia mati saat itu jua.. Allah... 

          Semalam…aku gagahkan diri turun ke maahad untuk turut serta dalam program tamrin nuqaba. Aku sambut undangan sebagai fasilitator sekalipun setelah sekian lama aku tinggalkan sisa tarbiyah di maahad ini. Apa yang berlaku kepadaku di sana, membuka mataku supaya terus utuh dan teguh di jalan ini. Aku gagahkan diri mencoretkan suatu pengalaman yang berharga buat pengajaran rakan jihadku sekalian.

          Aku sampai ke kawasan maahad, dalam pukul 6.20 pagi dan tika itu para peserta sedang khusyuk menunaikan solat fardhu subuh. Kali pertama jejakkan kaki, aku masih belum rasakan apa-apa. Aku rasa biasa sahaja. Aku melangkah ke bilik penginapan koor dan fasi. Berbual sebentar bersama sahabat-sahabat kemudian bersiap-siap ke dewan untuk kuliah Subuh.

          Aku mengikut rentak program seperti biasa dan tiada apa yang luar biasa. Aku masih tercari-cari zuuq program nuqaba ini. Aku pandang peserta yang hadir. Berwajah baru…muka baru semuanya. Inilah pelapis generasiku. Cumanya..aku kecewa dan terkilan kerana aku tidak lagi akan menggilap mereka di sini. Aku leka memandang para peserta yang sedang makan. Aku bersiap sedia untuk ke rumah sewa atas urusan tertentu. Tiba-tiba…bunyi satu dentuman yang kuat sekali di jalan.

          Aku terpana. Accident… segera aku hayun langkah ke sana. Ada juga sahabat-sahabat yang lain turut melakkan perkara yang sama. Allahuakbar..tragis ku rasakan. Siapa ni? aku cuba alih badannya yang sedang meniarap di atas jalan. Takut… badannya bergetar. Aku takut… namun cuba gagahkan diri. Dengan lafaz bismillah aku alih wajahnya… allah… hanya Allah yang tahu. Wajahnya terseret di jalan, darah melekat di jalan dan apabila diangkat darah meleleh keluar dan tika itulah darah tersembur kepadaku. Allahuakbar…

          Kalau ikutkan rasa hati, aku akan lari… manakan bisa aku memangku seorang gadis yang sudah parah wajahnya. Aku tidak dapat mengecam wajahnya kerana sudah teruk ku rasakan. Rupa-rupanya adik form 5, peserta program juga… Ya Allah.. aku terkaku. Cuba mengambil kain mengelap darah yang mengalir di mulut.

          Keadaan sudah menjadi tidak terkawal. Sudah ramai orang di sekeliling. Motornya hancur. Allah.. dahsyat sungguh. Seumur hidup tidak pernah aku berhadapan dengan perkara seperti ini. Orang ramai cuba menahan kereta untuk membawa adik ini ke hospital. Aku pangku kepalanya hinggalah ke dalam kereta, entah kenapa ada kekuatan untuk menghadapi semua ini. Aku sedang memangku seorang gadis yang sudah tragis wajahnya. Dia sudah tidak dapat bernafas melalui hidung kerana hidungnya sudah terseret di tar, aku menyuruhnya bernafas melalui mulut.. dia cuba dan cuba, akhirnya darah tersembur keluar kepadaku kerana mulutnya sudah pecah.

          Aku kaget. Macam  mana nak buat… apa yang boleh aku katakan, menyuruhnya bersabar dan banyak menyebut Allah. Ingat Allah… itu sahaja yang mampu aku buat. Kami sudah sampai ke wad kecemasan. Seterusnya kami serahkan sahaja kepada pihak hospital. Aku nampak di sebalik cermin. Eh, macam kenal. Sahabat aku juga.. rupanya diorang datang naik ambulans, bawa sorang lagi adik. Polis trafik pun dah sampai. Waris pun dah sampai. Jadi, setelah 3 jam kat situ, ustaz bawa kami balik. Selesai sudah…hanya mampu berdoa dia selamat.

          Aku? Tidak sedarkah serikandiumar….dah datang lewat sehari. Pastu jadi macam ni pula, adik-adik kumpulan pun kau tak jumpa lagi. Aduh… macam mana nak capai matlamat membentuk seorang nuqaba yang berjaya ini? Takpa-takpa, Allah uji dulu…sabar dan insyaallah satgi akan rasa kemanisannya ^___^

          Aku masuk sebentar ke dalam dewan. Mencari kelibat anak-anak buah, bila dah jumpa, aku berjalan menuju ke arah mereka...rupanya ada orang tolong ganti. Jadi..oklah, aku tinggalkan mereka dengan sahabatku.

*****
          LDK seterusnya aku akan ambil alih. Slot tersebut agak mencabar kerana fasilitator perlu menerangkan kepada anak-anak buah mengenai thaqafah dan fikrah islamiyyah. Aku banyak berdiam dan cuba refresh kembali apa yang aku pelajari selama ini sama ada dari segi teori atau praktikal. Perkara pertama yang aku bicarakan adalah mengenai 10 Musawafat tarbiyah. Apa itu musawafat tarbiyah? Yakni.. Fardhul Musim… sifat-sifat yang perlu ada bagi seorang muslim dan daie. Ada 10 semuanya…

          Ketika jatuhnya khilafah Uthmaniyyah, tidak wujud lagi gerakan Islam selepas itu. Ada seorang pemimpin tika itu berkunjung ke Turki dan bertanya kepada pemimpin Turki tika itu… Kenapa kita tidak wujudkan lagi sebuah khilafah Islamiyyah seperti mana khilafah yang terbina sebelum ini…? Jawab pemimpin Turki tersebut : Bagaimana kita ingin membina khilafah andai kata pemuda hari berpesonaliti 0? Ok..cuba kita renungkin, jika 0 didarabkan dengan 1000 pemuda tetap akan kosong.. betul? Jadi, apa gunanya kita mewujudkan sebuah khilafah andai kata pemudanya berjiwa kosong?

          Jadi..inilah pentingnya Fardhul Muslim ini, untuk kita bentuk personaliti diri kita menjadi seorang yang hebat di sisi Allah dan tidak lagi berjiwa kosong. Siapa pencetus utama 10 musawafat tarbiyah ini? Tidak lain tidak bukan… Fardhul Muslim ini disusun oleh Asshahid Imam Hassan Al Banna, yakni pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin.

10 Musawafat Tarbiyah :

  1. Aqidah yang sejahtera ( Salimul Aqidah)
Asshahid Imam Hassan Al Banna meletakkan Aqidah yang sejahtera di nombor yang teratas sekali yakni nombor 1. kenapa? Aqidah adalah pokok dan tunjang utama. jika tidak kukuh aqidah kita, maka pohon dan buah kita tidak akan terbentuk dengan baik. Aqidah merupakan satu ikatan. Ikatan kita dengan Allah yakni kita menyakini bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Kita sentiasa merasakan Allah dekat dengan kita dan kita tidak akan mudah goyah dengan apa jua cabaran sekalipun kerana matlamat kita satu, yakni Allah

  1. Ibadah yang sejahtera (Sahihul Ibadah)
Kita tidak boleh hanya menjadi orang yang hanya tahu melaksanakan tanpa ada hadirnya roh dan jiwa. Ibadah yang kita laksanakan adalah dengan tujuan untuk mendekatkan kita dengan Allah. Kita perlu mengikhlaskan niat kita. Kita perlu belajar untuk memperbetulkan amalan kita.

  1. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita adalah al-quran. Sebagai seorang daie, muslim dan murabbi kita hendaklah mempunyai akhlak yang mantap. Kenapa? Kerana kita sentiasa diawasi. Kita adaah role model kepada anak-anak buah kita. Sebagai seorang muslim kita adalah penunjuk jalan kepada orang yang bukan beragama Islam supaya mereka Nampak keindahan Islam.

  1. Luas pengetahun (Mutsaqqal Fikri)
Sebagai seorang daie, kita perlu ada pengetahun tentang Islam. Kita hendaklah menjadi individu yang menuntut akhirat. Seorang naqib ibarat guru. Kita kena tahu ilmu melebihi adik-adik. Sekarang ini, bab agama dipandang remeh. Hal agama gah diperdebatkan di kedai kopi. Sebab apa? Kita tidak pernah Nampak panasnya apa neraka. Ana ambil contoh, kalau berlaku kejutan elektrik kita tidak akan menyentuhnya kerana apa? Kerana kita tahu akibatnya kita akan rentung.

Sekarang zaman moden. Kalau tak faham hal agama, just search internet. Senang, cepat, mudah dan pantas. Wah, hebat! Sedarkah kita… kita akan tersalah faham. Ilmu agama tidak boleh dituntut sedemikian rupa. Kita kena bertekuk lutut di majlis ilmu untuk mendapat zuuq dan barakah. Kita jangan terlalu bergantung kepada internet.

  1. Sihat tubuh badan ( Qawiyyal Jism)
Dakwah sangatlah berat, untuk melaksanakan tanggungjawab dan tugas, kita memerlukan badan yang sihat dan kuat. Rasulullah menitik beratkan soal ini. “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi keduanya ada kebaikan”

  1. Mampu berdikari ( Qadiran ‘ala kasbi)
Walaupun kaya, kita tetap perlu bekerja. Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Kita tidak bergantung dengan jawatan yang kita ada. Kita tidak bergantung dengan duit yang kita ada. Sekalipun kita kaya dan berjawatan tinggi, kita meneruskan hidup seperti orang biasa sahaja.

  1. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Kita perlu ada azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsu dan mengikut kehendak Islam. Kita tidak menghiraukan apa orang kata terhadap kita dalam mempraktikkan Islam. Mungkin dulu kita teruk, namun kita cuba berubah dan kita terpaksa berperang dengan nafsu kita. Kita kena lawan dan terus lawan..pastikan kita menang!

  1. Sangat menjaga masa ( Haarithun ala waqtihi)
Kita perlulah menjaga masa kita. Jangan pandang belakang. Yang sudah berlalu, biarkan ia berlalu. Kita gunakan masa yang ada sebaiknya. Sebagai seorang naqib, masa itu teramatlah penting. Kita perlu siap sediakan diri kita sebelum usrah bermula, dan naqib haruslah datang awal daripada anak buah.Ini yang paling penting!

  1. Tersusun urusannya ( Munazzaman fi syu’unihi)
Kita harus manfaatkan waktu sebaiknya. Kita perlu ada jadual waktu sendiri supaya kita tahu apa yang kita akan lakukan seterusnya. Kita hendaklah sentiasa tersusun urusan untuk manfaat Islam.

  1. Bermanfaat untuk orang lain ( Nafi’un li ghairihi)
Daie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lan. Daie adalah penggerak dakwah dan islam. Masa depan Islam, hidup mati islam bergantung kepada daie. Amal Islam adalah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan. Paling indah dalam hidup andai kata kita dapat mengajak seorang manusia yang lain ke jalan Allah…

p/s: takat ini sahaja… insyaallah, kalau ada masa, sambung lagi…

“ ingat sahabatku, usrah teramatlah penting. Aku juga seorang gadis yang lahir dari madrasah usrah. Madrasah usrah yang merupakan perintis usrah Nabi. Renung-renungkanah betapa pentingnya usrah ini rakan jihadku…!”


Catatan naqibah yang hina,
Serikandiumar93
10:10 pm
12 Februari 2011.       

2 comments:

Muhd Iqbal Samsudin said...

Alhamdulillah, dapat juga 'top up' ilmu di sini, perkongsian yang baik..

terharu dengan kejadian tu,,

~solehah~ said...

enti..siapa yg xcident tuh.ana knal x?